Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 7 Julai 2012

RED VELVET II.....

Assalamualaikum........

N3 kali ni kek Red Velvet sebab ada kawan yang nak rasa kek nie sebab dia tak pernah makan. Kek dah buat 3 hari yang lepas tapi hari nie baru berkesempatan nak buat n3.

Bukan ler sibuk sangat cuma nak bern3 tu ada masalah sikit. Pagi2 sebelum gerak pergi kerja baru saya nak sapu cream cheese. Dah siap sapu dan deco cincai2 je terus bawa pergi opis. Walaupun comot tapi Alhamdulillah...semua kawan2 yang rasa sukakan kek tu. Kalau yang tak suka tu maap la ye tak boleh nak tulunnn...

Tuan tanahnya pun tak sempat nak rasa sebenarnya....nasib ok kalo tak....buat malu jer!!!! Walaupun kelam kabut pagi tu.....sepotong kek untuk diri sendiri dan che abang rasa tetap sempat di potong...balik kerja petang tu baru berkesempatan makan.....sedapppp, Aaaminnnnn.....Puji diri sendiri jangan mareee!!!


gambar kek yang dipotong saje yang dapat di snap, yang lain dah lego kt opis untuk kawan2 rasa  

RED VELVET

Bahan2 :
1 1/4 cawan tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar koko
1 sudu besar pewarna merah
1/4 cawan mentega - 57 gm
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil vanila
1/2 cawan buttermilk - (1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka / lemon)
1/2 sudu teh cuka makan 
1/2 sudu kecil baking soda


cream cheese tak tebal sangat, nanti kena buat 2x ganda cream cheese tu....tapi kalau guna resepi asal tentu boleh tebal

Cream Cheese Frosting
125 gm cream cheese
50 gm mentega
110 gm gula aising - boleh kurangkan
1 cawan fresh cream - dipukul hingga kental

Cara2 :
1. Panaskan oven pada suhu 175C.
2. Ayak tepung, baking powder dan garam bersama, ketepikan .
3. Campurkan serbuk koko dan pewarna merah, kacau rata hingga menjadi pes ( boleh tambah air sedikit) .
4. Pukul mentega dan gula hingga ringan, masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan pula vanila dan campuran koko, putar sebati .
5. Masukkan tepung dengan buttermilk secara berselang seli. Dimulai dengan tepung di akhiri dengan tepung (tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung) .
6. Dalam mangkuk kecil campur cuka dan baking soda, kemudian masuk ke dalam adunan tadi. Gaul sebati dengan menggunakan spatula.
7. Tuang adunan ke dalam loyang 6" dan bakar selama 50 minit atau hingga kek masak .
8. Setelah kek masak, sejukkan atas redai kemudian baru dipotong 2.
9. Atas lapisan kek yang pertama , sapukan cream cheese (saya guna piping bag saje). Setelah itu baru tindankan dengan lapisan kek yang kedua.
10. Sapukan cream cheese pada keseluruhan kek dan hias mengikut kreativiti masing2.


sedapppp.....raya nanti nak buat lagi untuk family pulak....

Cara2 Cream Cheese :
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut.
2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan gula aising sedikit demi sedikit (kalau manis jangan habiskan gula). Pukul hingga gula sebati.
3. Masukkan fresh cream, gaul dengan menggunakan spatula sahaja .

* untuk cream cheese saya tak buat resepi di atas sebab whipped cream tak der, jadi saya guna cream cheese sahaja. Resepinya :

250 gm cream cheese
2 sudu besar butter
1/3 cawan gula aising
1 sudu kecil esen perisa lemon

- pukul semua bahan hingga lembut dan gebu .






2 ulasan:

  1. Sedapnya RVC..nak jugak satu slice..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak ye Rahel.....boleh tapi syaratnya nak kek Rahel yang sedap2 tu dulu..hihi

      Padam