Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 30 Disember 2012

CUCUR MANIS

Assalamualaikum

Selamat malam teman2 ku sekelian. Esok tinggal 1 hari je lagi kita semua akan menyambut Tahun Baru. Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013. Banyak sungguh perancangan akan dilakukan pada tahun hadapan. Pasal kerja, pindah rumah, pasal diri lagi, pasal keluarga dan macam2 hal yang akan dilakukan pada tahun hadapan. Tengok lah macam mane, mampu atau tidak untuk dilaksanakan dengan jayanya.....sama2 kita tengok....

N3 hari nie Cucur Manis. Kalau biasa kita guna gula kan tapi kali ini kita guna susu pulak. Saya selalu beli cucur nie petang2 bila balik kerja, satu cucuk ada dalam 6 ketul RM1 je....Bila makan tu terasa lemak manisnye, bila tanya kakak tu dia cakap dia guna susu. Memang cucur kakak tu manis sikit maklum ler orang kelate......hihi tapi saya suka garing di luar lembut di dalam. Resepi saya belasah ikut selera saya, kawan2 yang berminat boleh cuba.......


CUCUR MANIS

Bahan2 :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar susu pekat manis
Air 
Garam

1. Campurkan semua bahan. Agak2 dia punya air, jangan cair sangat.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Hidangkan


lemak manis cucur nie, makan 3 ketul saya dah muak......yang pasti sedap di tekak saya hihi......





CAKE BALL ALMOND

Assalamualaikum

N3 kali nie Cake Ball Almond. Cake Ball @ Pop nie saya buat saje2 nak rasa. Dulu pernah buat kat sini tapi manis saya tak berapa suka, anak buah saya minat la manis2 tu......Kali ini buat lagi, guna lebihan cupcake yang saya buat hari tu.


Untuk yang kali ini, saya ada letak badam. Nak kepal2 kannya saya letak sedikit coklat ganache dari lebihan buat kek coklat hari tu. Saya buat dalam 2 versi, satu letak coklat ganache dan satu lagi saya campur sedikit badam....untuk saya la ye, letak badam untuk rasa krup krap sikit dan saya memang suka makan coklat yang ada kekacang....kalau tidak saya tak sentuh ler coklat tu......


- Mula2 hancurkan kek coklat
- Campurkan dengan sedikit coklat ganache hingga kek boleh dikepal.....boleh juga dicampurkan dengan sedikit badam cincang yang telah dibakar dahulu. Kepalkan kek bulat2 ikut saiz yang disukai. 
- Salutkan dengan coklat yang telah dicairkan, kemudian golek2kan di atas badam . Letak di dalam bekas, lepas tu.......ngap la nyum nyum........




SIPUT SEDUT BEREMPAH

Assalamualaikum

Siput Sedut Berempah......masak minggu lepas resepi adik saya Roziyah tapi baru hari ini berkesempatan nak buat n3, ye lakan asyik buat n3 kek2 tempahan hari tu atas permintaan kawan2 yang nak saya poskan resepi kek2 tu juga. Harap2 dia orang puas hati. 


Memang sedap resepi campak2 adik saya nie. Kalau masak pedas2 lagi sedap giler tapi hari tu mak tak bagi masak pedas2. Jadi tak berapa nak kick la.....kalau kawan2 nak masak buat pedas2 tau baru boleh terjungit mulut tu hihi.....

Nak masak pun mudah je, kejap dah siap. Kira nie makanan emergency juga lah. Saya lagi suka kalau gatah2 macam tu jer. Dia punya rasa lebih kurang macam makan kat kedai Ikan Bakar Sri Duyung Melaka tapi kat situ dia letak cili api. Giler meroyan kalau makan, pedas gilerrrrrrr!!!!!!! Kawan2 boleh cuba ye resepi nie.....




SIPUT SEDUT BEREMPAH
Resepi : Roziyah Mad Sidek

Bahan2 :
1 kg siput sedut
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah cili api jika suka pedas
3 biji bawang besar* 
4 biji bawang putih*
2 inci halia* 
3 batang serai* 
3 biji buah keras* (* dikisar)
2 helai daun kunyit
Garam 
Kicap

Bahan2 rempah :
2 sudu besar lada hitam- dikisar
1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk kunyit 

Cara2 :
1. Tumis bahan2 kisar sehingga garing. 
2. Masukkan cili, goreng hingga naik minyak. Masukkan bahan2 rempah dan tumis hingga masak.
3. Masukkan siput sedut dan kacau hingga rata. Masukkan kicap , garam dan air.......biarkan sehingga siput masak dan kuah sedikit pekat. Angkat.


SELAMAT MENCUBA 





Sabtu, 29 Disember 2012

MOIST CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum......

Jumpa lagi......kita sambung lagi cerita pasal kek. Kali ini Moist Chocolate Cake yang memang tak kalah dengan rasanya. Saya pernah buat kek di sini, resepi CMG. Kek nie pun sedap juga dan kali ini saya buat dua lapis kek yang dilapis dengan Cream Cheese Frosting, ala2 DFCC yang saya buat hari yang sama juga. Kalau berminat boleh tengok kat sini. Kek nie saya buat untuk makan2 bersama keluarga.


Untuk resepi nie saya buat 2 adunan kek, 1 lagi adunan tu saya buat  dalam cupcake. Anak buah saya Mimi minta buatkan coklat cupcake, dia minat sangat katanya. Ikut kan sajer la kemahuannya, nanti merajuk pulakkan......Masa bawa balik kek2 nie saya tak merasa pun dan ramai juga yang tak sempat nak makan. Kalau dah kejap2 buka peti ais, macam mane orang lain nak rasakan.....tekak masing2 semua macam buaya lapo. Badan jer kecik tapi tekak boleh kembang macam ulau sawe hehe.......


Ingat nanti nak buat lagi tapi buat dalam cup. Kena beli acuan dulu sebab masa masak cupcake saya letak dalam cup yang keras, tu yang nampak cupcake tu kecut jer.....tak der bekas nak letak, yang biasa orang letak tu. Mesti kena cari juga nanti.....


MOIST CHOCOLATE CAKE.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung kek/tepung gandum*
1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
1 cawan gula perang (soft brown sugar)
2 biji telur gred A
125 g mentega
1 camca teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk koko*
1/2 camca teh nescafe*
1/4 cawan gula halus*
1/2 cawan air panas*
1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)
Croquant Flake untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 - 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka...


Cream Cheese Frosting: 
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon 
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak

- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
- belah dua kek ( saya guna benang) dan sapu rata cream cheese di atas kek.


setelah sapu dengan cheese, simpan dalam peti ais supaya cheese keras sedikit.....baru tindankan dan simpan semula sebelum letak ganache....

BAHAN COKLAT GANACHE :-)
200 gm coklat masakkan
150ml UHT Whipping Cream (boleh ganti dengan susu 100ml susu cair)
1 camca teh mentega

- Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata dan boleh di tuang ke atas kek coklat tadi. Biar coklat sedikit mengeras dan boleh hias ikut kreativiti anda.


Bahan2 buttercream bunga :
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan - saya kurangkan 50gm tak nak manis sgt

Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalau gaul lama2 nanti adunan jadi lembik. (*****penting)
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.


 KRIM MENTEGA

400 gm krimwell
100 gm mentega
200 gm gula icing - boleh tambah lagi jika suka manis
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah + emulco strawberry

- Pukul krimwell, mentega hingga sebati. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga krim betul2 licin (bila sentuh tidak terasa kesat gula). Masukkan esen vanila dan pewarna, pukul sebati. Sudah boleh digunakan.