Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 13 Oktober 2015

DOA DAN AMALAN PADA BULAN MUHARRAM

Assalamualaikum
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali selepas waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib, iaitu sebelum masuk Awal Muharram. Dengan doa ini kita memohon agar perjalanan penghijrahan kita setahun yang lalu mendapat keampunan dari Allah SWT diatas segala perbuatan kita yang dilarang olehNya dan juga agar amalan2 kita yang diredhaiNya mendapat keberkatan dan diterima amalan tersebut oleh Allah SWT.
Doa Awal Tahun ini di baca selepas sembahyang Maghrib pada malam 1 Muharram dan dibaca sebanyak 3 kali. Doa ini kita memohon kepada Allah SWT agar pada tahun hijriah tersebut kita dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kepadaNya.
Seterusnya, kita disarankan agar berpuasa sunat pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharram.  Lebih bagus jika puasa sebelum dan selepasnya juga. 

Kita juga disunatkan Qiamullail iaitu melakukan sembahyang sunat antaranya solat tahajjud, solat hajat, solat sunat taubat. Kemudian membaca Al-Quran dan seterusnya berzikir serta membaca ayat kursi.



Sumber di sini  dan juga buku Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus


Isnin, 12 Oktober 2015

MALANG TIDAK BERBAU.......

Assalamualaikum

Malang Tidak Berbau!!!!!
Kita selalu diberi peringatan agar berhati2 terhadap apa juga yang kita kakukan. Tapi andai telah ditakdirkan ia akan berlaku, ia tetap akan berlaku. Kita pada saat ia berlaku, kita hanya mampu redha dan bersabar.

Di waktu kita tidak sedar atau kurang peka, bila dah berlaku baru kita akan tersedar. Itulah antara yang sering berlaku di sekeliling kita. Minggu lepas berlaku satu kemalangan di ILP. Memang sungguh menyedihkan dan menyayat hati bila melihatnya. Pelajar semester 3 dari kursus Fabrikasi telah ditimpa kecelakaan dimana jarinya telah terhimpit oleh mesin ketika melakukan kerja2 amali,  tak pasti saya........
Tak dapat nak digambarkan bagaimana kesedihan yang perlu dihadapi oleh pelajar berkenaan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga pelajar tersebut dan keluarganya dapat banyak2 bersabar. 

Ahad, 27 September 2015

AIR AJAIB!!!!!!!

Assalamualaikum

Air Ajaib!!!!! Alhamdulillah, rata2 yang datang kata ada perubahan. Dengan izin Allah S.W.T tiada yang mustahil. Kita hanya berusaha ke arah yang lebih baik. 

Suami saya pernah pergi dulu dengan geng2 bikers. Cuma saya je yang bertangguh2 nak pergi. Sebab orang ramai sangat, tu yang rasa malas nak pergi mencuba. Datang mencuba hari nie, seawal jam 4 petang.......Ya Allah dah begitu ramai umat manusia rupanya. Bila tanya, rupa2nya pukul 2 petang dah ada orang beratur. Patut ler dah ramai sangat orang.
Tengok lah, ramaikan.......ini sebahagiannya, yang beratur tu untuk orang yang nak bawak balik air ajaib. Kalau nak minum, kena beratur sebelah kiri. Kalau nak bawa balik kenalah bawa termos sendiri. Kalau tak bawa pun tak apa sebab tempat tu ada jual gak termos.

Dulu, katanya kalau nak minum tak perlu beratur. Duduk je kat meja, dia akan letak cerek. Boleh minum puas2.........tapi sekarang dah tak buat macam tu sebab uncle yang sama2 beratur cakap, ada orang yang tak baik yang kebas cerek tu. Katanya sampai 300 cerek hilang begitu. Biar betik........dah ler minum air percuma, bayar seikhlas hati. Macam2 orang nie, sengal.........
Cukuplah kami dapat minum sorang 2 cawan. Nak kan perubahan kesihatan, kena minum hari2 baru dapat tahu perbezaannya. Rasa air macam air mata kucing tanpa gula. 
Kalau ada yang nak mencuba, boleh datang ke sini ye.......








Sabtu, 26 September 2015

CAMERON HIGHLAND, KU DATANG LAGI

Assalamualaikum

Cameron Highland, tempat yang memang teringin sangat nak datang tapiiii.......tempat yang sangat2 menyeramkan nak melalui jalannya. Tu yang dok tangguh2 nak datang. Kali nie kali kedua saya pergi. Bila biras kat kuala mengajak ke Cameron, terkulat2 jugak lah muka tapi sebab dipujuk lalu jalan ikut Simpang Pulai...........Kuatkan hati, tekadkan semangat........akhirnya sampai juga.

Sebelum nie pernah datang sekali sebab pasang niat nak datang dengan suami lepas kahwin. Sekali datang lalu jalan Tapah........amik kau!!!!!! Mabuk gilerrr........sampai 4 kali muntah belahak, sampai pening2, demam2 bagai. Dengan hujan lagi, memang dugaan betul. Dah ler badan saya tak tahan sejuk, bayangkan malam2 memang sejuk giler sampai biru2 bibir. Nak bersembang pun rasa macam nak cari gaduh je hahaha........sekarang nie dah ok sikit janji jangan ikut jalan Tapah, memang taubat nasoha ler jawabnya nak lalu kat situ........
Destinasi pertama kami ke ladang teh. Ramai manusia, kat cafe dia jangan cakap memang sesak. Terus saya mengajak suami ke bawah untuk tengok pokok teh. Tanda amaran dilarang memetik daun teh tapi tengok ramai jer yang dok petik2. Ingat nak tengok orang petik daun teh tapi tak ada pulak kelibatnya. Tengok dari atas memang sayup jer, rasa macam badan nak tergolek kebawah jer........Tengok semua sedara mara dah turun, turun juga lahkan......nanti kata penakut sangat pulak padahal gayat je pun.......Masa turun memang tak tengok depan, tunduk je tengok pokok.......lagi teruja hehehe......gayattttt!!!!!!
Siap berdukung bagai, tak takut pun budak kenit2 nie. Masing2 muka ceria jer, kemaruk kot tengok pokok teh. Kita sebagai orang dewasa, kena tunjuk kuat jadi jangan takut nak turun bukit hahaha........
Destinasi seterusnya ke Taman Agro Tourism. Kalau tak silap ni dekat area Brinchang. Memang ramai orang, parking pun atas bukit curam. Kat sini banyak salad yang segar2 boleh dipetik terus. Nak masuk petik strawberi, tengok dari tepi macam tak banyak yang merah. Jadi semua pakat nak shopping kat pasar malam je area situ.

Baru je turun dari kereta, dah hujan pulak turun selebat2nya. Berlari masing2 ke bawah khemah pasar malam. Memang tak boleh nak membeli ler, last2 semua pakat balik jer sebab dah nak malam. Saya sempat juga beli strawberi 3 pek rm25. Saya rasa macam sama harga jer dekat jaya jusco melaka. Tapi beli juga sebab dah memang nak kan........Semasa on the way balik tu, singgah kat kedai tepi. Dapat gak beli jagung dua bungkus. 

Nampak gayanya macam nak kena pergi lagi jer sebab tak puas hati tak dapat nak membeli buah2an, sayur2an, pokok2 pun tak dapat nak tengok. Dah ler nak datang cukup bercinta. Ikut nafsu memang mau datang lagi tapiiii.........nanti2 je la tak tau bila tahun sampai lagi.

Cuci mata sajer ye tengok bunga2 yang comel nie......