Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 9 Mei 2017

PERSAHABATAN BOLA JARING, ILP TANGKAK LAWAN SK SAGIL

Assalamualaikum 
Alhamdulillah..........selesai sudah pertemuan persahabtan bola jaring antara ILP Tangkak dengan SK Sagil. Ini permainan terakhir sebelum menjelang Ramadhan Al Mubarak hujung bulan nie.  Lepas nie nak rehatkan badan dan kaki.  Penat masa sukan Muhibbah hari tu pun tak hilang lagi. Dengan muka yang rentung pun tak sempat nak Qu Puteh bagai........dah hitam balik. Kali nie nk pulihkan betul2......... jadi cuti sebulan dua nie dapatlah pulihkan semua sendi2 yang dah terkulai nie.
Ini pasukan lawan dari Sekolah Kebangsaan Sagil . Ini pertemuan pertama kali kami selama akak mula berkhidmat di ILP Tangkak. Mak2 orang nie, boleh tahan juga main bola jaring.  Terbang2 semuanya.......hihihi
Yang ini pula team dari ILP Tangkak. Kebanyakannya nie adalah pemain2 baru walaupun staff yang dah lama berkhidmat di sini. Mungkin kali ini masing2 baru berkesempatan meluangkan masa dan tenaga. 
Jadi boleh dikatakan pasukan ini baru2 ini dapat berkerjasama. Latihan pun baru beberapa bulan ini dilakukan, itupun bukan secara konsisten. Maklum la kan masing2 nak uruskan anak dan keluarga. Kata orang masih lagi jadi belasahan orang tapi semangat dia orang memang akak respect. Dari tak tahu apa2 pasal main bola jaring, akhirnya dia orang dapat juga skill sedikit tentang bola jaring. 
Kesungguhan yang masing2 tunjukkan, memang akak akui diaorang hebat. Tak mustahil pada masa akan datang, jika kerjasama dan latihan yang kosisten......pasti dia orang akan berjaya. Pasti bukan lagi pasukan belasahan.......Akak berharap sangat yang pasukan ini akan terus berjaya








Ahad, 7 Mei 2017

KURSUS PRA HAJI DAN UMRAH ILP TANGKAK

Assalamualaikum
Alhamdulillah........selesai sudah kursus Pra Haji dan Umrah yang dibuat di ILP Tangkak hari ini. Dapat juga akak turut serta, untuk merasai pengalaman menunaikan Haji dan Umrah. Nak pergi menunaikannya, tak tahulah bila ada kesempatan untuk ke sana. Moga dipermudahkan Allah S.W.T.
Kursus pada hari ini di sertai oleh kakitangan dan juga pelajar ILP sendiri serentak dengan Seminar Potensi Industri Buloh. Seminar ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Daerah Tangkak, ILP Tangkak, MTIB, FRIM & MBS. Jadi penyertaan pengajar dan pelajar yang terlibat terpaksa dibahagi kepada dua bahagian. Kebetulan pula minggu ini adalah minggu peperiksaan akhir pelajar KV, memang pengajar ramai yang sibuk di bengkel.
Sebelum melakukan Umrah dan Haji secara praktikalnya, kami diberi penerangan secara teori dahulu. Bila dengar penerangan dan penjelasan dari ustaz yang mengelolakan program kursus nie rasa seronok sangat. Rasa macam nak terbang pergi ke Mekah sana, seronok sangat dengar cerita pengalaman2 orang yang dah ke sana. 
Walaupun cuaca agak panas, maklumlah dah jam 10.30 pagi. Matahari dah mencanak2 naik tapi nampak semuanya macam tak sabar2 nak buat umrah dan haji. Dapat pulak belajar dengan ustaz yang kelakar habis. Terbaik ustaz.......
Semangat tinggi tu masing2, walau apa pun yang terjadi tawaf tetap dilakukan dengan sempurna. Ustaz cakap peserta lelaki semua kena bayar dam hehehe, ihram yang tak sempurnakan........seronok tengok muka masing2. Samada pengajar, pelajar ataupun kakitangan........rasanya mesti masing2 sangatlah teruja kalau dapat peluang ke Mekah ni. Semoga semuanya diberi kesempatan ke sana........Aminnnnn
Tamat dah kursus Pra Haji dan Umrah........semoga semua dapat manfaatnya.....diberi kesempatan kesihatan yang baik, di beri kelapangan dan kemudahan sesungguhnya.










Sabtu, 29 April 2017

MIBC, BOWLING MITC MELAKA

Assalamualaikum
Alhamdulillah, dapat juga bersantai2 bersama adik2 dan anak2 buah, main bowling di MIBC MITC Melaka. Dah lama nak main bowling dengan dia orang, akhirnya plan kali ini berjaya juga akak join. Kalau tidak tak pernah nak dapat peluang, selalunya ada sahaja halangan. Plan akak kali ini berjaya juga lah. 
Plan kali ini sempena meraikan kejayaan kaklong Syirah sempena konvokesyennya semalam. Tahniah kaklong, lepas nie boleh sambung master plak. Jangan tunggu2 lagi bila peluang sampai. Pasal jodoh, nanti2 ada la tu.......semua tu kan perancangan Allah.
Semoga kaklong Syirah dibawah rahmat Allah S.W.T. selama2nya. Doa juga buat arwah ibu.......Tahniah juga buat kak long Jedah dan juga Nana atas kejayaan masing2 dengan result yang gempak. Semoga semuanya berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. 
Ada rezeki, kita main lagi. Main sampai puas, sampai pandai.....konon2 la hehehe.......
Nampaknya akak dapat jugak menang. Setahun sekali main, dapat point macam nie rasa kembang pulak akak hehehe. Agaknya kalau akak main tiap2 minggu mesti akak jadi pro hahaha.......terperasan sekejap. Apa yang penting, dapat happy kan semua orang ok lah. Next time orang lain yang nak join tu akan dialu2kan bagi meramaikan majlis katanya....^__^





Khamis, 20 April 2017

SUKAN MUHIBBAH WILAYAH SELATAN 2017

Assalamualaikum
Ya Allah Alhamdulillah segala jer di permudahkan. Tamat sudah Sukan Muhibbah Wilayah selatan 2017. Sukan kali ini ILP Tangkak menjadi penganjur. Sekalung tahniah bagi yang berjaya dan bagi yang tidak berjaya, lain masa cuba lagi. Sukan akan datang akan diserahkan ke ILP Pasir Gudang. Harap2 hari itu akan tiba juga........

Pejam celik pejam celik....dah lama rupanya saya tak update blog saya. Kekangan waktu yang membataskan.........banyak urusan yang perlu dibuat, banyak aktiviti yang dibuat tapi tak dapat nak kongsi sebab tak sempat nak godeh2 blog. Nak tengok blog2 jiran pun tak dan........
Antara sukan yang dipertandingkan bola jaring, badminton, ping pong, bowling, memanah dan dart. Memanah hanya untuk pengarah2 sahaja manakala untuk sukan2 yang lain kakitangan dan pensyarah dan hanya dibenarkan sertai satu permainan sahaja. Yang atas tu pasukan bola jaring kami, pinky gitu.......sebelum berlawan harus posing dulu bagi team lain terbakau hehehe.......

Ini beregu badminton. 2 beregu lelaki dan 2 beregu wanita. Ada gambar lagi tapi tak sempat nak snap, bermainkan jadi harapkan cameraman jer. Jadinya minggu depan ler baru akak tepek kat sini sebagai kenang2an......