Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 11 November 2012

CUCUR NASI IKAN BILIS

Assalamualaikum.........

Dah sembahyang isya' ke belum? Sekarang dah masuk waktu jadi elok disegerakan jika dari tadi asyik dok hadap pc jer.....mmmmmm.....nak hadap pc ke tv ke pastikan sembahyang dulu takut nanti terlupa plak tak pasal2 tv @ pc nanti disalahkan.....huhuhu.....sabar je la....

Untuk makan malam, saya buat Cucur Nasi je hari nie. Tengok nasi ada tak luak2 pun, che abang pun tak nak makan nasi jadi saya tengok2 apa resepi yang boleh saya buat dengan nasi nie. Ingatkan nak search nasi goreng kat blog yatie, tup2 ternampak pulak resepi cucur nasi. Ini sudah bagus, amat menarik resepi nie sebab tak pernah dengar dan makan pun. Kiranya nie resepi lain dari yang lain. Cucur nie lembut jer bila dimakan.

Baguskan......kalau kita nie rajin menerjah dapur orang, macam2 menu akan kita jumpa. Ada resepi yang tak disangka2, begitu mudah dan kita tak terfikir pun nak membuatnya.....sebenarnya saya nie tak kreatif pun bab masak2 nie hahaha.....untuk resepi yatie nie saya ada tambah udang sikit baru besttttt.....jom layan..


CUCUR NASI IKAN BILIS

By: Yatie

Bahan2 :
2 cwn nasi 
2 cwn air - saya tak habiskan
10 ekor udang sed - saya tambah
1 biji bwg besar - saya hiris2
2 biji bwg putih 
1/2 cwn ikan bilis 
2 1/2 cwn tepung gandum 
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka) 
Daun sup/bawang (di hiris halus) 
sedikit garam 
Minyak untuk mengoreng

Cara2:
Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bawang putih dan bawang besar (saya tak blend bawang besar).....kisar sebati. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Panaskan minyak dan goreng. Hidang dengan sos pilihan anda.




OREO CHEESE CAKE....IN CUP

Assalamualaikum.....

Kali ini n3 Oreo Cheese Cake....in cup. Kenapa pulak dalam cawan? Adalah sebabnya kan. Sebabnya semua acuan dah dibungkus dalam kotak, nanti dah nak pindah rumah baru jadi tak boleh lah nak guna acuan. Yang ada cuma cup2 yang dah tinggal beberapa ketui jer.....Sebelum nie ada gak buat untuk b'day suami saya guna resepi dari  kakzu tapi kali ini saya guna resepi masa saya pergi kelas dulu.

Kalau ada kawan2 yang nak mencuba resepi ini, silakan........



OREO CHEESE CAKE
Resepi : Hjh Rahmah 

Bahan2 :
A :- 
200 gm biskut oreo
70 gm mentega, dicairkan

B :-
250 gm krim keju
250 gm krim putar
80 gm gula kastor
60 gm air
15 gm gelatin halal
1 keping biskut oreo, diramas kasar - x buat

Cara2 :
1. Sediakan tin bulat 7 in jenis loose tin.
2. Untuk membuat lapisan biskutnya, biskut oreo dibuang krimnya dan dikisar halus. Tuangkan mentega cair ke dalam serbuk biskut dan digaul rata. Tekan pada dasar acuan hingga padat. Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
3. Untuk membuat kek, Pukul krim putar hingga kembang dan kental. Simpan dalam peti sejuk sebentar.
4. Dalam bekas lain, Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim.
5. Panaskan gelatin dan air hingga cair. Setelah sejuk tuangkan gelatin ke dalam adunan keju dan dipukul sebati. Masukkan krim putar tadi dan pukul sebati sebentar sahaja. Saya guna senduk sahaja.
6. Biskut oreo yang diramas tadi dimasukkan kedalam adunan dan gaul rata (saya x buat). Tuangkan adunan atas lapisan biskut oreo yang telah keras.
7. Simpan dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum dinikmati.




hasil bedah siasat.....hihi





AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON

Assalamualaikum.......

N3 hari nie nak tayang Ayam Panggang Rosemary & Lemon yang saya buat untuk makan tengahari semalam. Ingat2 lupa resepinya sebab dulu selalu dok tengok Jamie Oliver buat jadi sekarang nie bila nak buat, main agak2 je. Boleh tahan la bagi saya tapi che abang suka pulak. Dia cakap lepas nie tak payah ajak makan kat Windmill lagi sebab dah boleh masak sendiri.....hihihi bangga cik yah kejap yuhuuuu!!!!!

Jom layan resepi nya.......


AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON

Bahan2 :
1 ekor ayam - dibelah 4
5 ulas bawang putih - direbus
1 inci halia - disagat
1 1/2 sudu besar rosemary kering
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
2 sudu besar madu
3 sudu besar gula perang
Garam
2 kiub ayam
2 biji lemon - hiris
4 sudu besar olive oil


4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
3 biji karot - potong kecil2 memanjang
2 biji tomato - potong 4

Cara2 :
1. Bersihkan ayam dan ketepikan.
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang.
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam.
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak.
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat.


jom dok tengok dekat2 sikit......memang sedap makan macam tu jer, bila panaskan ayam dan tambah lagi sikit gula perang bertambah2 sedap lagi.....


jemput makan......








Selasa, 30 Oktober 2012

RUMAH BARU DI TAMAN BUKIT KATIL DAMAI 2

Assalamualaikum.........

Rumah oh rumah....!!!!! Rumah di Taman Bukit Katil Damai 2, rumah baruku yang terletak di Bukit Katil Melaka. Dekat sikit dengan tempat kerja suamiku. Rumah yang sekarang nie pun bukan jauh sangat pun, 15 minit dia dah boleh sampai opis....kehkeh......sajer nak tambah aset.......

Rumah kami dah siap dan kunci telah diambil, mungkin awal tahun 2013 baru kami akan berpindah, banyak benda yang perlu dilakukan. Masa pergi ambil kunci hari tu memang seronok sangat sebab tak sabar nak gie tengok. Tapi bila je tengok rumah adoiiiiiiii!!!....gila punya pemaju, banyak betul yang rosak dan yang paling yang menakutkan rumah kami dirompak sebelum kami sempat untuk berpindah. Poyooooo je kan.....bila tanya, pemaju cakap memang dia cabut sebab masa nak pasang air & api takut orang curi. 

Ok la masa tu sebab pikir dia nak jaga keselamatan tapi kenapa dah 2 minggu dia tak pasang2 lagi. Bila tanya, barang order tak sampai lagi.....kepala otak kau.....kalau barang tu dicabut mesti ler ada tapi kenapa pulak nak kena order. Bila saya dah meninggi suara baru nak tanya orang lain, rupa2nya barang tu bukan dicabut tapi dah dicuri. Cakap awal2 kan senang.....bongokkk!!!! Dah le kena curi, main tipu2 pulak, buat orang naik darah je.....memang lembab betul....

Cuba tengok keadaan rumah yang teruk nie, dengan retak, pecah, bocor, kena curi lagi , singki berkarat, dengan bumbung tak rata.........macam2 hal gilaaaaaa!!!!






Terukkan!!!!! teruk sangat2......rumah yang beli sebelum nie tak de pun macam nie, retak sikit2 tu biasa, yang nie macam teruk sangat......semua tangkap muat je. Dah tu tak bertanggungjawab, sepatutnya rumah tu dikunci untuk keselamatan. Ini tidak rumah tu tak berkunci sebab sebelum ambil kunci saya datang tengok rumah, tiba2 tolak pintu.....terbuka!!!!. Bila call budak kat opis pemaju tu yang selalu berurusan dengan saya, dia pun terkejut. Jadi tak hairan ler kalo paip dalam rumah tu tak ada......kena kebas!!!!!

Yang ini pula keadaan rumah saya, boleh cuci mata ye.....