Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 26 Disember 2012

COKLAT CAWAN BUAH2AN

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Sementara tak ada kerja nak buat malam nie, masak pun tak sebab suami tak nak makan, jadi saya buat Tart Coklat Buah2an. Minggu lepas ada buat gak untuk bagi kawan2 rasa. Dia orang dapat ler makan sorang satu sebab saya tak buat banyak. Malam nie buat lagi untuk nak perhabiskan bahan2 yang ada kat dalam peti ais.


Buah blueberry pun dah nak kecut dah. Ingat nak buat pavlova tapi sayang pulak nanti telur kuning tak buat apa2 sebab saya jarang masak bila waktu kerja, lebih2 lagi suami saya sekarang nie demam jer....asyik on...off...on...off tak kebah2. Tu yang terbantut nak buat. Ingat, bila dah pindah nanti baru nak buat.....nak ajak adik2 join sekali.

Nak buat tart nie simple je, bahan pun tak banyak. Krim & cheese pun lebihan dari buat tiramisu hari tu. Untuk acuan tart tu saya cairkan coklat masakan dan tuang atas acuan. Saya buat nipis jer sebab saya tak berapa nak gemar makan coklat. Agak2 dah penuh semua acuan, saya layang2 kan pada acuan biar sama rata, lepas tu saya tuang semula lebihan coklat. Bila dah siap semua, simpan dalam fridge, dah beku baru saya tanggalkan coklat dari acuan.


Lepas tu, mula2 sekali letak apa2 biskut yang digemari. Basahkan dulu dalam air susu @ horlick @ nescafe @ kopi, sekejap dalam 1 saat jer, letak dalam tart, letakkan krim cheese macam kita buat tiramisu tu. Lepas tu susun buah2an ikut suka kita lah ye.......Dah tu nak makan terus pun boleh, nak simpan dalam fridge semula pun boleh.....ikut selera masing2...

Disebabkan saya tak berapa nak makan coklat tu, jadi saya makan 2 ketul jer....yang selebihnya orang2 lain yang bedal.......




4 ulasan:

  1. mnarik la pulak resepi ni..harus utk dcuba ni..kreatifff..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti cuba Qasey, buat cantik2 ye....bg akak tergoda....

      Padam
  2. akk ni rajinla...sdap ni sbb penah wat dulu tp lg sdap klu org yg wat & kta tgl mkn je...hihi;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. isya, x der la rajin mana pun......nk perhabiskan bahan jer,
      org buat lg sedap ye, apa kata isya suruh zool yg buatkan mesti lg sedap hahaha

      Padam