Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 14 Disember 2014

ROTI PURI

Assalamualaikum

Selamat malam dan selamat menjamu selera. Saya baru lepas makan malam dengan menu yang sooooo simple, roti puri. Balik jer petang tadi saya terus uli tepung. Dah malas nak makan nasi malam2 nie, tengok pulak kat dalam peti tak ada bahan2 basah. Teringat hari jumaat lepas buat sarapan roti puri jadi malam nie buat roti puri lagi.


Suami saya tak berapa gemar puri. Saya pulak sebab teringin tu yang merajinkan diri menguli. Saya buat sedikit sahaja untuk saya makan. Untuk suami, saya buat sardin roll dan juga roti cheese. Nampaknya dia gemar makan kedua2nya, tak toleh pun orang belakang hehehehe........nampaknya lepas nie roti cheese akan menjadi menu untuk suami sebab senang nak buat. 

Resepi roti puri nie saya rujuk pada buku Chef Lina, Belajar Memasak 2 Langkah Demi Langkah. Resepi semua mudah2, yang tak mudahnya sebab tak pandai masak macam saya nie hihihihi.......nasib suami saya tak cerewet makan, kalau tidak mahu hari2 saya bersilat kat dapur. Sekarang baru terhegeh2 nak belajar buat macam2 bila teringin, kalau tak main order saja........nasib2.......jom tengok resepi mudah nie.....


ROTI PURI
Resepi : Chef Norzailina Nordin

Bahan2:
150 gm tepung gandum
100 gm tepung atta
2 sudu besar minyak sapi
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak

Cara2:
1. Satukan tepung gandum dan tepung atta. Tuangkan garam dan minyak sapi. Digaul hingga sebati.
2. Masukkan air secukupnya dan gaul adunan hingga rata
3. Uli adunan menjadi doh yang lembut. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dan dicanai nipis.
4. Goreng dalam minyak yang panas. Pastikan api tidak terlalu kuat.
5. Terbalikkan dan goreng hingga keperangan. Angkat dan tuskan.


Makan bersama sambal sardin, kalau tak suka sardin noleh makan dengan kari ayam atau daging





Jumaat, 12 Disember 2014

BUBUR CANDIL

Assalamualaikum

Selamat petang semua, dah bersiap sedia dengan menu petang atau masih memikirkan apa yang akan digodeh untuk menyediakan menu petang dan juga malam. Saya macam biasalah, bila tak bekerja hari jumaat, tinggal seorang jadi penyediaan hanya untuk saya seorang sahaja lah. Hari ini saya tak masak untuk makan tengahari sebab suami saya tak balik, malas katanya. Saya cuma sediakan roti sardin sahaja untuk sarapan saya merangkap makan tengahari. 

Untuk petang nie teringin pulak saya nak buat bubur cha cha tapi masa selongkar dapur kak yatie , terjumpa pulak gambar bubur candil. Macam2 versi ada, teruja saya tengok. Rupanya kak yatie nie memang suka makan bubur candil. Saya memang suka bubur atau pengat nie terutama bubur kacang, memang jadi kegemaran. Masa dolu2, mak saya suka juga buat bubur nie tapi kami panggil bubur cha cha. Nak membuat bubur candil nie pun senang jer, semudah petik jari hehehehe...........jom layan!!!!



BUBUR CANDIL
Sumber : kak yatie

Bahan2:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
Garam
1 1/3 cawan air + jus pandan = untuk uli tepung
Sedikit pewarna
Air secukupnya - untuk merebus bubur candil
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 ketul gula melaka - racik halus dan masak hingga hancur + 1/2 cawan air - tapiskan
2 helai daun pandan

Cara2:
1. Campurkan tepung pulut , tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air campuran jus pandan sedikit demi sedikit, uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Didihkan air dalam periuk, bulat2kan adunan dan rebuslah ke dalam air mendidih. Apabila bebola telah timbul, angkat dan tapiskan.
4. Di dalam periuk yang lain, satukan santan cair dan santan pekat, masukkan sekali air gula melaka.
5. Masukkan bebola candil tadi dan masukkan daun pandan, gaul sebati.
6. Semasa masak, gaul sentiasa supaya santan tidak pecah. Biarkan mendidih. Jika kurang manis boleh tambah gula pasir sedikit.
7. Setelah siap, matikan api dan bolehlah dihidangkan.





Khamis, 11 Disember 2014

BENGKEL PENGUKUHAN DAN PEMANTAPAN DI PULAU PANGKOR..........1

Assalamualaikum


Sebenarnya, n3 hari nie kejadiannya dah lebih sebulan, kiranya n3 tertunda la ni. Tak perasan rupanya tak post2 lagi. Walaupun dah begitu lewat tapi saya nak post juga sebab ini kenangan yang terindah bersama team ILP Ledang. Kerana, kiranya ini julung2 kali diadakan dan dapat bersama2 sebahagian rakan2 sekerja ILP Ledang. Manalah tahukan kot2 nanti dah kena pindah, ada jugalah kenangan2 bersama rakan2 Ledang. 

Team Building ILP Ledang ni siri yang pertama dan dibuat di Pulau Pangkor. Rasa seronok sikitlah dapat buat aktiviti2 di pulau walaupun tak banyak aktiviti yang dapat dibuat. Team Building Ledang ada 3 siri, siri 1 & 3 di tempat yang sama sementara siri 2 di buat di Gopeng. Ini sahaja kenangan yang dapat saya simpan untuk kenang2an.............

Hari Pertama

Kami sampai di Jeti Lumut awal pagi, kedai makan pun baru buka. Dah puas jalan2 tengok pantai, lepak2, sembang2 kosong kami bergerak ke Jeti Marina. Saya pernah pergi ke Pulau Pangkor lama dulu, lebih kurang 20 tahun yang berlalu. Bila datang kali kedua nie dah lupa, ingatkan pulau nye jauh la sangat rupa2nya depan jeti tu jer......kalau berenang pun sekejap dah sampai, orang lain la bukan saya hehehe.........



Kami menginap do Hotel Coral Bay Pangkor. Masa mula2 sampai hotel Pulau Pangkor tu tentulah perkara pertama tengok bantal dulu lepas tu zzzzzzzz..........Bila perut dah lapar baru kami keluar pergi cari rezeki. Sewa taxi dalam rm80, kongsi2 bayar nanti uncle tu bawa jalan2 satu pulau sambil pergi makan. Selepas habis meronda, masuk bilik rehat sekejap sebelum dengar Taklimat Keselamatan dari pihak Hotel Coral Bay. Untuk aktiviti malam pula, hanya 2 aktiviti sahaja iaitu , 

Ice Breaking


Boom Hait







Rabu, 19 November 2014

SARAPAN NASI LEMAK, SIHAT KE?

Assalamualaikum

Dah agak lama juga saya tak berkongsi cerita pasal kesihatan di sini. Saya pun dah semakin lama meninggalkan amalan2 sihat nie. Kalau sebelum nie memang saya amalkan diet2 yang disyorkan oleh doktor ataupun tip2 dari Kelvin sendiri. Tapi sekarang nie saya semakin jauh pulak, tu yang badan rasa macam dah tak muat jer nak pakai baju tapi bila timbang naik hanya 1 kg saje........Musykil betul dah sekarang nie!!!!!!!!


(dari google)

Saya rasa terpanggil hari nie untuk berkongsi mengenai tabiat pemakanan iaitu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Apalagi kalau bukan nasi lemak dan teh tarik. Semalam, semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dengar radio sinar, mereka membincangkan tentang makan nasi lemak dan teh tarik. Majoriti pemanggil sinar akan menyebut nasi lemak sebagai makanan pilihan. Banyak juga yang memberi pandangan dan nasihat mengenainya. Saya juga antara seorang penggemar nasi lemak lebih2 lagi nasi lemak berlauk. Memang tak dapat nak dinafikan akan kesedapannya. Kalau sebelum ini saya memang memilih apa yang saya akan makan tetapi semenjak kebelakangan ini, bila rehat di opis pilihan saya pagi2 nasi lemak atau bihun sup. Itu sahaja yang selalu saya dok hadap, sebab tak ada pilihan kot hehehe.......

Kelvin ada memberi tip makan nasi lemak secara sihat. Boleh tengok di sini. Kalau tengok dari jadual kelvin tu memang tinggi kalori yang saya ambil . Saya memang tak suka teh tarik tapi kalori untuk nasi lemak sahaja tetap juga tinggi, bertambah2 pulak dengan set yang lengkap dan berlauk lagi. Makan nasi lemak sahaja pun dah tinggi, macam mana tu? Jadi lepas ini nasi kena ambil separuh ataupun makan nasi putih sahaja seperti cadangan kelvin. Kalau nak selamat beli nasi lemak bungkus, sah2 ler memang sedikit sahaja kandungannya. Kalau nak selamat makan setahun sekali............boleh ke???????? hihihihi

Kalau ikut tip kelvin, masih juga tinggi tapi kita boleh kurangkan, ambil sahaja set nasi lemak yang perlu (tanpa berlauk la!!!) . Makan nasi lemak dengan sambal pun dah ok rasanya.......Tepuk dada tanya selera. Apa2 pun yang kita makan pastikan ianya sihat untuk tubuh badan. Semoga hidup kita tetap sihat dan ceria selalu.......yang penting senyummmmm!!!!!