Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 29 Januari 2013

TANJUNG PIAI RESORT

google

Assalamualaikum......

Bagi yang meminati aktiviti memancing, yang gemarkan angin laut, Tanjung Piai Resort nie memang menarik untuk memancing dan bersantai2 dengan kaum keluarga mahupun sahabat handai. Nak memancing dari atas katil pun boleh tau hihi.....tapi kalau dari bilik yang saya menginap , tak boleh lah.....kena keluar dari bilik. Kalau ambil package family, memang boleh memancing dari dalam bilik sahaja.

Tanjung Piai Resort, memang saya teruja masa nak datang sini tapi bila dah sampai........jiwa saya memang bukan di sini. Masa pertama kali menjejakkan kaki di sini, saya dah rasa tak selesa....takut, seram, curiga, gayat....macam2 lagi lah perasaan yang timbul sampai saya tak boleh nak pejamkan mata. Jiwa kacau dibuatnya.....Bukan tempatnya tak menarik tapi saya rasa bosan, tak tahu kenapa.

Click to view full size image
google

Niat dihati nak jalan2 waktu malam untuk melihat sekeliling Selat Melaka dan juga melihat baynyak kapal yang berlabuh. Bila lepas maghrib tengok kat luar bilik.....punya lah kuat angin, lagi ler saya takut nak bergerak ke mana2. Walaupun pemandangan diperairan penuh dengan cahaya dari kapal dan pelabuhan. Last2 duduk jer kat bilik tengok tv. Tengok kat luar memang ramai yang dok lepak2 sambil makan2 bersama keluarga. Tak kurang juga yang memancing beramai2, memang nampak begitu meriah sekali. Memang saya teruja nak join tapi kalau saya keluar kang mesti tak boleh lama2 sebab saya tak tahan sejuk. Kalau keluar mesti dapat sembang2 dengan orang2 yang ada kat situ, baru boleh dapat banyak info kan.......tak pe lain kali je le........nak pujuk hati nie.......


Ini tempat saya tinggal, Laman Bonda. Harga satu bilik dalam rm174, kalau cuti umum dalam rm250. Masa kami datang memang dah rezeki kami sebab masih ada bilik yang kosong, silap haribulan mahunya tidur dalam kereta hehehe.......main redah je, masa datang pun dah pukul 7 malam. Bilik memang luas, malam2 tak pasang aircond pun saya tetap terasa sejuk. 


masa nie dalam pukul 8 pagi, matahari memang dah keluar tapi tak terik sangat sebab macam jerebu je nampaknya. Masa nie semua orang kat meja makan tengah menjamu selera sarapan pagi.


Semoga, disuatu hari nanti kami akan datang lagi......datang beramai2 untuk memancing.....:)





Isnin, 28 Januari 2013

LOTUS DESARU BEACH RESORT



Assalamualaikum.........


Dah begitu lama rasanya tak menjenguk blog nie. Sudah hampir satu bulan tak mengupdatenya. Nak kata banyak sangat kerja....tak juga. Nak kata penat....mungkin kot. Bila balik jer rumah terus mata layuuuuu jer.......Memasak memang tak ler sebab dah tak makan malam. On the way balik dari kerja singgah beli apa2 yang patut untuk che abang mengunyah sebab dia pun tak nak makan malam tapi belikan jer takut  nanti malam2 dia mencari rezeki kat dapur.....kesian pulak kan......

Sementara bercuti nie, dapat juga lah saya mengemas sawang2 yang ada kat blog nie. Rindu, memang lah rindu tapi nak buat macam mana dah kekangan kerja. Lepas nie lagi ler tak cukup tangan nak buat kerja sebab sorang2 kena buat semua kerja...... mamposssss!!!!!!! semoga ALLAH SWT dapat memberi petunjuk dan segala urusan dipermudahkan....AMINNNNNNN....



Hari nie n3 saya berkisar pasal 'Family Day ILP Bukit Katil' pada sabtu dan ahad semalam. Ini program tempat kerja suami saya. Memang seronok sangat, tapi bukan sebab dapat menginap di Lotus Desaru Beach Resort......tapi sebab dapat jumpa kawan2 lama yang memang saya rindu sangat nak jumpa. Walaupun dapat jumpa sekejap sahaja, terubat jugalah rindu dihati. Masing2 semua dah bertambah2 isi rumah, yang comel2 belaka, dengan bertambah2 saiz.....termasuk ler saya. Seronok sangat, harap2 tahun depan dapat berjumpa lagi, InsyaAllah....


Bilik nie 2 tingkat dan ini di ruangan bawah bilik. Bahagian bawah ada tv, meja bacaan, kusyen, microwave, petiais dan bilik air. Bilik saya nie bilik ditingkat 5, paling atas. Tapi tak pe, kalau kawan2 nak sewa tak ada masalah sebab resort nie ada lif ye hihi.....


Ok, yang ini bilik bahagian atas. Katil nie king saiz kot, entah lupa nak tanya. Kat atas nie juga ada bilik air dan jakuzi. Hari2 boleh berendam ye......2 @ 3 orang boleh dok berendam sekali...hahaha, memang best bilik nie....


Ini pandangan dari atas, saje nak tunjuk beranda yang ada tu, kecik jer........


yang ini tangga, pandangan dari atas dan bawah. Kalau siapa2 yang ada anak kecik tu susah sikit la sebab tangga nie merbahaya. Curam sangat dan tak ada safety pun.....takut nanti ada yang tergolek dongggg pulak kan.......



Semoga kita akan berjumpa lagi di masa2 akan datang. 

'Kasihku kembali bertaut , Rinduku tersemat dihati'




Jumaat, 4 Januari 2013

INDOOR GAMES DI ILP LEDANG 2013

Assalamualaikum......

Sajer2 nak buat n3 pasal sukan nie. Indoor Games nie dah dijalankan semalam. Memang menyeronokkan, semua amat2 sporting. Semua staff memberi kerjasama yang amat baik. Semua permainan yang dijalankan tiada sebarang bantahan dari mana2 pihak. Itu maknanya semua bermain dengan hati yang ceria, penuh  dengan semangat kesukanan. Bangga dengan awak semua........Next time kita buat lagi ye tapi saya tak nak jadi pengurus congkak lagi, x mencabar langsung huhu......


Banyak juga permainan yang dijalankan antaranya Pingpong, Badminton, Batu Seremban dah jadi Batu Sagil....jangan mareee...., Congkak, Dart, Bola Sepak dalam komputer pun dia orang belasah......yang paling tak boleh pergi.....Galah Panjang, pening gak tengok mak2 orang main tapi tak boleh nak tunggu dah, nak balik cepat......Yang pasti saya cuma menang tempat ketiga congkak & Pingpong, jadi ler kan....dapat gak hadiah hihi.......



Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT DATANG 2013

Assalamualaikum


Selamat malam dan Selamat Tahun Baru 2013 bagi semua rakyat Malaysia. Apabila tibanya tahun baru maka pastinya akan ada juga azam baru. Bagaimana dengan azam 2012? Tercapai atau belum? Tak pe.....kalau tak tercapai lagi boleh diteruskan ke tahun baru 2013. Azam saya? tak de......sebab azam saya setiap hari di dalam hidup saya. Bermacam2 azam yang ada dalam hidup kita selagi kita bernafas.....

Photo

ucapan tahun baru dari Ady