Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 16 Januari 2015

SALAM PERPISAHAN, DIDI DAN AFIQ

Assalamualaikum

Terlebih dahulu akak ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat BerHijrah di tempat baru bagi cikgu2 KV iaitu Diyana dan juga Afiq yang telah dapat posting. Semoga dapat menjadi pendidik yang berjaya dan berdedikasi. Jadikan pengalaman yang diperolehi di ILP Ledang sebagai pencetus semangat untuk mendidik anak bangsa. 


Lagu ini ditujukan khas buat adik2 berdua. Buat Diyana, jaga diri baik2......semoga dipelihara dan di bawah lindungan Allah SWT. Berada di bumi kenyalang tu, jauh dari keluarga dan jauh juga dari rakan2 seperjuangan yang lain. Harap2 Didi sukses di sana. Buat Afiq, berada di Johor mungkin tiada halangan. Tanah tumpah darahku kan........Moga Afiq juga akan sukses selalu......


 Walaupun pertemuan kita begitu singkat, tapi persahabatan yang ada sangat2 kami hargai. Banyak aktiviti yang dijalankan, tidak pernah menjadi halangan mereka berdua untuk sama2 menjayakannya. Malah kami rasa, selama ini mereka berdua banyak memberi komitmen tanpa berbelah bagi. Dia orang berdua nie memang sporting habis, orang mudakan........


Semoga berjumpa lagi jika diizinkan Allah SWT 
Akak, wakil dari pihak ILP Ledang memohon maaf jika ada perkara2 atau kata2 yang mengguris rasa.....


APAM GULA MERAH

Assalamualaikum


Selamat pagi. Apa menu sarapan pagi nie? Saya pagi nie sarapan bihun goreng bersama apam sahaja. Malam tadi tiba2 jer teringin nak makan Apam Gula Merah, bukannya apa malam tadi ada kawan post apam kat fb tu yang terus saya buat . Resepi apam nie macam biasa lah, saya mesti nak terjah dapur yatie si mama hamka tu. Nak membuatnya pun senang, godeh2 dah siap. 

Saya memang suka apam yang makan dengan kelapa nie. Apa2 apam atau kuih yang ada unsur2 kelapa memang menjadi kegemaran saya dan yang pastinya bukan kegemaran suami saya hihihi........dia keje hari ni jadi kita buat la ikut selera kitakan. Tinggalkan sedikit untuk dia supaya nanti dia dapat rasa, walaupun tak gemar itu bukan bermakna suami saya tak makan. Saya buat sikit jer, makan sorangkan. 


APAM GULA MERAH
Resepi : yatie

Bahan A
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan

- semua bahan dimasak hingga larut dan disejukkan

Bahan B
1 sudu besar yis
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula pasir

Bahan C
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan air

Cara2:
1. Bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Campurkan ke semua bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah sejuk. 
3. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaul sehingga sebati, kemudian tutup dan perapkan selama 1 jam atau naik 3 kali ganda.
4. Lenserkan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan biarkan selama 10 minit.
5. Kukus adunan selama 40 minit dengan api sederhana kuat.
6. Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dengan pisau tajam dengan cara seperti gergaji ke depan dan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam. 






Sabtu, 3 Januari 2015

SUKAN RAKYAT ILP LEDANG 2014

Assalamualaikum

Salam Maulidur Rasul 1436H
Selawat Dan Salam Buatmu Rasul Junjungan Tercinta
'Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku' , Al Nasai & Ibn Hibban. 
Mari kita beramai2 berselawat kepada Nabi kita Rasulullah SAW........Aminnnnn

Cuaca hari ini, Alhamdulillah agak cerah sedikit, mungkin tak hujan hari ini nampaknya. Aktiviti hari ini, kami hanya duduk di rumah sambil bersantai2. Petang nanti nak keluar ada jemputan. N3 saya hari ini berkisah tentang aktiviti Sukan Rakyat ILP Ledang yang lepas sebagai penutup bagi tahun 2014. Aktiviti nie dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim dan juga bagi memenuhi aktiviti pengajar dan kakitangan sementara pelajar masih bercuti. Memang meriah aktiviti yang dijalankan, kerana dapat sokongan dan kerjasama dari semua pegawai. Memang nostalgia.......


Antara sukan yang diadakan, Congkak, Dart, Baling Selipar, Batu Seremban, Karom, Timbang Bola Takraw. FIFA 2014 dan Dam Haji. Banyak lagi aktiviti yang nak diketengahkan tapi masa tidak mencukupi sebab sukan hanya untuk 1 hari sahaja. Mungkin pada masa akan datang boleh diperkenalkan sukan rakyat yang lain.


Antara mereka yang berjaya menang, hadiah biasa2 je ye, towel.............


makan time.......









Ahad, 28 Disember 2014

BANJIR MELANDA MALAYSIA PADA PENGHUJUNG 2014

Assalamualaikum

Disaat ini, tanah air kita dilanda dugaan lagi dimana banjir menimpa di beberapa negeri. Ia berlaku di kala semua orang bersuka ria bersama keluarga kerana menikmati percutian di hujung2 tahun kerana cuti persekolahan. Adakah ini banjir yang paling teruk berlaku di Malaysia? Mungkin juga kot, sebab ada setengah2 tempat yang tak pernah mengalami banjir, mengalami banjir yang teruk hingga terpaksa berpindah. Ada juga teman2 saya yang rumah mereka di kampung, selalunya bila masa banjir hanya akan berkeadaan lecak2 sahaja. Tapi kali ini katanya, banjir hampir paras pinggang. Kesian bila mendengarnya..........

Banjir paling teruk melanda kali ini adalah di negeri Kelantan. Hampir keseluruhan dilanda banjir hingga melumpuhkan perhubungan darat di beberapa daerah di Kelantan. Tempat2 lain yang teruk, diikuti oleh negeri Terengganu dan Pahang serta Perak. Itu antara tempat2 yang kawan2 saya post pada saya. Yang paling saya rasa sedih, banjir di Kelantan. Sekolah kawan saya yang 4 tingkat, hampir ditenggelami air. Jalan raya pulak rosak teruk, memang terputus terus perhubungan. Keadaan yang begini memang menyukarkan bantuan untuk sampai dan disalurkan.

Ini antara rentetan dari kejadian tersebut. Hanya sekadar renungan kita bersama.



Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat berdoa dan muhasabah diri. Sama2 dapat menghulurkan bantuan sekadar yang termampu.