Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 29 November 2012

KEREPEK JEJARI KETAM

Assalamualaikum...........

Bersua kembali teman2 yang diingati selalu. Malam nie kita bersantapan dengan Kerepek Jejari Ketam je ye.   Oleh kerana malam ini tak masak sebab che abang demam dan dia pun tak nak makan apa2, jadi saya singgah di kedai beli jejari ketam. Beli sikit jer sebab tak pernah makan, takut nanti makan tak sedap pulak.

Bila dah buat, memang sedap lah kerepek jejari ketam nie. sekali hadap jer dah langsai. Masa tercari2 resepi kudapan, ternampak kerepek nie kat sini. Mula2 macam nampak pelik jer sebab saya memang tak berapa suka jejari ketam nie tapi bila dah buat kudapan nie saya tergoda pulak. Nanti nak beli banyak2 nak buat buah tangan untuk mak, mesti mak suka.


KEREPEK JEJARI KETAM
Resepi : bakery2embroidery

Bahan2 :
2 pek jejari ketam (250gm x 2)
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
Air - untuk renjis - saya tak guna
Minyak

Cara2 :
1. Siat2kan jejari ketam.
2. Masukkan tepung beras & tepung jagung ke dalam beg plastik. Sebatikan.
3. Masukkan jejari ketam yang telah disiat2 ke dalam beg plastik dan gaulkan sekata. Jika nampak kering sangat pada jejari ketam, boleh renjis2kan dengan air supaya tepung melekat, saya tak buat pun .
4. Panaskan minyak dan goreng jejari ketam hingga garing dengan api yang perlahan. Dah masak, toskan dan biarkan sejuk sebelum disimpan.

Nota : 
- tak perlu letak garam. pada mula2 memang jejari ketam lembik tetapi lama2 nanti ia akan garing.



Rabu, 28 November 2012

MAKARONI BAKAR

Assalamualaikum.........


Gollllllllllllllll!!!!! Safee Sani......Malaysia telah mendahului 4 berbalas1 dengan Laos sempena Piala AFF 2012. Tak minat bola pun tapi bila orang dah buka tv terpaksa ler tengok juga sambil2 melayan fb nie. Bosan betul tengok bola nie sebab tak tahu apa benda yang diaorang kejar hahaha......boleh gitu. Jangan mare ye.....saya cuma tahu main bola jaring, bola tampar dengan ping pong jer, yang lain tolak tepi ye.....

Sambil2 melayan che abang tengok bola, saya sempat lagi buat Makaroni Bakar. Tak susah pun nak membuatnya, cuma leceh jer sikit tapi hasilnya memang puas hati. Ini kali kedua saya buat dalam minggu nie. Sebab che abang suka, kita buatkan ler lagi tapi kali ini saya buat satu adunan resepi. 

                          yang nie untuk disimpan                                     yang ini untuk di bakar

Sabtu lepas buat 1/2 adunan jer sebab makaroni tinggal sikit. Kalau ikut resepi asal memang dapat banyak. Saya saje jer ikut kuantiti asal, buat lebih untuk simpan stok......masa nak bakar tu bahagi 2 , simpan separuh nanti2 boleh buat lagi. Kalau che abang rajin dia pun boleh buat sendiri, tabur je cheese dan bakar.....senangkan....hihihi, alasan malas nak ke dapur la ni, jangan mare lalalala.....!!!!!!

Resepi Makaroni  Bakar nie mudah sangat. Resepi di Kompas kehidupan nie tak banyak bahan pun yang digunakan jadi saya olah sedikit resepi asalnya. Memandangkan kat dapur saya ada sedikit bahan2 yang boleh ditokok tambah, apalagi saya pun bedal je sebab nak habiskan bahan2 tu. Jom tengok resepi.......


Bahan2 :
300gm makaroni
250gm daging cincang
4 biji telur (pukul kembang)
3 sudu rempah kari
2 labu bawang besar - dihiris
1 tin susu cair - saya guna susu segar
1 cawan air
sedikit keju parut
garam
Minyak untuk menumis - saya guna butter

Bahan saya tambah :
Cendawan butang - dihiris 
Lada benggala hijau & merah - dihiris
Daun bawang - dihiris
Bawang goreng
Cheese Mozarella

Cara2nya :
1. Rebus makaroni hingga empuk & toskan.
2. Kemudian panaskan butter, tumis bawang besar hingga berbau wangi. Kemudian masukkan rempah kari dan tumis hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daging & kacau rata hingga daging masak.
4. Selepas itu masukkan susu, garam dan gula. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni, lada benggala, cendawan air dan kacau hingga mendidih.
6. Tutup api dan biarkan adunan seketika. Tuang telur ke dalam adunan, gaul rata. Masukkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
7. Tabur keju parut & mozarella diatas adunan dan bakar selama 45 minit pada suhu 180C. Setelah masak tabur daun bawang & bawang goreng. Hidangkan bersama sos cili & mayonis.




Isnin, 26 November 2012

DONUT KELEDEK

Assalamualaikum.......

Selamat malam. Apa menu dinner malam nie? Saya tak masak sebab che abang demam dan tak nak makan nasi. Dia cuma nak makan buah sahaja. Tak ada selera katanya, apa pun dia tak nak melainkan epal. Layan kan ajerrr......Saya malam jarang makan nasi kecuali lapo bebenor. Tengok kat dapur ada keledek sikit, apalagi menguli ler kita malam nie. Saya buat donut keledek ikut resepi di dapur kakNor Secubit Garam

Tengok macam best jer donut kaknor, nampak montok2 dan gebuzzzz...... Saya pun dah lama tak buat donut. Selalu buat donut biasa jer, jadi kali ini kita ubah sikit selera. Saya takut juga tak menjadi, maklum ler tangan saya nie bukan tangan periuk belanga tapi tangan pinggan dengan sudu jer hihihi......dalam erti kata lain tau makan jerrrrr......tapi ikut resepi asal dari kakwan nie memang tak rugi, sedappp....saya suka.




DONUT KELEDEK OREN
resipi asal : KakWan
resipi olahan  : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
320 gm tepung gandum
2 sudu kecil yis segera ~ k.nor guna mauripan
60 gm gula castor
180 gm keledek rebus ~ k.nor guna keledek oren
1 biji telur A
90 ml air
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1  sudu besar butter
2 sudu besar susu tepung - saya tambah
         ~
minyak 
gula castor secukupnya

Cara-cara :
Lecek/lenyek keledek yg direbus tadi hingga halus. Ketepikan.
Masukkan tepung, yis, gula dan keledek. Gaul sebati.
Masukkan pula telur, garam dan air (air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit),  gaul hingga membentuk sebiji doh.
Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan tak melekat pada mangkuk. Saya masuk sebelum letak air.
Tutup mangkuk dengan tuala lembab atau plastik cling dan biarkan adunan naik sekali ganda.
Bila adunan dah naik, ambil sedikit adunan (lebih kurang35 - 40gm) dan bulatkan. (Saya uli - biarkan adunan naik - saya uli lagi, saya buat sampai 3 kali).
Letak atas papan pencanai yg ditabur sedikit tepung dan tekan2 hingga sedikit leper (lebih kurang 1 1/2 cm). 
Tekap bahagian atas doh tadi dgn menggunakan mulut botol air mineral/minuman utk membentuk lubang pada tengah2 doh.
Keluarkan doh yg dibahagian tengah tadi dan ulang sehingga habis adunan.Saya terap seperti biasa.
Rehatkan doh yg dah dibentuk lebih kurang 20 - 30 min (atau sehingga doh naik/mengembang kembali - doh akan lebih cepat naik kalau cuaca panas)
Panaskan minyak dengan api yg sederhana dan goreng donut hingga masak.
Angkat dan toskan. 
Biarkan seketika kemudian barulah disalutkan dgn gula castor.



Ahad, 25 November 2012

SAGU GULA MELAKA

Assalamualaikum........

Selamat petang kawan2 semua dan selamat beristirehat bersama keluarga. Sambil nonton2 tv tu sedap jugakan bila pekena dengan pencuci mulut, Sagu Gula Melaka. Saya memang minat makan kalau ada pencuci mulut yang guna gula merah @ gula melaka. Kesedapannya akan terbayang depan mata, kemanisannya terasa kat tekak nie.....memang minat sangat2.

Resepi nie tak banyak dapat. Maklum ler makan berdua. Kuah gula melaka banyak lebih nanti ingat nak buat kuih Lompat Tikam pulak. Tak pernah buat lagi.....nanti nak skodeng dapur kawan2 yang dah buat.


SAGU GULA MELAKA

Bahan2 :
1 cawan sagu mata ikan
3 cawan air
pewarna merah

- Masak air. Setelah air mendidih, masukkan sagu mata ikan dan pewarna. Gaul sagu hingga masak
- Setelah masak, masukkan sagu ke dalam acuan yang diminati, sejukkan.

Kuah Gula Merah :
1 cawan gula merah
1 cawan air
1/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan - dicarik kasar-simpul

- Masuk semua bahan dalam periuk. Kacau selalu untuk elakkan gula merah hangus @ hangit. Masak hingga sedikit pekat.

1 cawan susu cair
- Didihkan susu cair. Angkat. Kalau nak guna santan pun ok juga. Saya lagi gemar guna santan. Sebab santan dah habis guna jer la apa yang ada.