Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 12 Mei 2012

HAPPY NURSES DAY

Assalamualaikum.......


Hari Jururawat datang lagi pada hari ini 12 Mei 2012. Sempena menyambut Hari Jururawat hari ini, saya ingin mengucapkan selamat bekerja dengan ikhlas dan dedikasi kepada ipar duai dan juga sepupu sepapat saya yang telah berkhidmat sebagai Jururawat termasuk ler yang kerja doktor ke...pembantu doktor ke...Juru-xray ke , termasuk juga lah kepada semua yang berkhidmat sebagai Jururawat tak kira di mana juga mereka berada.

Saya berharap semua dapat memberi khidmat yang terbaik kepada para pesakit tak kira dalam keadaan apa sekali pun. Besar sungguh pengorbanan Jururawat kepada kita semua sebenarnya. Semoga Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala penat lelah mereka. 


Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua adik2 jururawat di Mahkota Medical Centre (MMC), adik2 yang praktikal yang telah memberi rawatan terbaik kepada saya semasa saya menerima rawatan selama 4 hari pada tahun lepas. Semoga mereka sukses dalam kerjaya mereka. Diaorang memang nampak betul2 suka dengan kerjaya sebagai Jururawat...bersemangat sungguh saya tengok masa mereka melayan kerenah para pesakit. Semua mereka nampak begitu cergasss.....SYABASS!!!!







Tiada ulasan:

Catat Ulasan