Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 20 Mei 2012

JANGAN!!!! DARI USTAZ DON

Assalamualaikum......


Siapa Ustaz Don ? Alaaaa...ustaz yang 30 minit tu....tak tengok ke ? Hahaha...ade ke patut panggil ustaz 30 minit....sian ustaz. Saya memang suka sangat2 tengok cerita 30 Minit Ustaz Don. Masa mula2 bersiaran dah memang syok sangat2. Cara penyampaian yang bersahaja tapi penuh dengan pengisian. Setiap butir perkataan memberi seribu pengertian. Memang boleh jatuh cinta la siapa yang tengok rancangan ustaz tu...penuh dengan ilmu dan maklumat yang kadang2 kita memandang remeh. 

Yang paling saya suka bila ada satu episod yang ustaz dok cakap, memperbetulkan pasal sembahyang iaitu pasal rukuk dan sujud dengan cara yang betul. Memang ada yang menafikan bila saya buat teguran sebab dia orang cakap saya memandai2 sebab saya bukan alim ulama, masa saya belajar dulu la, lama dah...jadi saya tak boleh nak mempertahankan hujah saya dengan hadis atau apa rujukan...maklum lah saya masih belajar masa tu, ilmu yang dapat pun masa sekolah2 dulu..jadi kita amalkan. 


Bagi saya memang beruntung sangat2 dapat tengok rancangan ustaz tu, rasa kalau tertinggal episodnya macam rugi pulak. Perkara yang kita nampak biasa2 sahaja tapi sebenarnya benda itu salah @ tidak berapa betul. SYABAS!!!!! Buat Ustaz. Semoga ustaz berjaya dalam kerjayanya dalam mengembangkan ilmunya.

Ok la, saya nak kongsi satu ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Don, JANGAN!!!!!!!!! DARI USTAZ DON. Apa yang jangan tu ustaz ? Sebenarnya saya ada terbaca dari n3 sorang kakak nie pasal sesuatu yang disampaikan oleh ustaz Don yang saya baca di sini . Kalau tak pun saya share sahaja kat sini, ok gak kan...jom tengok....


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don:

1. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana berpagi2 itu membuka pintu berkat.

2. Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan, nnti rezki kita dikongsi syaitan.

3. Jangan tambah perhiasan dibadan kerana Allah sudah jadikan manusia makhluk yang paling sempurna.

4. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut2 kita mati dalam perjalanan.

5. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan, makruh dan mewarisi kepapaan.

6. Jangan biarkan mata liar diperjalanan, nnti hati kita gelap diselaputi dosa.

7. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila2 masa.

8. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

9. Jangan mengumpat sesama rakantaulan, nnti rosak persahabatan, kita hilang bahagia.

10. Jangan lupa bergantung pada Allah dalam setiap kerja kita, nnti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

11. Jangan bakhil untuk bersedekah. sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezki kita.

12. Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

13. Jangan bisakan berbohong kerana ia adalah ciri2 munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

14. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

15. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup disana lebih lama dan kekal selamanya.

16. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata JANGAN, sebab semua untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu. Walalhualam


Semoga kita semua akan bersama2 mendapat manfaatnya...AAAAMINNNNNNNNN




2 ulasan:

  1. akak pun layan gak ustaz don ni..suka dengar ceramah dia

    BalasPadam
  2. mmg best kan kak...x jemu2..rasa x puas tgk ceramahnya

    BalasPadam