Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 29 November 2012

KEREPEK JEJARI KETAM

Assalamualaikum...........

Bersua kembali teman2 yang diingati selalu. Malam nie kita bersantapan dengan Kerepek Jejari Ketam je ye.   Oleh kerana malam ini tak masak sebab che abang demam dan dia pun tak nak makan apa2, jadi saya singgah di kedai beli jejari ketam. Beli sikit jer sebab tak pernah makan, takut nanti makan tak sedap pulak.

Bila dah buat, memang sedap lah kerepek jejari ketam nie. sekali hadap jer dah langsai. Masa tercari2 resepi kudapan, ternampak kerepek nie kat sini. Mula2 macam nampak pelik jer sebab saya memang tak berapa suka jejari ketam nie tapi bila dah buat kudapan nie saya tergoda pulak. Nanti nak beli banyak2 nak buat buah tangan untuk mak, mesti mak suka.


KEREPEK JEJARI KETAM
Resepi : bakery2embroidery

Bahan2 :
2 pek jejari ketam (250gm x 2)
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
Air - untuk renjis - saya tak guna
Minyak

Cara2 :
1. Siat2kan jejari ketam.
2. Masukkan tepung beras & tepung jagung ke dalam beg plastik. Sebatikan.
3. Masukkan jejari ketam yang telah disiat2 ke dalam beg plastik dan gaulkan sekata. Jika nampak kering sangat pada jejari ketam, boleh renjis2kan dengan air supaya tepung melekat, saya tak buat pun .
4. Panaskan minyak dan goreng jejari ketam hingga garing dengan api yang perlahan. Dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

Nota : 
- tak perlu letak garam. pada mula2 memang jejari ketam lembik tetapi lama2 nanti ia akan garing.



4 ulasan:

  1. Wow nampak sedaplah keropok jejari ketam ni, mmg layan habis depan tv, hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihih.....tau x pe, akak buat Evelyn satu mangkuk kt atas tu sekejap je habis smbil tgk2 tv tau2 dh licin....

      Padam
  2. mmg sedap la kak kepek ni..rugi tau wt sikit2... hihi..kalau rajin leh la wt lg...klau QH wt kepek ni kt kg..xsempat masuk balang..dah lasam dlu time panas2 tu..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la Qasey.....makan mmg sedap tp kalo nk buat byk2 tu kena pggil sedara mara ramai2 tolong siat2kan....huhu

      Padam