Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 12 Julai 2012

KOKTEL BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum.......


Selamat petang semua....Jom kita sejukkan tekak dengan Koktel Buah2an. Resepi dari Chef Arm yang sekarang nie sedang mencipta nama. Memang sedap resepi2 dari Chef Arm, tidak mengecewakan pun....Banyak buku2 resepi chef yang boleh dibeli dengan resepi2 yang mudah dan menyelerakan.
  
  
KOKTEL BUAH-BUAHAN

Resepi : Chef Arm

Bahan-bahan : -
40g Tepung Kastard
5 Sudu Besar Gula Halus
900ml Susu Cair
1/2 Biji Buah Nanas ( Dipotong Dadu )
1 Biji Buah Naga Merah ( Dipotong Dadu )
2 Biji Buah Kiwi ( Dipotong Dadu )


Cara Penyediaannya : -
1. Masukkan tepung kastard ke dalam mangkuk.gaul sebati bersama susu cair sebanyak 200ml.
2. Panaskan susu yang selebihnya sehingga mendidih.
3. Tuang susu didih ke dalam adunan kastard dan kacau hingga rata.
4. Panaskan adunan di atas api yang kecil dan kacau hingga rata supaya tidak berketul.
5. Kacau kastard hingga mendidih.Tutup api lalu masukkan gula halus dan gaul sekata.
6. Tuangkan sebahagian kastard ke dalam gelas koktel.
7. Masukkan satu hirisan buah-buahan, Lalu masukkan sebahagian kastard dan buah-buahan lagi.
8. Akhiri lapisan dengan kastard, hias dan hidangkan sejuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan