Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 19 Disember 2012

TIRAMISU...... IN JAR

Assalamualaikum......

Selamat malam semua. Dah tidur ke? Saya tak dapat nak lelapkan mata pulak malam nie. Dah hampir lewat malam nie pun saya masih tengok tv sambil2 berblog nie. Che abang dah lama dibuai mimpi. Saya baru lepas  buat tiramisu. Hari tu buat tak puas nak makan, kali nie buat lagi tapi buat dalam balang. Buat sikit jer jadi dapat lah dalam 6 balang yang comel......jadi ler kan, nak lepas kan gian jer......


Kali ni, buat tiramisu ada letak buah2an sikit. Sajer nak bagi habis buah naga dengan blueberry yang dah nak kecut. Ingat nak buat pavlova, tapi tak berkesempatan nak buat. Ye la kan.....saya kalau buat mesti nak bawa balik rumah mak......nak bagi mak rasa, makan ramai2 baru best. Tak syok kalo makan2 hasil tangan kita nie, family tak rasa. Bila bagi dia orang rasa baru ada kepuasan sikit, betul tak......walaupun tak sedap huhu......tapi selalunya sedap ye, kalau tak sedap tak bagi ler, makan sendiri jer hihihi......


Yang 4 nie, besok nak bawak pergi opis nak bagi mak buyong makan. Hari tu dah janji nak bagi dia makan sebab dia tak sempat nak rasa yang buat hari tu. Lagi pun besok dia last kerja di ILP Ledang sebab kontrak dah tamat minggu nie. Sedihnya.....dah nak pergi seorang kawan. Baru kenal setahun dah nak berpisah. Moga Hidayah & Sharul akan dipermudahkan rezekinya di luar sana, Aminnnnnn.......Harap2 Dya akan menjaga kandungannya yang baru berusia 1 bulan dengan baik. Shahrul pulak, bila nak kawin nanti jangan lupa jemput ye, akak mesti datang punya.......


resepi tiramisu nie saya masih guna resepi sama yang saya buat di sini, cuma saya tak letak susu segar sebab nak bagi lemak cheese tu terasa & tambah buah2an jer.....

SELAMAT MENJAMU SELERA!!!!!




4 ulasan:

  1. bestnye...mesti sodap ni...
    akk..nk tanye..yg adunan cream cheese tu if da sejukkan mcm ne tekstur dia?
    firm tak..maksud sya lembut atau mcm ne...hihi
    dr hari tu dok cr gelatin halagel tp x jumpe2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap isya, jgn lupa buat nti..
      cream cheese frosting tu dh sejukkan dia lembut jer sbb kita dh campurkan dengan krim putar
      kalo nk cr gelatih halagel kt mydin ada kot rasanya

      Padam
  2. Okay...tq kak..mcm ni tak le tahan nengok jar akk tu...so nk p Mydinla..nk cr mende tu ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo tak tahan isya blh le buat cpt2, bg abang Zool tu makan puas2 hihi

      Padam