Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 7 Februari 2014

APAM PISANG CHOCMILO

Assalamualaikum



Selamat petang
Dah petang nie baru sempat nak pos n3 Apam Pisang Chocmilo. Apam nie pagi tadi buatnya, nak post pagi tadi tak sempat.........banyak urusan yang nak kena selesaikan hari nie. Maklum ler, Melaka hari jumaat hari bekerja jadi kita buat apa2 urusan yang nak kena selesaikan, kita selesaikan hari nie. Tu le untungnya bila Johor cuti hari jumaat hehehe............

Resepi nie saya jumpa di dapur Noorsha . Tengok apam dia menarik jer hati nie nak mencubanya. Kalau tengok resepinya lebih kurang sama jer dengan resepi apam pisang coklat cuma di olah jer koko & milo dan rasanya tetap sama, sedap........Terasa kegebuannya, masuk dalam mulut tak berhenti2 saya makan sampai terasa dah tersangkut kat tekak baru ler saya stop hihihi.........saya memang hantu resepi2 pisang yang berkukus nie, memang tak boleh nak tahan........

Bagi saya apam pisang nie manis sikit bila dah makan banyak2. Kalau yang tak berapa suka manis, boleh kurangkan sukatan gulanya. Saya guna gula perang pun dah terasa manis. Jom kita tengok resepinya..........

 


APAM PISANG CHOCMILO
Resepi : Zuraina Abdul Latip
Sumber : Noorsha


Bahan2
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar milo
1 sudu besar koko
1 sudu teh garam
1 biji telur - pukul sedikit
1 cawan minyak - saya guna butter cair
1 cawan gula perang - boleh kurangkan 3/4 cawan jer
1 cawan pisang lenyek
1 sudu besar susu cair @ susu segar
coklat chip secukupnya
hirisan pisang untuk hiasan - saya tak letak

Cara2
1. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
2. Ayak bersama tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat, garam, milo dan koko. Ketepikan
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lenyek, butter cair, telur, gula dan susu. Kacau sebati hingga larut.
4. Masukkan bahan ayak ke dalam adunan pisang tadi sedikit demi sedikit sehingga rata semua bahan.
5. Sudukan adunan dalam paper cup @ mould jelly @ loyang sehingga 3/4 penuh.
6. Taburkan coklat chip diatasnya dan hiaskan dengan hirisan pisang jika suka.
7. Kukus dengan api sederhana selama 15 - 20 minit.



Khamis, 6 Februari 2014

PAVLOVA

Assalamualaikum........


N3 Pavlova nie n3 yang tertunda sebenarnya. Saya buat masa raya cina hari tu. Sebelum nie pernah buat guna resepi dari Che Mat Gebu. Untuk resepi yang kali ini saya masih ikut resepi yang sama. Dah lama nak makan tapi asyik terlupa jer nak buat.

Masa ronda2 kat dapur Rahel, ternampak pulak pavlova dia......wahhhh!!!! cantik betul tengoknya. Deko pun dah macam kek saje, tu yang tergoda sangat2 memang tak boleh tahan. Saya buat pun saya makan sorang, memang saya lepaskan geram betul2. Memang puas hati giler......dapat makan sepuas2nya tanpa gangguan dari pihak lain hihihi.........sebenarnya adik nak datang tapi tak jadi so, depa tak dapat rasa la........

Kalau nakkan resepinya boleh tengok di sini ye.....klik pada dapur Rahel pun ok juga.....


Ahad, 2 Februari 2014

SERI MUKA PULUT HITAM

Assalamualaikum

Selamat pagi. Salam berhujung minggu. Hari ini saya bersiaran awal sikit sebab nanti kejap lagi nak balik kampung tengok mak. Dah lama tak jumpa mak, maklum ler semenjak kena kerja hari ahad nie memang dah susah nak gerak ke mana2. Nak jalan2 dengan suami pun dah macam malas jer........nak duduk rumah jer kalo boleh, nak hadap muka laki puas2 hihihi........ Nie dah cuti dapat lah balik kampung sekejap.

Sarapan apa pagi nie? Saya pagi nie teringin pulak nak makan seri muka, tu yang godeh2 kat internet mencari kelainan resepi kuih seri muka. Bila terpandang kuih seri muka ita nampak macam menarik jer warnanya, Seri Muka Pulut Hitam. Memang sebelum nie tak pernah makan, membuat jauh sekali. Bila dah rasa memang tak menghampakan. Jom........


SERI MUKA PULUT HITAM
Resepi : Kak Rose
Sumber : ita masam manis

Lapisan Bawah :
3 cawan santan cair
1 cawan pulut hitam
1 cawan pulut putih
1 sudu teh garam

Cara2nya :
1. Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
2. Gaulkan semua bahan dan masukkan ke dalam loyang, kukus hingga masak.
3. Sapukan sedikit minyak di dalam loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi, kukus semula dan gariskan pulut dengan garfu (ini perlu supaya pulut bercantum dengan lekat nanti bila dah letak lapisan atas)

Lapisan Atas :
2 cawan santan pekat + jus pandan +sedikit kaler hijau - saya letak pewarna hijau + pandan emulco
4 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung kastard
3 sudu makan gula pasir
2 biji telur
1 sudu teh garam

Cara2nya :
1.Gaul rata semua bahan dan tapis.
2. Tuang perlahan2 ke dalam loyang pulut tadi.
3. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dulu baru potong.




Jumaat, 24 Januari 2014

TALAM SUJI

Assalamualaikum



Selamat pagi semua. Bersiaran pada pagi Jumaat nie memang menyamankan betul sebab tak ada gangguan hihihi...... Almaklum ler, jumaat saya cuti suami pulak keje, jadinya tenang setenangnya pagi nie nak mengadap komputer. Dah bersarapan ke belum? Apa menu pagi nie? Sarapan saya pagi nie cuma Talam Suji jer sebab nak habiskan stok tepung suji yang ada tapi sebenarnya subuh2 lagi tadi dah bedal nasi goreng cili padi. Kiranya talam nie sampingan je la ye......

Resepi talam nie saya ambil di Mai Share recipe tapi dah tak jumpa pulak resepinya. Jadi tak boleh nak link kan resepi asalnya. Ikut cara saya pun ok juga, sedap je rasanya.......



TALAM SUJI
Resepi : Mai Zura 

Bahan Bawah :
1 cawan tepung suji
1/2 cawan gula
secubit garam
3 cawan santan cair
pewarna kuning

- Campurkan semua bahan hingga sebati. Kacau dalam kuali, agak2 likat tuang terus ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik di atas pengukus yang telah mendidih. Sediakan bahan atas pula.


Bahan Atas: (saya buat 1/2 adunan saje dr resepi nie)

1 cawan tepung gandum

3 sudu besar tepung jagung

1/2 cawan gula

3 cawan santan pekat

secubit garam

pewarna hijau


- (cara kak mai sama macam cara atas, tapi saya tak buat). Saya 

campurkan semua bahan dan kacau hingga sebati. Setelah bahan 

bawah agak keras sedikit, cakar2kan dan tuang ke atas bahan atas. 

Kukus selama 20 minit.