Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 24 November 2012

10 MUHARRAM (HARI ASYURA)......KELEBIHANNYA

Assalamualaikum..........


Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat yang berpuasa sunat hari ini. Sempena 10 Muharram hari ini, kita semua disunatkan berpuasa. Sebaik2nya dimulakan pada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram bagi membezakan amalan kita dengan puak yahudi. Banyak peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ini seperti diceritakan di sini. Saya salin semula antara peristiwa2 yang berlaku kat sini. 


DIANTARA PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARRAM

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah. 
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit. 
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi 
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud. 
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara. 
7. Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur. 
8. Nabi Isa diangkat ke langit 
9. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya 
10. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam. 
11. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun. 
12. Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud. 
13. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar. 
14. Hari pertama Allah menciptakan alam. 
15. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat. 
16. Hari pertama Allah menurunkan hujan. 
17. Allah menjadikan Arasy. 
18. Allah menjadikan Luh Mahfuz. 
19. Allah menjadikan alam.
20. Allah menjadikan malaikat Jibrail.
21. Dan banyak lagi peristiwa penting yang berlaku pada 10 Muharram diantaranya kejadian pembunuhan Saidina Hussein, cucu Rasulullah SAW di Karbala pada 10 Muharram. 



Antara kelebihan yang diceritakan berpuasa pada 10 Muharram ialah,


KELEBIHAN 10 MUHARAM

Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam jumaat , malam 10 muharam , malam nisfu syaaban , malam aidilfitri dan malam aidiladha . . (riwayat bukhari dan muslim)
Rasulullah s.a.w telah ditanya mengenai puasa pada hari asyura . Baginda menjawab: " Akan digantikan kejahatan-kejahatan pada tahun yang sebelumnya dengan kebaikan (dengan sebab puasanya itu) . (riwayat muslim)

Apabila nabi s.a.w berhijrah ke madinah , baginda melihat orang-orang yahudi berpuasa pada hari asyura . Rasulullah s.a.w bertanya: "berpuasa apakah kamu ini?" orang-orang yahudi itupun menjawab : "hari ini hari besar . pada hari ini allah menyelamatkan nabi musa dan menenggelamkan firaun dengan askar-askarnya,maka nabi musa telah berpuasa sebagai tanda kesyukuran kepada allah pada hari ini.maka kami pun berpuasa." nabi menjawab; "kamilah yang lebih berhak mengikut jejak langkah nabi musa daripada kamu." lalu rasulullah s.a.w berpuasa dan menyuruh sahabat-sahabatnya agar berpuasa pada hari itu.(riwayat muslim)

Para sahabat telah bertanya kepada rasulullah s.a.w mengenai hal tersebut: "ya rasulullah adakah allah telah melebihkan hari asyura daripada hari-hari lain?"jawab baginda: "memang benar hari asyura (10 muharam) allah telah menjadikan langit dan bumi,bukit bukau,laut,syurga dan neraka ,nabi adam dan hawa,nabi adam masuk ke syurga,nabi ibrahim dilahirkan,nabi ibrahim terselamat dari kepanasan api,peristiwa firaun telah ditenggelamkan oleh allah s.w.t,allah telah menyembuhkan penyakit nabi ayub,taubat nabi adam dan nabi daud diterima oleh allah a.w.t,allah telah mengembalikan kerajaan nabi sulaiman dan terjadinya kiamat pada hari jumaat 10 muharam.berpuasa pada hari asyura sebaiknya didahului dengan berpuasa pada hari tasu'a (hari kesembilan dari bulan muharam) agar tidak menyerupai dengan amalan orang yahudi yang hanya berpuasa pada hari asyura sahaja.sabda rasulullha s.a.w :berpuasalah kamu pada hari kesembilan dan kesepuluh (muharam) ,dan jangan meniru cara-cara yahudi ." (riwayat al-baihaqi)

Satu amalan sunat yang dilakukan pada hari asyura ialah menggembirakan keluarga atau saudara mara terdekat,misalnya kita menyediakan makanan dan minuman yang lebih sedap daripada biasanya.sabda rasulullah s.a.w : "sesiapa yang melapangkan (menggembirakan) keluarganya pada hari asyura,maka allah akan melapangkan rezekinya sepanjang tahun itu." (riwayat at-tabrani dan al-baihaqi)


Wallahualam.........




Khamis, 22 November 2012

CROISSANT......MENJADI KE?

Assalamualaikum........

N3 kali nie mari jamu mata dengan Croissant yang saya buat hari tu. Senang jer nak buatnye pun. Tengok rupa memang menjadi tapi bila dah bakar, bahagian hujung2nya tu hitam pulak. Bila makan memang rapuh dan lemak2 gitu tapi kenapa masin. Dalam resepi memang kena letak garam tapi saya letak sikit jer, masinnya terasa kat lidah. Bila tengok cara2nya tak der pulak letak garam, haiiiiii!!!!

Tanya kawan2 kat fb, majeri pastri tu masin ke? semua tak tahu sebab tak pernah buat lagi. Tak pe lah, mungkin next time bila nak buat kena rasa dulu majerin pastri tu masin ke tak. Atau memang saya terlebih garam kot....hihihi, entah apa2 ntah. Kalau ada kawan2 yang teringin nak cuba membuat boleh mencuba resepi Chef Norzailina nie.........


CROISSANT
Resepi : Chef Norzailina Nordin
Sumber : Belajar Memasak 2

Bahan2 :
400gm tepung roti
150gm susu segar
11gm yis segera
15gm gula kastor
garam secukupnya
40gm majerin
225gm majerin pastri
1 biji telur + 1 sudu besar susu segar (bahan glis)

Cara2 : (gambar saya amik dalam buku)
1. Gaul tepung roti, susu segar, yis, gula kastor dan majerin. Uli hingga jadi doh. Tutup dan biarkan selama 30 minit.
2. Canai doh nipis berbentuk empat segi panjang.
3. Alas majerin pastri dengan plastik dan canai sebanyak 2/3 saiz doh.

4. Letak majerin menutupi 2/3 doh. Ketepikan plastik.
5. Angkat doh dan lipat menutupi setengah majerin.
6. Angkat pula sebelah kanan ke hujung doh.
7. Canai semula pada bentuk empat segi panjang yang asal.
8. Angkat sepertiga doh dari kanan bawa ke tengah.
9. Lipat bahagian baki kanan ke hujung kiri.
10. Canai semula pada saiz asal. Simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit. Ulangi proses melipat ini sebanyak 4 kali.
11. Potong dua dari kiri ke kanan.
12. Potong bentuk tiga segi yang sama besar.
13. Toreh dua garisan di setiap penjuru tiga segi.
14. Gulung dari bahagian bawah ke hujung yang tirus.
15. Atur atas tin pembakar berlenser majerin. Sapukan glis dan bakar dalam ketuhar pada suhu 210C hingga keperangan.


inilah hasil tangan chef norzailina, cantikkan.....nmpak gebussssss
ini hasil tangan saya, walaupun tak nampak gebussss....tapi ok ler untuk pertama kali.....

* Info Chef :
- croissant bersaiz kecil lebih rangup daripada saiz besar.
- croissant bersaiz besar lebih gebu dan empuk.
- pastri jenis ini boleh juga dimasukkan inti buah2an dan digulung atau dilipat.






Rabu, 21 November 2012

AKHIRNYA........XJ6 2nd JER...

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua, selamat menjamu selera bagi yang sedang menjamu selera bersama keluarga. Saya makan sandwich malam nie sebab che abang nak pergi 'TTS' katanya. Apa tu TTS? Nak tau ke? Saya pun baru tahu. Maksudnya 'Tea Time Section', dia cakap bahasa Bikers. Ye la tu......sikit2 bikers...sikit2 bikers, rimas pulak mendengornya. 


Semenjak dah beli motor besau nie asyik cakap bahasa motor jer. Topi keledar jangan cakap ler asyik  nak testtttt jer......kalau boleh tidur pun nak dipakainya topi tu, adoiiiiiii!!!!!! sungguh mengharukan........Motor dah dapat apalagi malam ini madam ditinggalkan untuk TTS bersama kawan2nya. Tak pe lah hati tengah berbunga2 tu.......kita tunggu je la masa untuk kita pulak berTTS dengan dia huhu........




KABOHIDRAT/KALORI, DI DALAM PEMERHATIAN........

Assalamualaikum........

Hari ini dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimmm, semangat yang baru dan keazaman yang jitu. Peeergghhhhhh!!!! entah apa lah agaknya ye.....berazam2 berbagai......Bukan apa, saya berazam mulai dari hari ini akan bermulalah episod baru dalam hidupku dah lama nak dimulai sebenarnya tapi tangguh2 sajer, saya akan memulakan diet yang sebenarnya. Waaaaaaa!!!! sebelum nie diet main2 jer tapi kali ini saya nak buat betul2........

Walaupun orang cakap saya nie tak ler gemuk sangat, ok2 sajer tapi kira dalam kategori bulat ler juga......walau apapun yang orang cakap saya tetap nak turunkan berat badan saya. Walaupun saya tak berapa besar dari mata kasar tapi berat saya mencapai 79kg. Kalau orang dengar macam menipu tapi memang saya berat sangat2......tulang besi kot saya nie huhuhu!!!! Ada juga member saya berat dia 85kg tapi memang dia pakai baju kurung kena tempah sebab tak ada saiz tapi saya pakai saiz L, kawan2 pelik tak?.....badan berat tapi baju kurung saiz L.

Adakah berat itu dipengaruhi oleh faktor usia juga. Entah ler.....walau apapun yang berlaku, saya tetap berazam untuk diet. Kek2 akan dilupakan, eh!!eh!!...boleh ke lupa. Buat sementara waktu sahaja ye......lalala!!!!! Mana boleh tinggal terus, gigil lutut kalau tak dapat makan kek2 nie, peberet gua tu.......Nanti bila dah ada perubahan yang besar, baru le saya asapkan oven saya tu...huhuhu....Nampaknya orang yang menunggu kek2 ku itu kenalah banyak2 bersabar ye, hahaha......kalau rajin boleh ler buat sendiri ambil resepi2 yang ada kat dalam blog nie........


Ok la......untuk memulakan diet yang betul, pertama sekali kita kena kenalpasti makanan yang kita ambil. Kenalpasti kandungan kalori makanan tu, contoh macam menu kat atas nie, saya ambil kat knowledgecentre. Kena tahu dalam satu hari tu berapa kalori yang kita perlukan, bergantung kepada keperluan badan kita. Kalau asyik duduk depan pc jer, masuk kelas pun 1 minggu sekali....memang kena berhati2 ler dengan apa yang kita makan, nanti terlebih sudahhhhh......


Ini hanyalah sebagai panduan. Kita boleh pilih makanan yang kita boleh makan untuk hari itu seperti contoh dibawah. Kita kena pandai2 mengawal mengikut keperluan badan kita. Kalau kita melakukan kerja berat pada hari tu kenalah ambil lebih kabohidrat bagi memberi tenaga yang secukupnya, tapi kalau kerja tengok komputer sahaja.....kenalah ambil makanan yang kabohidratnya rendah. 


Apa2 pun yang penting setiap hari wajib minum air putih 8-10 gelas, makan sayur2an yang berdaun hijau lagi bagus, buah2an terutama tembikai @ epal hijau tauuu.....sebab ia mengandungi rendah kalori dan antioksidan yang tinggi. Kalau tak silap saya lah, kalau salah tolong betulkan ye.....Dan yang paling baik ialah berpuasa. Ia sudah pasti antara diet yang sihat, dan perlu dilakukan dengan niat yang ikhlas bukan sebab nak kurus tapi sebab nak jaga kesihatan, InsyaAllah akan berkat amalan puasa kita itu. Kata orang 2 in 1 la......

Diet pun diet la juga tapi senaman jangan dilupakan. Saya bila pindah rumah baru nanti, satu bilik akan saya buat khas untuk saya melakukan senaman berangan dulu ye sebab che abang malas nak bawa pergi bersenam kat luar. Sekali sekala boleh ler untuk join senamrobik di Bukit Serindit, yang diadakan pada setiap hari dari pukul 6 hingga 7 petang dengan baju bertema. Bagi kawan2 yang duduk dekat2 sana boleh ler datang ye meramaikan majlis..........


SEMOGA DIRIKU BERJAYA, AMINNNNN....