Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 15 Disember 2012

CAKE BALL @ POP

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Cake Ball @ Cake Pop....macam comel je kan namanya. Senang jer nak membuatnya. Kek nie lebihan dari cupcake yang saya buat hari tu. Tiba2 teringat pulak nak membuatnya sebab sebelum nie pernah nampak di blog kak ros . Comel2 je cake pop kak ros tu.


Nak membuatnya, mula2 sekali ramas kek hingga hancur, campurkan sedikit jem kegemaran anda. Saya guna jem strawberry jadi kek pop saya tu rasa manis sikit, lain kali nak letak coklat jer biar terasa sedap sikit. Letak jem tu hingga kek boleh di kepal. Setelah bulat2 kek, simpan di dalam peti ais sekejap....saya simpan semalaman sebab tak sempat nak buat topingnya dah ngantuk....


Keluarkan kek pop, biarkan seketika. Cairkan coklat masakan, setelah itu celupkan kek pop hingga rata keseluruhannya. Kemudian masukkan ke dalam cup, hias ikut kreativiti masing2....


saya buat kecil2 jer lebih kurang dalam 10gm jer.....senang nak masuk mulut, lain kali tak nak guna jem sbb saya tak suka manis......



3 ulasan:

  1. Balasan
    1. tu la kakRos, saya dh terpengaruh dgn kek pop akak tu, ank2 buah saya suka hihi TQ kak....

      Padam
  2. Your pouches will degrade after time, so
    you will have to repair them every once in a while in the abyss.
    It also happens sometimes that your character will say something silly.
    Also onsite is a physics lab, which is in The underground psychic lab is in use today, by the University of Minnesota.


    My webpage; mining

    BalasPadam