Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 30 Jun 2012

SOS KEJU

Assalamualaikum........

Kali ini nak n3 Sos Keju pulak yang saya ambil resepinya dari kak Divana Salleh. Sos keju yang saya buat sendiri masa makan dengan Quiche Ayam Cendawan. Memang sedap dan senang nak buat. Saya kongsi kat sini ye kak Divana.......Kat sini saya salin semula resepinya..... 


CHEESE FRIESS (SOS KEJU)
Sumber : Divana Salleh (fb)

Bahan2 :
2 sudu besar butter
1 1/2 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 sudu kecil garam - saya kurangkan ikut rasa
1 sudu kecil serbuk cili - x letak sbb x de
1 sudu kecil serbuk lada putih
6 keping cheese cheddar (slices)
pewarna kuning (jika suka nk kuning)

Cara2 :
Panaskan butter, masukkan tepung dan kacau jangan sampai ia bergentel. Masukkan susu, garam, serbuk cili dan lada putih serta cheese. Masak sampai pekat seperti yang dikehendaki. kalau nak bagi kuning, letak pewarna kuning telur sedikit sahaja....

Selamat Mencuba!!!!





QUICHE AYAM CENDAWAN

Assalamualaikum.....

Selamat pagi semua....selamat berhujung minggu. Sarapan apa agaknye ye? Kalau selalu makan benda yang sama pun bosan juga kan. Sooooo....apa kata, pagi nie kita bersarapan dengan sesuatu yang baru....Quiche Ayam Cendawan......sedapppppp!!!!! Resepi nie saya ambil kat FB Salina Abkamal yang dikongsikan beliau lama dah....baru nie je terperasan...hihi

Memang berbaloi2 membuatnya sebab memang sedap sangat2 bila dimakan bersama sos2 pilihan. Bagi kawan2 yang ada anak kecik2 tu, mesti diaorang akan minta dan minta lagi....betulllll. Kalau ada 'anak kecil' yang macam tak kecik lagi pun akan minta lagi...hahaha, sapa lah agaknye ye...hehe


QUICHE AYAM CENDAWAN
Dari :Koleksi Pastry Roti (4) Chef Nirmala
Sumber : Salina Abkamal

Bahan2 Kulit Pastry :
100 gm kentang - russet 
240 gm tepung gandum
125 gm mentega
1/2 biji telur
1 sudu teh rosemary
2-3 sudu besar air sejuk - saya x letak

Bahan2 Inti :
300 gm isi ayam
200 gm cendawan butang
6 biji telur - saya letak 4 biji gred A
300 ml krim - saya letak 100 ml krim + 200 ml susu cair
2 sudu besar herba campur - saya letak 1 sb
sedikit garam
sedikit lada hitam
50 gm keju parmesan


saja bagi atasnya perang sikit, bila nampak cerah tu macam busann je...

Cara2 :
1. Rebus kentang dengan sedikit garam hingga lembut. Hancurkan dengan garfu .
2. Gaulkan mentega dan tepung hingga sebati, campurkan dengan kentang, telur, rosemary dan air sejuk (jika perlu) . Saya tak masuk air, jadi telur saya masuk sikit2 sambil gaul adunan pastry.
3. Tambah sedikit tepung kalau adunan melekit. Uli sampai sebati dan lembut. 
4. Canaikan pastry dan letakkan ke dalam acuan saiz 9 inci, sejukkan selama 1 jam.
5. Ayam dan cendawan dipotong kecil2. Goreng dengan 1 sudu besar mentega sampai masak. Sejukkan .
6. Campurkan krim, telur, lada hitam dan garam serta herba campuran.
7. Taburkan ayam dan cendawan di atas kulit pastri yang sejuk.
8. Tuangkan adunan krim, taburkan cheese.
9. Bakar selama 45 minit pada suhu 170C sehingga keperangan.....SELAMAT MENCUBA!!!!!!


ini saya punya.....dipenuhi dengan sos cili, sos keju dan mayonis......mantap bebbbb!!!!!




Ahad, 24 Jun 2012

KEK CHOC MOIST KUKUS

Assalamualaikum..........


KEK CHOC MOIST KUKUS
By : Pn. Munira Baharum
Sumber : Azlita Masam Manis

Bahan A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

- Kesemua bahan -bahan di atas disatukan. Masukkan dalam periuk dan masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Bila ia dah licin matikan api dan rehatkan.

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonat 
1 sudu teh baking powder

- Kesemua bahan di atas disatukan, kemudian di ayak.

Bahan C 
4 biji telur ~ diblender

Panaskan kukusan.
Sediakan loyang 8 inci, sapukan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper ~ ketepikan.
Panaskan loyang dalam kukusan terlebih dahulu .
Masukkan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A, secara berselang seli. Mulakan dengan bahan B dan akhiri dengan bahan B ~ B, C, B, C, B  
Kacau sebati, guna spatula sahaja.
Tuangkan adunan dalam loyang .
Tutup loyang dengan aluminium foil .
Kukus adunan selama 1 jam atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
Bila kek dah masak, biarkan kek sejuk sekejap dalam 15 minit, kemudian terbalikkan loyang atas redai untuk keluarkan kek.
Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum kita potong kek kepada 4 kepingan. Saya potong 3 je....


 CHOCOLATE GANACHE ( saya ikut cara resepi ita)

100 ml double cream/ whipping cream
250 gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air

Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air .
Biarkan ia kembang .
Kemudian panaskan secara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan.
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup .
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata.
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati .
Angkat dan sejukkan.
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit. 

Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.

Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
   

CREAM CHEESE FROSTING

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah

Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras. 
Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek. 
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek. (Kalau nak tengok cara ita melapis boleh tengok di sini sebab kek saya bentuk lain tapi caranya sama sahaja cuma saya buat mula dari tepi kek).

Setelah habis melapis, masukkan semula kek ke dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letak pula lapisan kek yang kedua. 
Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan tepi kek mulakan dengan coklat (jika yang lapisan kek mula2 tadi letak cream cheese).
Buat hingga habis dan simpan semula dalam peti ais selama 10 minit.

Setelah siap, letak lapisan terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.

Sementara menunggu cream cheese mengeras, sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti ganache di atas cuma kali ini tak perlu letak gelatin .
Kek yang telah siap tadi letak atas redai untuk proses menuang ganache.
Alas bawah redai dengan loyang supaya bila ganache dituang, akan jatuh ke dalam loyang.
Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi.
Jangan ratakan permukaan kek, biar ia rata sendiri, cuma perlu sendeng2kan loyang sahaja.
Kemaskan kek dan simpan semula ke dalam peti ais hingga ganache mengeras.
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing2.


ini kek untuk penama tu ye....






tak comel.....kena perbaiki lagi....lapisan cheese n coklat tak banyak...kedekuttttt




Sabtu, 23 Jun 2012

NASI LEMAK......SAMBAL UDANG VS SAMBAL IKAN TONGKOL

Assalamualaikum.........


sarapan pagi ku hari ini.........  


sambal ikan tongkol.......saya punya.....  


sambal udang....untuk che abang ye.....sebab dia tak suka ikan aye.....








DRAGON FRUIT SMOOTIE

Assalamualaikum......

Minuman segar yang saya minum hari ini sebelum mengambil sebarang sarapan pagi.........


DRAGON FRUIT SMOOTIE

Bahan2 :
1 biji buah naga
4 cawan sus segar
3 sudu besar madu
3 sudu besar gula
1 biji jus lemon

Blend semua bahan hingga halus. Hidangkan. Nak blend letak ais lagi besttttt......



Khamis, 21 Jun 2012

CHILLED OREO CHEESECAKE

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua. N3 saya malam nie ialah Chilled Oreo Cheesecake. Buat hari rabu lepas sempena Ulangtahun suami saya. Dah lama sebenarnya nak buat, kali nie baru berkesempatan. Memang sedap kek nie, suami saya suka. Katanya...untuk pertama kali makan sepotong kek habissss.....ye la tu...hihi!!


Kalau tengok dari rupa kek nie cantik menarik je kan tapi sebenarnya kek nie tak jadi tau..... Bila tengok gambar tu cantik jer kejadiannya kan sebab baru keluar dari petiais.....sejuk keras lagi, cuba kalau tunggu lama sikit kat luar dalam 2 ke 3 jam maka akan berlaku lah sesuatu.....kecairan....

Silap saya juga sebab saya guna UHT Whipping Cream, jadi saya ada terbaca kalau pukul whipping cream takkan jadi kental la kan. Ia hanya sesuai untuk buat triffle @ ganache je.....mmmmm, entah le tapikan whipping cream juga. Kalau orang tak tengok resepi betul2 memang susah lebih2 lagi orang yang baru nak mengenal dunia cheesecake nie......sabar je la...

Mungkin lain kali saya kena guna yang Non Dairy Whipping Cream tu kot macam yang kakwan cakap. Tak pe la....kitakan budak baru belajar. Disebabkan kek ini sangat2 sedap, mungkin saya akan buat lagi.....yuhuuuu!!!Resepi saya ada tengok gak kat sini masa search resepi untuk cheesecake ni. Resepi yang saya n3 adalah hasil skodeng kat dapur kakzu yang memang banyak buat kek.....marvelesssss!!!!


CHILLED OREO CHEESECAKE
Sumber : Semanis Gula

Dasar Biskut :
200 gm biskut digestive
100 gm butter
@
200 gm biskut marie
150 gm butter
- cairkan butter dan gaul pada biskut yang telah dihancurkan. Tekan ke atas loyang size 7 @ 8....masukkan dalam peti ais selama 20 minit.

Bahan2 Kek :
250 gm creamcheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil lemon emulco...sunquick pun bole..
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingga larut.
60 gm gula halus
biskut oreo 1 peket..hancurkan 3 suku peket je masukkan dalam adunan....buangkan krimnya....selebihnya buat deco2.
***cara kakzu....masukkan dalam plastik dan tumbuk dengan anak lesung...jadi hancurnya ada kasar2 sikit...

Cara2...
- putar whipping hingga jadi krim. Putar cheese dengan gula hingga kembang....masukkan gelatin, lemon paste (kalo suka).....putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan....masukkan biskut oreo hancur tadi. Masukkan dalam loyang...8 inci. Sejukkan dalam peti ais hingga keras.


satu untuk saya....satu untuk awak....silakannn!!!

SELAMAT MALAM......




KELEBIHAN BULAN SYA'ABAN

Assalamualaikum.....


-dari google-

Salam Satu Malaysia semua. Salam 1 Sya'aban bagi seluruh umat Islam. Telah berlalu bulan Rejab, bulan yang penuh dengan keberkatan....kini muncul pula bulan Sya'aban. Pada bulan Rejab yang lalu, kita disunatkan untuk berpuasa sepanjang bulan tersebut. Kini pada bulan Sya'aban juga kita disunatkan untuk berpuasa selama sebulan kerana kelebihannya. Saya hanya sempat berpuasa beberapa hari sahaja masa bulan Rejab. Harap2 pada bulan Sya'aban ini akan dapat melakukan ibadat puasa lebih lagi dari sebelumnya. Moga dipermudahkan oleh Allah s.w.t.

Apabila tiba sahaja bulan Sya'aban, ini bermakna bulan Ramadhan yang memang dinanti2kan oleh semua umat Islam di seluruh dunia, akan tiba tidak lama lagi. Semoga Ramadhan yang akan datang dapat memberi peluang kepadaku untuk menambah amalan2 dengan izin Allah s.w.t.


Berkisah tentang bulan Syaaban, antara amalan2 yang boleh dilakukan pada bulan ini ialah : (saya tengok di sini.....)

1. Memperbanyakkan berpuasa sunat di bulan Sya'aban....Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : " sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Sya'aban dan 3 hari pada pertengahan Sya'aban dan 3 hari pada akhir Sya'aban .

2. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasullullah s.a.w. Sabda Rasulullah s.a.w. : " Sesiapa yang mengagungkan bulan Sya'aban, bertaqwa kepda Allah s.a.w.t., taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t. mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit. " (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

3. Bertaubat .

4. Meraikan malam 15 Sya'aban @ lebih dikenali sebagai malam Nisfu Sya'aban di mana sunat ia dihidupkan dengan membaca zikir dan Al-Quran kerana malam tersebut adalah malam yang amat mustajab dan penuh rahmat.

Jika nak tahu kelebihan2 yang lain boleh juga baca di sini jika rasa tak cukup dengan maklumat di atas. Di sini juga saya lampirkan antara Puasa Wajib dan Puasa Sunat untuk rujukan kita bersama.

1. Puasa Wajib :- Puasa di dalam bulan Ramadhan

2. Puasa Sunat :- 
- Puasa 6 hari di dalam bulan Syawal
- Puasa di dalam bulan Rejab
- Puasa di dalam bulan Sya'aban
- Puasa Hari Isnin & Khamis
- Puasa Hari Arafah
- Puasa hari A'syura iaitu pada 10 Muharram

3. Diharamkan Puasa :-
- Puasa pada Hari Pertama Aidilfitri
- Puasa pada Hari Pertama Aidiladha
- Puasa pada Hari2 Tasyrik iaitu 11, 12 & 13 Zulhijjah

Kalau ada maklumat yang tidak lengkap atau berlaku kesilapan....maaf ye...







Rabu, 20 Jun 2012

SELAMAT PANJANG UMUR.....SUAMIKU

Assalamualaikum.........


-dari google-

Selamat malam. N3 malam ini adalah ucapan Selamat Panjang Umur buat suamiku yang tercinta. Semoga dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik. Dimurahkan rezeki dan diberkati atas apa yang dilakukan. Semoga dirahmati Allah s.w.t sentiasa walau dimana pun berada. Terima kasih tak terhingga kerana menjadi suamiku yang begitu setia dan menghargaiku seadanya...Aminnnnnn!!!

Hari ini che abangku bekerja kerana jaga final exam student2 ilp. Hari ini saya bercuti sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan. Masih belum selesai hal2 pembelian rumah nie, jadi kenalah buat sorang2. Nasib dah pandai sikit bawa kereta, kalo tak kes naya  tauuu.....
  

cantik tak kek saya.....hihi,kena study lagi nie

Untuk besday che abang hari nie, saya buat Chilled Oreo Cheesecake. Che abang dah makan dan pujian diterima. Katanya sedap sebab tak manis sangat. Kalau kat secret recipe manis katanya tapi yang ini sedap ikut seleranya. Bila dah dapat pujian tu apalagi senyum simpul le tuan punya tangan..hahaha...kembang kejap youuuuu, jangan mare!!!!! Resepi nanti2 ye.....
 

Untuk makan malam nie, tak masak so makan malam kat luar je. Dinner pilihan adalah di Wildmill Bukit Beruang Melaka. Pilihan saya adalah Hot & Spicy Fish....rasa biasa2 je...kurengggg. Che abang pulak pilih Chiken & Lamb...tak cukup katanya, rasanya...boleh la.....


order yang set punya, tambah hot chocolate...rasanya....mmmm....best lagi buat sendiri kot...huhu, rasa macam milo.....lemauuuuuu!!!!


laju jer orang tu makan tapi tengok la....sayur tak berusik langsung.....kita jugak le yang nak kena tolong habiskan.....ishhhhhh




Big Apple + Chilled Oreo Cheesecake + Munchy Ais
=.......ahhhhhhhhhh!!!Lega


cawan besauuuuu!!!!.....nie untuk che abang, hadiah besday dari saya....hahaha!!! dia tengok tak terkata2, maap la ye sebab dah tak tau nak bagi apa....dah nak sama besau laptop...hihihi


ini Big Apple,....saya yang punya, sapa nak....gie beli sendiri ye!!!!.....



Ahad, 17 Jun 2012

IKAN KEMBUNG MASAK TAUCU



Bahan2 :
4 ekor ikan kembung
3 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 biji bawang besar- potong 6
Taucu- ikut rasa
Air asam jawa
5 biji cili api
Halia

Cara2 :
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit, goreng seperti biasa .
2. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masuk taucu, tumis seketika dan masukkan air asam jawa, ikan dan cili api.
3. Setelah kuah mendidih, masuk bawang. Kacau seketika dan angkat .


AVOCADO SMOOTIE

Assalamualaikum.....

Jom layan sarapan pagi saya tadi, Avokado Smoothie .......


AVOCADO SMOOTHIE

Bahan2 :
1 biji buah avocado
2 cawan susu segar
3 sudu besar madu
1 sudu besar gula
1 biji lemon

- Blend semua bahan hingga halus. Hidangkan.



ASAM PEDAS IKAN PARI

Assalamualaikum......

Salam sejahtera semua. Tengah buat apa tu? Nonton tv ye....tengok jalan2 cari makan ke? Jom makan2 tak perlu jalan2 tau. Bila hujung2 minggu nie tak keluar ke mana2....maap yer sebab sat2 lagi nak gie jusco ada offerrrr hehehe....so kita main masak2 la kt rumah. 

Saya pagi tadi sarap hanya dengan Avokado Smoothie.....mmmm smoothie lagi...hukhuk, selagi tak jemu. Untuk menu tengahari pula saya masak asam pedas ikan pari lawan dengan cencaluk, kembung goreng taucu dan sayur campur. Pagi2 lagi saya dah masak sebab nanti nak keluar cuci mata dengan cuci $$$$ sekali...pwweeetttt!!!!



ASAM PEDAS IKAN PARI

Bahan2 :
6 ketul ikan pari
1 senduk cili kisar
5 biji bawang merah - tumbuk halus
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 batang serai - dititik
1 inci halia - dititik
1 tangkai daun kari
4 helai daun limau
2 batang bunga kantan
2 biji tomato
5 biji bendi
Air asam jawa

Cara2 :
1. Perap ikan dengan air asam jawa untuk hilangkan hanyir ikan.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau. Masuk pula cili kisar, daun kari dan daun limau. Tumis hingga cili terbit minyak. Masukkan ikan dan sebatikan dengan cili. 
3. Setelah ikan sebati dengan cili, masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah mendidih.
4. Setelah kuah mendidih, masukkan tomato dan bendi. Setelah ikan masak boleh tutup api.


Ini lah menu tengahari saya.....jemput makan....cencaluk tu kena letak limau ye baru mmmmm...


tapiiiii....sebelum makan kita cuci usus dulu...yok makan buah dulu


Sabtu, 16 Jun 2012

SOTO

Assalamualaikum......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke belum? Menu saya malam nie simple jer....menu soto jer. Tengahari tadi tak masak jadi malas nak masak berbagai untuk malam nie, buat soto sebab memang dah lama teringin nak buat. Bukan susah nak buatnya tapi sebab nak makan sorang je, tu yang malas nak buat. Asyik dok tangguh2 je.....

Tapi bila che abang nak makan bihun sup, apa lagi....selitkan sekali sotonya...hihi. Nie kira resepi 2 dalam satu la nie. Senangkan....saya suka soto tak suka bihun sup tapi che abang pula tak suka soto, dia suka bihun sup..ishhhh!!! susahkan bila selera tak sama...layan kan aje leee...


SOTO

Bahan2 :
Ketupat nasi 
1/2 kg ayam
2 sudu besar bawang putih kisar
4 sudu besar bawang merah kisar
4 ketul bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
6 bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 bungkus sup bunjut
1 inci halia
2 batang serai
Air


Cara2 :
1. Rebus ketupat nasi hingga masak.
2. Cuci ayam bersih. Masuk ke dalam periuk semua bahan diatas (kecuali ketupat la...). Saya tak tumis sebab nanti ayam tu pun dah berminyak2.
3. Bila ayam telah separuh masak, keluarkan dan tos seketika. Biarkan sup masak seketika .
4. Lumurkan ayam sedikit dengan kunyit dan garam serta sedikit tepung goreng ayam. Goreng seketika hingga ayam betul2 masak.

Sambal Kicap :

20 biji cili api
2 ulas bawang putih
Gula pasir
Kicap manis

- Blend semua bahan sambal kicap hingga hancur. Gula dan kicap ikut suka masing2 banyak mana nak letak.

Bahan sampingan :
Segenggam taugeh

Sedikit daun bawang - hiris halus
Sedikit daun sup - hiris halus
Kacang tanah - digoreng tanpa minyak
Bawang goreng
Sohon - digoreng



tak lengkap lagi sebab tanpa adanya begedil....lupa ler pulakkk


Ahad, 10 Jun 2012

BLENDED ORANGE CAKE

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah lama benor rasanya teman tak melawat ke sini. Sejak kebelakangan nie terlalu banyak nau urusan yang perlu di buat. Dengan jemputan kahwin setiap minggu, mana nak kemas rumah lagi...maklum ler nanti nak pindah...nak bershopping lagi....nak cuci2 mata lagi...nak gie gim lagi, senamrobik lagi...tak terkejar2 semua tu.

Walaupun tak berkesempatan tapi sempat juga la buat Blended Orange Cake. Blend jer kan, tu yang senang nak buatnya. Sementara buat sarapan pagi sempat lagi bakar kek. Resepi macam biasalah ikut resepi ita masam manis. Ini kali ke 3 saya buat, baru nie nak buat n3. Kek nie sangat sedap dan mudah disediakan. Untuk kawan2 yang nak mencuba, don't be 'kuateirr' sebab kek nie tak terasa pahitnya pun....sedap jer masuk kat tekak nie.



BLENDED ORANGE CAKE
by: kak Fida
sumber : Hasue
Sumber : Masam Manis

Bahan-bahan : ( loyang 9 inc )
1 biji buah limau 
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren - saya pun
ita tambah 1 sudu besar orange sunquic - saya pun




Cara-cara :
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
2. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur,  kisar hingga halus.
3. Tuang bahan yang di kisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil di kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris.
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.






Selasa, 5 Jun 2012

RENDANG AYAM

Assalamualaikum........


 RENDANG AYAM

Bahan2:
1/2 kg ayam
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar lengkuas kisar
2 sudu besar serai kisar
2 inci halia - titik
3 sudu besar kerisik
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau
2 cawan santan - tak cukup boleh tambah
Garam
Gula

Bahan2 kisar :
5 biji cili padi
3 biji bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji kunyit hidup

Cara2 :
1. Campur semua bahan kecuali kerisik. Masak hingga kuah sedikit kering. Masukkan kerisik dan masak hingga kuah sedikit pekat dan ayam masak .


tak berapa nak hitam rendang ayam nie sebab kerisik tu tak hitam....sekali tengok macam kari pekat jer....




Ahad, 3 Jun 2012

CARROT CAKE....SELAMAT ULANG TAHUN 2012

Assalamualaikum......


Selamat Ulang Tahun.....Selamat Ulang Tahun....Selamat Ulang Tahun Khairiah.....Selamat Ulang Tahun....Tak ada orang yang nak nyanyikan, nyanyi la sendiri  hukhuk..... Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan kesihatan yang baik dan kehidupan yang amat2 membahagiakan di samping suami dan keluarga yang tercinta. Tak lupa juga teman2 yang amat dikasihi walau dimana pun berada.


Bertambah usia maka semakin singkat lah usia ku di atas dunia ini. Semoga perjalanan hidupku akan dirahmati dan diberkati setiap masa oleh Allah s.w.t. Ya Allah!! ada masanya hambamu terasa semakin hampir denganMu, setiap kali semakin menganjak usiaku. Semoga amalanku akan diterima olehNya. Semoga taubatku akan sampai di sana.


huruf tu saya guna coklat putih yang dicairkan + pewarna oren

Setiap kali tibanya 3 Jun...maka setiap kali itu jugalah akan timbul satu azam yang memang masih belum berkesempatan untuk saya laksanakan. Bermacam2 penghijrahan yang ingin dilakukan tapi sering kali ia akan dilupakan...mungkinkah kerana tidak ikhlas @ sebab faktor2 tertentu. Biar apapun alasannya, saya memang teringin melakukan penghijrahan itu. Moga Allah akan memberi petunjukNya...Aaaaaamminnnnnnn!!!!!!!!!!


Sempena menyambut ulangtahun kelahiran saya kali ini, saya buat carrot cake. Kek nie saya buat malam tadi. Ingat pagi tadi nak potong tapi tak sempat sebab pagi2 dah gerak ke Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya. Bila balik petang tadi, saya potong untuk bekalkan mak dan adik2 serta anak2 buah yang ada sebab nak cepat pergi rumah pok cik untuk makan durian ramai2. Malam baru makan kek tu.


Saya dah banyak kali buat kek nie. Yang ini tak tau lah kali ke berapa. kalau nak resepi kek nie boleh tengok kat sini atau pun di sini juga. Kek ni sangat2 sedap bagi saya dan mudah disediakan. Kombinasi kek dengan cheese memang terangkatttt. Bagi kawan2 yang belum mencuba, sila lah cuba gerenti tak mengecewakan.......







Sabtu, 2 Jun 2012

STEAMBOT

Assalamualaikum........

Selamat petang semua.......Dah masak untuk makan petang? Apa menu makan tengahari hari nie? Saya tak masak tengahari cuma buat steambot simple sahaja hari ini atas permintaan che abang le.....

Bagus juga kan sebab pagi tadi dah sarap nasi lemak dengan sambal sotong dan paru berlada. Jadi untuk makan tengahari, cukup sekadar makan steambot saje. Untuk minum petang saya baru buat keria......macam biasa lah saya memang hantu keria...hari2 pun tak pe...hihihi


STEAMBOT

Bahan2 Kuah Tomyam :
1 ekor rangka ayam - potong kecil2
1 biji bawang besar - potong 6
2 biji tomato - potong 4
2 batang serai - titik
2 ulas bawang putih - titik kasar
3 helai daun limau purut
5 biji cili padi - titik kasar
3 sudu besar pes tomyam
1 batang celery - potong kecil2
Air
Garam

- Masuk semua bahan dalam periuk kecuali tomato & celery, masak hingga mendidih. 
- Selepas itu baru masukkan sotong, udang, tomato dan celery. Kemudian masukkan bahan2 sampingan yang disediakan.


Ini antara bahan2 sampingan yang saya sediakan. Masukkan aja semua tu...kasi leburrrrr...lepas tu ngap2...kasi habisss. Kalau nak tambah, boleh tambah salad, lobak, fish ball...apa2 spesis ball pun belasah...ikut selera. Saya tak letak banyak bahan sebab nanti tak boleh nak habiskan....berdua sahaja kan....

Sos Steambot 

Bahan2 :
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar*
segenggam udang kering* (*tumbuk halus)
1 sudu besar limau nipis - pilihan (ada org letak jus oren, lagi sedap kot)
Gula
Garam
Minyak

- Tumis bahan tumbuk dan cili. Setelah cili masak masukkan garam, gula dan air limau. Untuk sos nie saya masak pekat sikit.