Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 14 November 2011

PUDING MAHLIGAI PELANGI



PUDING MAHLIGAI PELANGI
Resepi :Sajionline

Bahan-bahan A :

20 gm kacang hijau - direbus
10 gm gula halus
100 ml susu cair
sedikit pewarna hijau

Bahan-bahan B :

20 gm kacang merah - direbus
10 gm gula halus
100 ml susu cair
sedikit pewarna merah

Bahan-bahan C :

20 gm jagung manis dalam tin
10 gm gula halus
100 ml susu cair
sedikit pewarna kuning

Bahan-banah D :

8 gm agar-agar serbuk
350 ml air mineral
7 gm gula halus
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara :

1. Kisar halus kesemua bahan A , bahan B dan bahan C secara berasingan . Ketepikan .
2. Didihkan kesemua bahan D sehingga gula dan agar-agar sebati .
3. Bahagikan bahan D kepada 3 bahagian . Ambil satu bahagian dan campurkan dengan bahan A, satu bahagian dengan bahan B dan satu bahagian lagi dengan bahan C .
4. Kacau sebati di atas api perlahan secara berasingan .
5. Setelah ketiga-tiga bahagian pekat, tuang ke dalam acuan secara berlapis hingga habis .
6. Sejukkan .

2 ulasan:

  1. aslmkm....datang jenguk..heheh

    soalan pasal kek karamel tu ya..
    blh tgk pic? rasanya kalau karamel x jkd samaada dia resap kek ataupun karamel tu tak masak dah tutup api..biasanya gitula..

    kalau resap kek maknanya adunan kek tu berat sbb telur putih tak jadi bertanduk.

    kalau karamel cair & keluarnya sememeh gitu kena lama lg bakar bg masak, air dalam loyang biar panas masa letak kek tu.

    suhu oven juga penting, kdg oven x sama kan..

    BalasPadam
  2. tq ana...penerangan yang panjang lebar...tu la pening kepala sbb tgk semua dh ikut....ok nti nak buat lg tp x tau la ble....gambar ade tp segan nk bg tgk cuma ana bayangkn je mcm kek yg dicurahkan kuah kastard...ha mcm tu la...:(

    BalasPadam