Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 20 Disember 2012

KALAU SUDAH DITAKDIRKAN..........

Assalamualaikum.......

Bersua kembali di alam maya ini. Kali ini saya hanyalah ingin berkongsi sedikit cerita kisah anak buah saya Ashmira. Bertimpa2 dugaan yang datang kat dia. Mula2 pipi kena periuk panas, habis melecet sebelah pipi. Mula2 kena tu bengkak pipi sebelah, bawa pergi klinik doktor apa lagi dia tanggalkan kulit pipi tu....dah tentu ler tersembur air bengkak tu keluar. Ishhhh!!!! tak dapat nak bayangkan seram sejuk mendengarnya, tentu sakit.....


Bila dah sapu vitamin dan makan ubat nampak dah kering luka tu. Tak sampai 1 minggu dahi kena simbah dengan kuah panas pulak. Adoiiiiiiiii!!! kesian menengoknya. Secara tidak sengaja orang yang angkat lauk dari dapur terlanggar dia dan tertumpah sedikit kuah sayur atas dahi dia. Nasib kuah tak masuk dalam mata, menakutkan betul......Macam biasa lah kan, kalau bawa pergi klinik doktor akan siatkan kulit asal dan sapu ubat untuk keringkannya..


Lepas dah disapu ubat dahinya, dah kena buat operation pulak sebab kena angin pasang. Ini lah nasib anak buah ku yang comel nie. Baru 4 tahun dah terima macam2 dugaan. Walaupun kena macam2 tapi dia begitu matang menghadapinya. Kalau orang tengok memang sedih dan takut tapi dia buat tak ada apa2 yang berlaku. Walaupun baru lepas operation, dia dah terkinja2, tergelak2, siap usik2 orang lagi. Tak ada apa yang dirisaukan, itulah kanak2 kan....

Semoga lepas ini tiada apa yang tidak elok berlaku pada dirinya. Dia terlalu comel untuk menghadapi semua tu.....mood kesian.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan