Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 2 Disember 2012

PANCAKE aka LEMPENG

Assalamualaikum...........

Selamat pagi semua. Bersiaran lagi kita ye.....yang beristirehat di rumah sambil menjamu selera sarapan pagi bersama keluarga hari nie, menu apa agaknya tu? Kalau dapat berkumpul bersama keluarga beramai2, tentu  lah banyak menu yang akan disediakan kan.....silap2 tak cukup beli bungkus lagi, macam rumah mak saya lah hihihi....... 

Kalau semua adik beradik balik serentak, alamatnya sarapan yang dibuat memang lah tak cukup. Alamatnya makanan2 yang dijual kat kampung habis ler abang2 saya borong hihihi.........Bukan rumah mak saya sahaja, kalau balik rumah mak mertua pun macam tu gak. Bila dah ramai sangat tak larat nak masak banyak2 kan. 

Sarapan saya pagi ini hanyalah Pancake atau dalam kata lain Lempeng. Aduhaiiii!!!! dah lama saya tak makan lempeng tau. Saya kalau buat lempeng memang akan nipis sebab nak garing2 sikit. Untuk hari ini konon ala2 pancake lah katakan jadi buat tebal sikit. Muak makannya, 1 keping saiz kecil saya buat nie pun dah kenyang....erkkkkkk!!!! hahaha.........Jom tengok resepi cincai je nie......



PANCAKE @ LEMPENG

Bahan2 :
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 biji telur
1 cawan susu
Garam
Gula

- Blend kesemua bahan sekata. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair @ pekat. Rehatkan adunan selama 10 minit. Panaskan non stick pan (saiz kecil), letak sedikit minyak masak. Masukkan sedikit adunan dan setelah agak masak, kemudian terbalikkan. Sudah masak hidangkan bersama kari ayam.





2 ulasan:

  1. Aslmkum Khaizu
    suka mkn lempeng cicah sardin...
    sama kita...bila balik kg..ramai2 ada suka beli sarapan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'slam.....
      mamasya mmg sedap mkn lempeng cicah sambal ikan sardin @ bilis
      kalau mkn ramai2 lg ler sedap x cukup 1 meja makanan kn haha......

      Padam