Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 7 Februari 2012

EGGLESS FRUIT CAKE / KEK BUAH (BAKAR)

Assalamualaikum......

Hari nie Johor bercuti sempena Thaipusam, tapi Melaka tak cuti...Jadi bersendirian saja la hari nie kat rumah. Pagi2 lagi dah pergi Pejabat Pos Ayer Keroh buat beberapa urusan. Ramai sungguh, nasib ada tempat duduk disediakan. Sebelum nie kena beratur sebab tempat tu kecil sahaja. Sudah dibesarkan jadi ramai lah yang buat urusan kat situ . 

Selepas dah selesai semua urusan, bershopping la pulak kan. Ingat nak pergi Jusco tapi rasa malas pulak sebab mesti sesak punya bandar Melaka. Walaupun waktu bekerja tapi setengah negeri bercuti memang lah sesak Melaka dengan pelancong2 luar yang ramai. Dah faham sangat!!!! Pergi Mydin sahaja lah....pun penuh juga orang...nasib parking besau.....

N3 saya hari nie ialah Kek Buah dari resepi DJ. Kredit untuk DJ sebab dah buat saya suka dengan kek nie. Saya memang tak minat dengan kek buah, selalu saya cubit sikit jer buat rasa tapi sekarang kalau buat setengah adunan saya boleh makan sorang. Memang sedap sungguh....tak tipuuu!!!!

Ini kali ke 3 saya buat. Buat sebelum nie kat rumah mak mertua so tak boleh la nak ambil gambar, nanti kang mak mertua beliak2kan mata pulak....apa kes pulak si Khairiah nie nak bergambar2 berbagai. Mak mertua pun tergoda, siap minta resepi nanti nak buat. Mak mertua saya memang kemaruk kek buah. Bila dia tengok saya buat senang jer, rasanya pun memang ngamsoiii....terus dia jatuh cinta. 

Untuk kali nie saya buat separuh adunan DJ takut nanti che abang bising asyik buat kek je....nanti badan naik bising2...hehehe, tak pe bang yang penting resepi nie tanpa telur...tu yang tak kisah tu....Jom tengok resepi DJ....

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)
Resepi : DayangJack@DapurKuSaYang

Loyang 20-22 cm

Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
125 ml jus oren

Bahan B :
250 g mentega 
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup

Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional (saya x letak)

Cara-cara :

Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.
Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan denganBahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.
Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya). Saya guna loyang bulat sahaja tetap cantik masaknya.
Kemudian taburkan badam cincang jika suka. 
Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.


saja je letak dalam acuan muffin....

2 ulasan:

  1. Sedapnye kak Kay ri...nnt bolehla kirim kt cni skit...

    BalasPadam
  2. dah habis..langsaiiii....zool pun tak dapat rasa..hahaha...isha buat la..senang je tu

    BalasPadam