Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 29 Disember 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE 11

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua. N3 kali ni Devil's Food Chocolate Cake yang saya buat minggu lepas sempena pertunangan adik saya. Sebelum nie saya pernah buat kek nie kat sini. Kek nie memang sedap, tak puas makan mesti nak lagi...dan lagi....sedap sangat bila kek coklat + cheese + ganache coklat, memang mantoppp!!!



Resepi saya masih gunakan yang sama, cuma bab cheese tu je saya lebihkan sedikit nak bagi dia tebal sikit. Saya memang tak penah lagi ambil order. Masa nak mendeco kek nie memang betul2 tragis, gelabah semacam jer hihi...... Kat bahagian bunga tu sebenarnya nak cover sahaja sebab dah rosak, terlanggar peti ais masa nak keluarkan kek. Adoiiiii!!!!! Lunyai jadinya, satu hari saya dok training macam mane nak buat bunga rose tu. 

Memang saya tak pernah buat deco bunga rose. Kiranya nie kes berani mati lee....haha.....kerja Gilerrrr!!!! Atas kesabaran dan keikhlasan saya, cewahhhhh.........akhirnya saya berjaya juga buat bunga rose selepas dok tengok bunga yang dibuat oleh Juicy Cafe. Bunga dia memang cantik sangat tergoda tengoknya. Saya practise bersungguh2 sampai boleh buat bunganya, puas hati  dan kredit untuk diri sendiri hahaha......lalalala........jangan bengang ye...


Bagi kawan2 yang nak kan resepinya, jom ........


DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE
Sumber : ita masam manis

Bahan Kek Coklat:
2 cawan tepung gandum
1 / 2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 / 2 sudu kecil garam
1 / 2 cawan gula pasir
1 / 2 brown sugar
125 gm mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanila ekstrak
1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
1 cawan air suam

1. Panaskan oven pada suhu 170C, oven saya guna 150C.
2. Sediakan loyang ukuran 9 inc. 
3. Alas dengan kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
4. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
5. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
6. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan-bahan  kering (tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cecair (buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
7. Terakhir masukkan vanila estrack.
8. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.




Cream Cheese Frosting: (saya gandakan)

125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 ssus teh vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon 
1 sudu kecil paste lemon - saya x letak

- Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.


Chocolate Ganache :
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam - tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah - saya pun
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah - sama

- Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, angkat dan sejukkan.




Bahan2 buttercream bunga :
300 gm shortening
350 gm gula aising - ayakkan - saya kurangkan 50gm tak nak manis sgt

Cara2nya..
1. Satukan shortening dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2, cukup setakat adunan sebati, kalau gaul lama2 nanti adunan jadi lembik. (*****penting)
3. Boleh tambahkan pewarna atau perasa jika suka.



walaupun kelopak bunga tak berapa nampak, untuk pertama kali saya puas hati. mungkin sebab saya kurangkan gula jadi tak berapa nak terbentuk....ini pun dah manisss!!!!




Rabu, 26 Disember 2012

COKLAT CAWAN BUAH2AN

Assalamualaikum

Selamat malam semua. Sementara tak ada kerja nak buat malam nie, masak pun tak sebab suami tak nak makan, jadi saya buat Tart Coklat Buah2an. Minggu lepas ada buat gak untuk bagi kawan2 rasa. Dia orang dapat ler makan sorang satu sebab saya tak buat banyak. Malam nie buat lagi untuk nak perhabiskan bahan2 yang ada kat dalam peti ais.


Buah blueberry pun dah nak kecut dah. Ingat nak buat pavlova tapi sayang pulak nanti telur kuning tak buat apa2 sebab saya jarang masak bila waktu kerja, lebih2 lagi suami saya sekarang nie demam jer....asyik on...off...on...off tak kebah2. Tu yang terbantut nak buat. Ingat, bila dah pindah nanti baru nak buat.....nak ajak adik2 join sekali.

Nak buat tart nie simple je, bahan pun tak banyak. Krim & cheese pun lebihan dari buat tiramisu hari tu. Untuk acuan tart tu saya cairkan coklat masakan dan tuang atas acuan. Saya buat nipis jer sebab saya tak berapa nak gemar makan coklat. Agak2 dah penuh semua acuan, saya layang2 kan pada acuan biar sama rata, lepas tu saya tuang semula lebihan coklat. Bila dah siap semua, simpan dalam fridge, dah beku baru saya tanggalkan coklat dari acuan.


Lepas tu, mula2 sekali letak apa2 biskut yang digemari. Basahkan dulu dalam air susu @ horlick @ nescafe @ kopi, sekejap dalam 1 saat jer, letak dalam tart, letakkan krim cheese macam kita buat tiramisu tu. Lepas tu susun buah2an ikut suka kita lah ye.......Dah tu nak makan terus pun boleh, nak simpan dalam fridge semula pun boleh.....ikut selera masing2...

Disebabkan saya tak berapa nak makan coklat tu, jadi saya makan 2 ketul jer....yang selebihnya orang2 lain yang bedal.......




DECO2 KEK HANTARAN

Assalamualaikum.......


Selamat pagi semua. Sementara menunggu kursus nak dimulakan, saya nak buat n3 pasal kek yang saya buat untuk pertunangan adik saya hari tu. Buat yang simple2 sajer, maklum ler kali pertama ambil order. Saya bukan nak berniaga ye, cuma nak tolong adik saya. Dia nak sangat saya buatkan kek tunang dia. Alhamdulillah, dia ok jer sebab dia tak rasa tapi komen orang lain cakap sedap. 


Untuk kek hantaran dan kek makan2 saya buat 2 adunan. Biar semua dapat rasa benda yang sama, untuk kek hantaran dan kek makan2 sama jer. Kek2 yang saya buat  semuanya kek yang saya dah pernah buat dan resepinya ada di blog nie. Devil's Food Chocolate Cake resepinya di sini, Moist Chocolate Cake resepi di sini, Carrot Cupcake pula di sini. Samping buat kek tu saya sempat juga lah buat Durian Crepe untuk keluarga saya rasa. Lain2 permintaan saya buat Cake Ball & Cupcake Coklat (resepi MCC). Banyak pula saya buat, tu yang macam nak tertanggal pinggang hihi......


Devil's Food Chocolate Cake

 

Moist Chocolate Cake 


Cake Ball 


Durian Crepe


Carrot Cupcake


Chocolate Cupcake


Bagaimana dengan bunga saya? Adakah anda semua berpuas hati? harap2 ia memuaskan hati......:)





AQIQAH SHAHIZAD IZWAN......

Assalamualaikum.......

Paparan kali ini mengenai Majlis Aqiqah anak buah saya Shahizad Izwan yang diadakan pada hari yang sama adik saya bertunang, ahad lepas. Buat majlis serentak, jimat sikit kan. Semoga Izad akan menjadi anak yang beriman dan membesar dengan baik.....Aminnnnnn.....