Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 10 Jun 2012

BLENDED ORANGE CAKE

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah lama benor rasanya teman tak melawat ke sini. Sejak kebelakangan nie terlalu banyak nau urusan yang perlu di buat. Dengan jemputan kahwin setiap minggu, mana nak kemas rumah lagi...maklum ler nanti nak pindah...nak bershopping lagi....nak cuci2 mata lagi...nak gie gim lagi, senamrobik lagi...tak terkejar2 semua tu.

Walaupun tak berkesempatan tapi sempat juga la buat Blended Orange Cake. Blend jer kan, tu yang senang nak buatnya. Sementara buat sarapan pagi sempat lagi bakar kek. Resepi macam biasalah ikut resepi ita masam manis. Ini kali ke 3 saya buat, baru nie nak buat n3. Kek nie sangat sedap dan mudah disediakan. Untuk kawan2 yang nak mencuba, don't be 'kuateirr' sebab kek nie tak terasa pahitnya pun....sedap jer masuk kat tekak nie.



BLENDED ORANGE CAKE
by: kak Fida
sumber : Hasue
Sumber : Masam Manis

Bahan-bahan : ( loyang 9 inc )
1 biji buah limau 
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren - saya pun
ita tambah 1 sudu besar orange sunquic - saya pun




Cara-cara :
1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
2. Masukkan ke dalam blender bersama minyak, gula dan telur,  kisar hingga halus.
3. Tuang bahan yang di kisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil di kacau sebati.
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang beralas dan gris.
Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau hingga masak.






8 ulasan:

  1. Kak Ros ada 3 biji oren dalam peti,boleh dipertimbangkan untuk minum petang esok.

    BalasPadam
  2. Kak Ros....buat tau...buat cantik2 jgn lupa deco sekali nk tgk...hihih

    BalasPadam
  3. assalam
    tq sudi singgah di blog sy
    menarik kaler oren tu, menyelerakan ymmylah
    rasa oren tu yg suka mesti tak muak cam kek lain kan
    paling best blend je, takyah keluarkan mixer , sesuai wat org malas cam sy ni he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui tu mama sara...yg senang tu la yg best nk dibuat..hihi

      Padam
  4. lawan dia minum dengan kopi o panas.....cantik kalor ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke ucu...x dan nk ngap dgn kopi...dh hbis pn

      Padam
  5. akk pun suka kek oren ni, mmg sedap n mmg menjadi walaupun resipi simple

    BalasPadam
  6. sama la kita...mudah n cepat utk dibuat

    BalasPadam