Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 21 Julai 2013

KEK KUKUS ASAM MANIS

Assalamualaikum........



Bersua kembali!!!!! Lamanya tak bersiaran..... rindu yang amat kerana keadaan yang tak berapa nak mengizinkan untuk terus bersiaran. Tiba-tiba hari ini dengan sedikit masa yang terluang, saya ambil kesempatan untuk mengupdate blog saya nie. Memang banyak N3 saya yang terlepas kerana kekangan waktu.

Dikesempatan yang ada ini tak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan SELAMAT BERPUASA walaupun dah agak lewat. Hari ini dah masuk 12 Ramadhan kita berpuasa bagi tahun ini. Semoga puasa kita semua mendapat keredhaanNya dan mendapat pahala yang berlipat ganda dengan peluang2 yang diberi untuk beramal ibadat di Bulan Puasa ini. 

Dah lama tak bersiaran, rasa macam kekok pulak berbicara. Tak tahu bagaimana nak dimulakan. Oleh tu kita terus sahajalah ke tujuan asal. N3 saya kali ini adalah Kek Kukus Asam Manis. Dah banyak kali saya buat dan saya amat berpuas hati sebab mudah nak buat dan rasanya yang memang kena dengan selera saya. Semalam buat lagi untuk tekak yang tak berapa nak makan nasi nie.....Resepi nie saya dapat di blog ita masam manis. Sekali saya buat memang saya bedal sorang2 je kek nie. Bila makan...nak lagi, makan2...nak lagi...lama2 habis terus hihihi. Saya lagi suka kek ni dari yang dilapis2 tu......jom cuba yok!!!!



KEK KUKUS ASAM MANIS
By : CHEF ZUBAIDAH
Rujukan : Buku Masakan Jamuan Kek

325 gm mentega
250 gm gula kastor
300 gm tepung naik sendiri
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

1. Sediakan loyang berukuran 8 inci.
2. Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek. Panaskan kukusan dengan api yang besar.
3. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
4. Tambahkan esen vanilla dan teruskan pukul. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
5. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang. Tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
6. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek di masak dengan sempurna. 
7. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.





Rabu, 1 Mei 2013

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

Assalamualaikum.......

Bersua kembali setelah sekian lama menutup tirai memblogging nie. Rindu memang lah rindu tapi disebabkan kesibukan yang melanda sekarang nie, memang tak dapat nak menjengah ke blog nie. Sibuk sangat tu tidak ler tapi kesempatan tu tak berapa nak singgah....ada jer perkara2 yang membuatkan peluang saya tu terbatas.......wah!!!!!punya lah sibuk macam orang nak berkempen pulakkan ye......hahaha......jangan mare!!!!!

N3 pertama setelah 4 bulan blog nie dah ditinggalkan, dah bersarang2 pun, saya mulakan dengan resepi Kek Lapis Kukus Cream Cheese. Resepi nie saya jengah di blog kak yatie 'Sinar Kehidupanku'. Saya nie memang tak berapa nak gemar kek coklat tapi kek nie bila saya rasa memang tak menghampakan......sedap sangat rasanya dan mudah untuk disediakan. Bagi mereka yang tegar dengan kek coklat boleh lah mencubanya dan pasti hasilnya amat2 tidak menghampakan. Tak percaya? Boleh cuba resepi nie...........



Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Cara-cara:
Pukul cream cheese bersama dengan gula hingga sebati.
Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati. Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)
2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar/cair
1/2 cawan minyak jagung/masak
1 cawan tepung gandum*
3 sudu besar serbuk koko*
1 sudu kecil baking soda*
1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara:
Pukul telur di dalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Setelah itu masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak dan gaul sebati. (saya tapis)
Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian. 


CARA MEMASAK:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak.
Tuang adunan coklat, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

Sabtu, 2 Februari 2013

JOHOR PREMIUM OUTLETS

Assalamualaikum

Selamat malam, selamat berhujung minggu semua bersama keluarga. Mood untuk berblog nie masih lagi lemau dirasakan hingga kini. Kesihatan kurang mengizinkan untuk bergerak cergas seperti biasa. Nak ke dapur pun tak larat. Rasa sakit perut selepas balik bercuti dari Johor Bahru hari tu, masih lagi terasa. Dah 2 kali jumpa doktor, cuma katanya badan saya banyak sangat angin yang masuk akibat dari makanan yang saya makan. 

Mungkin sebab saya tak ada selera makan tapi saya makan buah dukong sewaktu perjalanan balik ke Melaka, sekali 3 kilo saya hadap sorang2. Mungkin itu lah puncanya angin dok berkumpul2 kat dalam badan. Esoknya tu terasa perut berangin....sebuu je. Bila rasa nak kentut tu terasa macam nak membuang pulak. Dalam 1 hari tu nak dekat 20 kali dia keluar sebab setiap kali nak kentut dia pun sibok jer nak keluar sama. Nasib saya cuti jadi boleh ler baring2 je kat rumah , berehat sepenuhnya dengan ditemani suami tercinta hihihhi.....


Paparan saya kali nie, saya nak cerita sikit semasa saya bercuti hari tu. Saya memang ada dengar pasal Johor Premium Outlets nie tapi tak de lah terfikir pun nak pergi sebab saya nie bukan kaki shopping. Kalau setakat nak cuci mata tu memang saya suka, nak beli2 nie selalunya tak kena dengan selera. 

Suami saya yang mengajak ke sini, mula2 tu rasa macam malas jer tapi bila dah masuk.......aaaaaahhhhhhh!!!!!!! Baru menyesal sebab tak tau nak beli apa hahaha......Rambang mata ko, gilerrrrr!!! tak tentu arah dibuatnya, semua nak disapu tapi last2 habuk pun tak der sebab tak de saiz huhuhhu......Nak beli beg.....saya tak berapa nak berkenan........baju, kasut, seluar dan semua yang nak dipakai......semua tak ada saiz.....tensionnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!! Akhirnya balik dengan muncung 4 inci hihihihi......sabau je la kan!!!!!!



ada tak sape2 yang dikenali di sini tengah membeli belah sampai poket dia kempis......cari2



ramaikan orang......masa nie tengah renyai2 tapi semua orang tak peduli termasuk ler orang yang ambil gambar nie.......meriah betul datang sini, syukkkkkkk!!!!!!


Selasa, 29 Januari 2013

TANJUNG PIAI JOHOR NATIONAL PARK

Assalamualaikum......

Selamat Datang Ke Penghujung Selatan Tanah Besar Asia @ The Southern Most Tip Of Mainland Asia. Ia terletak di Tanjung Piai, Johor. Tanjung Piai Johor National Park merupakan keluasan lebih dari 926 hektar, 526 hektar di antaranya adalah hutan bakau pesisir. Ini dinyatakan sebagai situs RAMSAR pada tanggal 31 Januari 2003. Jangan tanya saya apa yang dimaksudkan dengan 'RAMSAR', saya pun puas mencari2 tapi tak jumpa juga apa maksudnya......mungkin ada berkaitan dengan sesuatu Kementerian di Malaysia kot.

Johor National Park Corporation merupakan jabatan yang bertanggungjawab, begitu komited untuk melestarikan warisan ini.


Perjalanan menuju ke Tanjung Piai Taman Nasional di Pontian Johor ini terletak lebih kurang dalam 75 kilometer dari pusat bandar Johor Bahru. Lebih kurang dalam satu jam setengah perjalanan dengan menaiki kereta. Ketika kita ingin memasuki taman ini, kita akan nampak satu batu yang besar, dengan tertera peta dunia diatasnya......menunjuk taman ini sebagai The Southernmost Tip Of Mainland Asia. Taman ini juga dikelilingi berbagai macam flora dan fauna. Memang menarik tapi saya takut sikit bab2 hutan belukar nie, al-maklum ler........PENAKUT hihihi........bunyi burung pun saya dah melompat ke tepi ke tengah......hahaha


Ini pula pintu masuk. Tiket rm5 bagi dewasa dan rm3 bagi kanak3. Masa kami datang nie, jalan bagi pemancing ditutup sebab masih dalam pembaikan jalan yang rosak. Jadi tak dapat sangat lah nak jalan2 @ merayap dalam hutan nie. Suami saya memang tak puas nak merayau2 dalam hutan tu tapi saya nak cepat2 keluar, takutttttt......bukan apa monyet2 banyak berkeliaran. Silap haribulan kang ada yang kena ngap dengan monyet, satu hal pulak kang.......baik keluar cepat2....


Yang ini Menara Pemerhati. Boleh nampak laut dari atas tu tapi menurut cerita orang kat situ, biasanya orang  duduk atas tu sebab nak tengok burung yang datang singgah di situ. Burung yang datang singgah apabila tiba musimnya sekitar Oktober @ November yang akan terbang ke Indonesia sebelum pulang ke tempat asalnya. Ramai juga pelancong yang duduk diatas tu, untuk melihat keindahan alam semulajadi yang ada di taman ini.


Ada juga yang mengambil kesempatan datang memancing di sini. Sepanjang perjalanan memang ramai yang datang memancing tapi saya tak nampak pun hasil pancingan. Mungkin saja2 datang untuk menghabiskan masa bersantai dengan keluarga kot. Masa nie air laut tengah nak pasang, gayat juga masa nie takut lantai runtuh sebab takut kot2 terlebih beban hahaha........


Ok, sekarang kita sedang menghampiri ke destinasi yang dituju. Masa air laut pasang, air akan melimpah ke atas laluan pejalan kaki sebab memang jalan ini dibina landai sedikit. Tak tau kenapa dan apa tujuannya dibuat macam tu.......jadi kena cepat2 takut nanti dah tak boleh nak berpatah balik, nanti kena redah air laut pulak. Saya nak redah air laut......soriiiii ler........nanti macam2 yang saya dok fikirkan. Silap2 saya boleh terfikir ada dinosaur dalam tu kang, saya sanggup tunggu sampai air surut hihihi.......


Bila pandang dari jauh, terasa bangga sekejap menjadi anak Malaysia. Lupa pasal air dah nak pasang. Kalau tak ada orang sah2 saya dah berlari ke sana hihihi......tapi sebab orang ramai jadi jalan ler penuh sopan dan santun sambil mata dok jeling2 kiri dan kanan takut ada sesuatu yang keluar dari celah2 dahan pokok kayu bakau kat tepi2 air laut tu. Memang keselamatan diri perlu dijaga ye......walaupun pada air laut yang berombak, beralun sepoi2 bahasa gitu.....



Tahniah!!!!!!Anda Kini Telah Berada Di Penghujung Selatan Tanah Besar Asia. Ucap tahniah pada diri sendiri yeeeeeee!!!!!!!.....


Macho tak pelancong nie, nak berkenalan sila beratur ye........next time kita datang sini lagi ye......


ini mahkluk yang sempat saya jumpa, walaupun halus jer tapi ular air amat berbahaya ye.......jangan cuba2 nak rapat.......