Assalamualaikum
Salam Jumaat buat semua Muslimin dan Muslimat. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih diberkati oleh Allah SWT di atas apa jua yang kita lakukan
Bagaimana hari ini? Dah bersarapan semuanya, ataupun dah bersedia dengan menu makan tengahari hari ini. Saya macam biasa lah, dikesempatan yang ada nie........sewaktu bercuti dari kesibukan kerja, nak rehatkan badan dan minda serta perut juga. Kalau semalam, semasa Majlis Graduasi pelajar2 Kolej Vokasional, makanan sedap2 disediakan jadi hari nie, kita makan yang ala kadar sahaja.

Sarapan saya pagi nie, cucur udang. Kalau google tengok resepi cucur udang ada macam2 resepi tapi terpulang pada citarasa masing2. Ada yang suka tepungnya lebih, ada juga yang suka sayur2nya lebih. Bagi saya, mana2 resepi sedap jer yang penting masuk tekak nyum nyum........Saya buat cucur nie ikut belasah saya yang penting kenyang........kalau ada yang terberkenan boleh ler mencuba
CUCUR UDANG RANGUP
Bahan2
30 ekor udang - sederhana besar
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 bawang besar - hiris
beberapa tangkai daun kucai - potong2 dalam 1 inci
segenggam taugeh
1 tangkai daun sup/ketumbar - potong kasar
Garam
Gula
sedikit serbuk kunyit
Cara2
Buang kulit udang dan bersihkannya.
Saya rebus sebentar dengan air yang mendidih yang telah dicampurkan bersama garam serta gula. Angkat udang.
Satukan tepung gandum, serbuk kunyit, taugeh, daun kucai dan daun sup.
Pecahkan telur dan pukul sedikit, masuk ke dalam campuran tepung. Gaul bagi sama rata.
Tuangkan air rebusan udang dan udang ke dalam adunan tepung. Air rebusan tu jangan tuang semua. Boleh agak2 semasa gaulkan dengan tepung.
Dengan menggunakan garfu, ambil adunan dan goreng hingga kekuningan. Siap
Untuk pencicah sambalnya saya buat.....
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
sedikit air asam jawa
gula
garam
Gaulkan semua dan panaskan. Setelah mendidih boleh hidangkan
Assalamualaikum
Selamat Hari Ibu bagi semua emak dan juga ibu2 yang dikasihi. Bagi saya hari2 adalah Hari Ibu. Jasa dan kasih sayang emak bukan hanya dirasai pada satu hari tapi sepanjang hayat kita selagi kita bernafas kita akan merasainya dan menghargainya. Doa dari anak mak, semoga Allah pelihara diri mak dan kesihatan mak. Semoga mak dapat melakukan ibadah dengan lebih baik Aminnnnn......
Berbalik pada n3 malam nie. Apa menu malam nie ye? Untuk makan malam kami, saya masak Daging Rusa Masak Ungkep. Resepi saya ambil di dapur Amie yang jauh di sabah sana. Saya memang tak pernah makan daging atau ayam masak ungkep walaupun dah bekerja hampir 7 tahun di area johor. Kata orang resepi nie asalnya negeri johor, betul ke? Entah tak tau saya......Saya tak pernah lagi memasak daging rusa. Makan daging rusa pernah, tapi nak masak sendiri nie memang pertama kali.
Jenuh juga nak cari resepi daging rusa tapi bila tengok Amie cakap sedapnya ya ampunnn......memang sedap ler tu kan hehehe.......jadi saya pun mencuba. Memang sedap masak ungkep nie rupanya. Lepas nie memang saya tak tolak ler kalau ada lauk ungkep. Sekali pandang macam rendang tapi bukan rasa rendang ye.......resepi nie saya buat separuh dari resepi Amie dan saya olah sikit untuk ikut tekak saya la.......
DAGING RUSA MASAK UNGKEP
Bahan2:
500 kg daging rusa - potong setebal 1 cm
2 batang serai - dititik
2 cawan air
Minyak
Garam
Gula pasir / merah
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 cm halia
15 biji cili padi
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
Cara2:
1. Lumur daging rusa dengan garam dan kunyit . Perap seketika.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan serai dan daging rusa dan kemudian gaul rata sehingga daging kelihatan layu atau berubah warna.
4. Tambahkan air, garam dan gula.
5. Kacau daging sekali sekala untuk memastikan daging rusa tidak hangus kekeringan atau hancur.
6. Apabila kuah kering (jika suka kuahnya, tak perlu masak sampai kering) dan daging empuk, matikan api.
Assalamualaikum
Kundasang Sabah........seronok memang seronok. Tiada yang dapat digambarkan begitu seronoknya percutian ke Kundasang Sabah. Sebenarnya percutian nie dah lama, dah 3 minggu berlalu pun tapi baru hari nie nak post perjalanan kami sepanjang 4 hari 3 malam di sana. Pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah nie, bercuti bersama suami mak pakcik makcik dan adik2. Selalu berdating jer dengan suami tapi kali ini pakcik ajak jalan bersama2 jauh sikit dari Melaka.
Bila balik ke Melaka semua dah bertanya perancangan yang akan datang. Memang best berjalan ramai2 nie bila semua sekepala. Pakcik pun dah suruh planning untuk trip yang akan datang. Saya dan suami memang nak ke mana2 tak merancang pun sebab takut tak jadi, selalunya macam tu lah kan............apa2 pun perancangan adik2 saya followwww yang penting ongkosnya ada.........harap2 percutian yang akan datang suami tetap nak ikut serta hehehe.......
Bertolak dari KLIA2 ke Sabah, jam 6.30 pagi. Sampai jer ke Sabah, pemandu kami terus bawa ke Pasar Besar Kota Kinabalu. Bila sampai kat pasar tu, mak aiiiiiii........semua seafood godang2......rasa macam nak pergi ke laut tangkap sendiri hihihi...........kalau dapat memang puashati. Dah puas membeli, kami terus ke Rumah Terbalik dan Pekan Nabalu. Banyak juga membeli kat sini, rambang mata walaupun kedai tak banyak sebab murah2. Menyoping tak lama pun, sebab semua dah letih........dah nampak bantal jer melambai2........
Sampai jer kat Kundasang masing2 dah letih, nak mandi sembahyang lepas tu rehat2kan badan. Lepas tu baru semua singsing tangan memasak apa2 yang patut untuk makan malam. Makan malam seafood terbaik dari Sabah, puas hati........makan sampai tak hingat.......

Kami menginap di Yass Homestay Kundasang. Terlupa pulak nak snap pic homestay dari depan, jadi tak dapat ler nak tengok rupa paras homestay tu hehehe.......cuma dapat gambar isi dalam homestay jer........puas hati, luar dalam rumah tu memang cantik. Untuk bergambar berlatar belakangkan gunung kinabalu, kami kena keluar awal2 pagi. Jam 5.30 pagi tu dah terponggok kat luar bilik nak tengok pemandangan gunung yang cantik. Mula2 tu saya duduk jer tengok gunung tapi nampak awan jer la sebab awan tutup habis semua pemandangan. Jadi kena tunggu awan kat gunung tu hilang. Bila hilang jer awan cepat2 dok posing......kemaruk betul semuanya......dengan mak2 sekali kena seret hahaha....sian mak, dia pun nak ada kenangan juga kan. Nak datang lagi tak tau bila boleh sampai.
Kesejukan di Kundasang, saya rasa lebih sejuk dari Cameron Highland kot.Yang istimewanya di Kundasang nie, pemandangan gunung dan di sekitar kaki gunung memang menawan. Kalau orang tanya nak pergi lagi tak? Jawapannya mesti!!!!!!! Suami pun dah macam bagi lampu hijau, untuk datang ke Kundasang lagi. Kalau ada rezeki tahun depan ler..........
Rasa tak puas dok tengok gunung kinabalu tu, kat Melaka tak ada kan. Mula2 nampak wajah gunung tu rasa seram pulak, rasa macam gunung tu nak ngap orang jer......Bila tengok lama2, rasa kagum pulak. Rasa kagum yang amat sangat, sampai rasa macam nak di panjat jer gunung tu, tiba2 eh..........panjat gunung ledang pun dah rasa macam nak tercabut urat saraf, macam2 kan.......mungkin kena kuruskan badan dulu sikit, kuatkan semangat, tambahkan stamina badan, kukuhkan iman di dada baru boleh join adik panjat gunung kot hehehe......lain tahun..........


Di Kundasang, kami bermalam selama 2 malam. Banyak juga tempat yang kami lawat macam Kolam Air Panas Poring. Sambil boleh rendam kaki dan mandi manda, kita juga boleh panjat bukit untuk naik jambatan gantung. Bayaran pun murah, cuma 3 ringgit seorang. Saya tak naik sebab teman mak rendam kaki. Seterusnya kami ke Tagal, main dengan ikan kelah. Geli rasa kaki bila ikan gesel2 kat kaki. Ada juga yang menggigit, siapa yang kena gigit tu nasib la....terjerit2.........
Kemudian kami pergi ke tempat ternakan lembu susu, Desa Cattle Dairy Farm. Masing2 memborong habis air susu segar dan aiskrim. Semua tu segar2 belaka. Masa balik hujan, jadi tak dapat nak jalan2 kat pasar sayur dengan pasar malam yang kebetulan ada hari tu. Beli buah sikit2 lepas tu terus balik nak masak untuk makan malam.
Malamnya kami tak kemana2 sebab hujan. Masing2 melayan jiwa yang sejuk beku kena angin kundasang hihihi.......... Hujan2 pun kami tetap melepak kat luar sambil menyembang hal2 duniawi sambil makan keledek rebus yang manis lemak berkrim. Esoknya kami bergerak balik ke Kota Kinabalu. Perjalanan ke KK kami singgah dulu bergambar di Pekan Kundasang dan Kinabalu Park.
Assalamualaikum
Salam jumaat buat semua. Menu apa tengahari tadi? Saya cuma masak Ketam Masak Merah, yang mudah2 sajer untuk makan sorangkan.........Ketam nie adik dan pakcik yang bagi masa pergi Sabah hari tu. Dah 3 hari balik dari sabah, dari malam selasa lagi , baru masak hari nie. Tak sempat katakan, bila bercuti lama jadi bila nak start gear semula memang geng 'M' tu rajin ler datang. Letih berjalan2 pun belum hilang lagi bah.........sejuk kat kaki gunung kinabalu masih terasa bah...........
Bila dah lama ketam tak dimasak, jadi dah tak berapa manis, nasib masa kat Kundasang dah main masak2 jadi dah dapat ler rasa ketam yang segar, sedapppp yummmyyy!!!!!........Hari nie saya masak 2 ekor jer untuk saya makan sorang. Suami saya tak berapa nak makan sebab alergik, takut nanti gatal2 badan. Tu yang saya tak beli seafood kat sabah, cuma ehsan dari orang jer baru dapat ngapp........Saya nie memang hantu ketam, memang suka sangat2. Kalau nak makan ketam kena masak kat rumah. Kalau nak makan kat laur suami dah warning tak boleh order sebab nanti saya makan seekor ketam tu jer ambil masa sampai sejam baru boleh habis makan hahaha........lama kan, maunya dia tak hangin. Jadi kalau nak makan ketam, kena ler masak sendiri kat rumah......baru boleh makan dengan tenang........
KETAM MASAK MERAH
2 ekor ketam - cuci bersih, potong dua
serbuk kunyit
garam
sedikit tepung jagung
2 tangkai daun kari
- Lumur kan ketam dengan serbuk kunyit dan garam.
- Kemudian letak tepung jagung
- Goreng ketam hingga masak. Letak daun kari semasa menggoreng untuk mendapatkan aroma
3 sudu besar cili kisar
1 biji labu bawang besar - hiris
2 biji bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1 inci halia* - * ditumbuk halus
1 batang serai
2 helai daun limau purut
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
sedikit kicap manis
garam (jika perlu)
gula
- Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili kisar, tumis hingga masak
- Masukkan semua sos dan kicap manis. Letakkan sedikit air dan biarkan mendidih
- Masukkan ketam, daun limau purut, gula dan garam. Kacau sebentar dan angkat.