Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 2 Julai 2017

CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, kepada teman-teman sekelian walau di mana pun berada. Hari ni akak dah mula bekerja. Bagi yang masih lagi beraya sakan, selamat menjamu selera.......^___^......raya baru seminggukan mestilah masih hangat lagi suasana raya tu.......

Hari nie akak dah start kerja tapi ramai lagi member2 opis yang masih bercuti raya. Kerja pun dah siap sebelum raya, jadi hari nie akak datang kerja tolong kerja orang je la. Dalam erti kata lain ganggu orang buat kerja hihihi.......N3 akak hari sebenarnya nak post resepi Chocolate Chips And Almond Cookies. Resepi nie akak ambil dari blog Dayang. Untuk raya tahun nie, akak tak banyak buat biskut raya. Ini salah satu biskut yang akak buat. Biskut nie sedap tapi ada rasa manis sikit, mungkin lain kali akak kena kurangkan gula sedikit.......sikit jer kurangkan........Ni kira n3  tertunggak lah nie, nak post bulan puasa hari tu macam biasalah akak, kekangan waktu dan keletihan yang datang melanda....... 
 
Bagi penggemar biskut chipsmore, biskut nie memang sedap untuk di buat kudapan. Anak-anak pun pasti suka teramat sangat. Sebab utama yang buat dia rasa sedap, adanya badam dan coklat chips. Kalau makan memang tak ingat nak berhenti. Akak buat sedikit jer, bila dah diagih-agihkan........untuk tuan rumah dapatlah secoet jer. Bagi yang anak-anaknya penggemar biskut chipsmore, boleh buat banyak2. Baru boleh makan puas2............untuk resepi yang sedap nie, akak kongsikan di sini......
  
CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES

Bahan-bahan :

1 buku mentega (250 g) - dilembutkan

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula icing (next time boleh kurangkan sedikit gula)

2 cawan tepung naik sendiri 

1/3 cawan serbuk koko

1 cawan nestum (dikisar)

1/4 cawan serbuk badam

2 biji telur

1/2 sk emplex - optional

50 g almond nib - akak letak 100g

100g chocolate chips

2 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara : 

1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul-gaulkan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.

2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dengan badam dan cip coklat. Gaul-gaulkan hingga sebati.

5. Bentuk-bentukkan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. 
6. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ahad, 21 Mei 2017

OREN APPLE SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi!!!!! Mulakan pagi ini dengan senyuman dan juga ketenangan hati. Biasalah kan, nak mulakan kerja pada hari pertama bekerja memang lemaulah..........pagi-pagi kena ceria, baru mudah nak masuk rezeki orang kata. Buat macam akak nie, pagi-pagi pekena smoothie bulat mata yang memang dah bulat nie.....

Hari ini genap sudah 4 minggu akak berdiet. Timbang pagi tadi, masih lagi kekal penurunan berat akak 3kg jer. Harap-harap ini bukan penyudahnya tapi permulaannya yang baik. Nak buat betul-betul nie akak tunggu bulan puasa nanti la.........sekarang nie jamuan kat opis tiap-tiap minggu ada. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan kan, jadi ramai yang nak buat doa selamat. Pagi nie pun ada juga........sekejap lagi baru nak mula. Nanti kalau tak makan tuan opis kecil hati pulakkan. Sementara tunggu dia orang siapkan juadah, akak nak update blog sekejap. Tugas akak dah selesai tadi, sebagai pemerhati hehehe..........
Diet akak baru nak bermulakan jadi oklah tu turun 3kg walaupun sedikit. Semoga semangat akak akan terus jitu. Godaan pada peringkat awal biasalah tu........godaan manja-manja kawan akak cakap hehehe........nasib rakan-rakan memahami dan menyokong. 

Pagi ini akak mulakan dengan smoothie. Akak pun tak tahu nak panggil smoothie ke jus. Akak memang tak tahu nak bezakan, sama kot entahlah.......smoothie kali ini akak letak sayur sikit. Akak tambah saderi dan timun. Saderi tu katanya bagus untuk orang yang banyak asid dalam badan. Akak ler tu.........Setiap tahun cek darah dengan doktor, setiap kali itulah urid asid akak naik tapi masih ok..........semua masih dalam keadaan baik Alhamdulillah cuma berat badan jer yang makin bertambah-tambah macam belon. Belon pun makin kecut tapi akak macam dipam-pam. Tahu-tahu je nanti naik........sabar je la. Tak pe, kata orang semangat jangan luntur...........cayok!!!!cayok!!!!

OREN APPLE SMOOTHIE

1/2 biji epal hijau
1 biji oren
5 inci batang saderi
2 sudu besar yogurt
1/2 timun jepun
Sedikit air

Blend ke semuanya sekata. Dah siap terus minum. Tak perlu tambah madu atau gula

Khamis, 18 Mei 2017

PES TOMYAM HOMEMADE

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai sudah peperiksaan akhir pelajar. Ok, seminggu nie pengajar semua tanda kertas dan isi markah untuk penilaian PPL, jadi akak dah boleh nak luruskan pinggang kat opis sekejap. Minggu depan baru mula kejar pengajar untuk pengisian markah dalam sistem. Sempat lagilah akak nak berpuasa bulan Syaaban minggu nie. Balik lewat pun masih sempat akak memasak untuk berbuka puasa kat rumah. Tak adalah letih sangat macam selalu........
Hari ini akak nak kongsi resepi dari blog Aleen yang cute mute tu, Pes Tom Yam. Selalu kalau akak buat tomyam yang jernih jer rupanya. Abang akak pula kalau nak buat tomyam, dia guna pes yang beli kat Jusco. Alang-alang dah ada resepi homemade nie, akak buat je la. Senang abang akak nak guna nanti kalau akak kerja atau pun berkursus. Akak buat malam tadi jadi petang nie berbuka nanti guna pes tomyam nie jer. Nak cuba rasa macam mana. Pes nie akak buat dapat dalam 2 balang. Kalau kena selera, boleh buat lagi lebih-lebih dan agih-agihkan pada adik-adik atau kawan-kawan yang nak rasa. Buat masa nie, tuan tanah kena rasa dulu........

Sesiapa yang berkenan juga nak cuba, boleh cuba resepi nie atau pergi ke blog Aleen siap bergambar lagi. Resepi akak letak kat sini.......kita kongsi-kongsi yer.......

PES / PERENCAH TOMYAM SERBAGUNA HOMEMADE
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ kak atie jumaat

Bahan untuk dikisar :
26 tangkai cili kering - gunting buang biji, rebus
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3-4 batang serai
4 inci lengkuas
2-3 inci halia
4 helai daun limau purut
1 mangkuk air asam jawa
2-3 inci belacan bakar

 - semua bahan diracik/hiris, kisar halus

Bahan untuk penambah perisa :
1 kiub ikan bilis
2 kiub ayam
1 cawan gula melaka (aleen guna gula merah tak sampi 1 cwn + dengan air panas 1 cawan, bancuh)- akak letak 3/4 cawan gula melaka
3 s/b gula pasir
2 biji limau nipis perah ambil jus
1 cawan Minyak masak untuk menumis

Cara-cara : -
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau wangi, garing 
2. Masukkan bahan penambah perisa, tumiskan lagi hingga betul-betul pecah minyak ........ siap 
3. Sejukkan, simpan dalam balang buat stok, simpan dalam peti ais..

PES / PERENCAH TOMYAM SERBAGUNA HOMEMADE By ~ ALeen Aireish sumber ~ kak atie jumaat Bahan untuk dikisar : 26 tangkai cili kering - gunting buang biji, rebus 2 biji bawang besar 6 ulas bawang putih 3-4 batang serai 4 inci lengkuas 2-3 inci halia 4 helai daun limau purut 1 mangkuk air asam jawa 2-3 inci belacan bakar ~>> semu bahan diracik/hiris, kisar halus Bahan untuk penambah perisa : 1 kiub ikan bilis 2 kiub ayam 1 cawan gula melaka [aleen guna gula merah tk sampi 1 cwn + dgn air panas 1 cwn, bancuh] 3 s/b gula pasir 2 biji limau nipis perah ambil jus 1 cawan Minyak masak untuk menumis Cara-cara : - panaskan myk, tumis bahan kisar hingga naik bau wangi, garing - masukkan bahan penambah perisa, tumiskan lg hingga betul2 pecah minyak berminyak.. siap - sejukkan, simpan dlm balang buat stok, simpan dlm peti ais..

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Khamis, 11 Mei 2017

AGAR-AGAR SANTAN

Assalamualaikum
Hujan tak hari nie? Kat Sagil nie seminggu nie gelap jer tapi tak hujan. Tapi balik nanti, bila nak sampai Melaka bersiap sedialah. Hujan belum turun lagi tapi petir dah berdentum2 kat langit. Malam tadi hujan semalaman sampai pagi. Walaupun hujan tapi bangun pagi air tak berapa nak sejuk, sejuk2 gitu jer. Kalau sebelum nie, kata orang melaka 'menggelatuk' nak mandi. Keluar bilik air jer bibir dah lebam. Mungkin sekarang nie walaupun kat luar gelap macam tanda nak hujan tapi duduk dalam rumah tetap rasa membahang.
Semalam cuti sempena Wesak Day, sempatlah akak buat agar2 santan. Walaupun pucat lesi tapi rasa tetap ada. Rupa pucat tu sebab akak guna gula perang. Resepi asal agar2 santan gula merah dari dapur kak yatie. Bukan saje2 akak buat guna gula perang tapi dekat rumah akak tak ada stok gula merah ataupun gula nipah atau pun seangkatan dengannya. Kalau guna gula merah, rasanya mesti lagi ummmppphhhhh........kannn. Tapi tak apa, resepi kak yatie apa2 pun tetap sedap.

Akak buat dapat banyak tu jer la. Bagi jiran rasa sikit, dapatlah akak dengan suami makan sikit merasa. Kalau nak makan puas dan edarkan ke jiran2 sebelah, kena lah lebihkan resepinya. Akak memang suka agar2, dapat2 pulak baru keluar dari peti sejuk......memang layan......

Inilah makan malam akak malam nie bersama sebiji buah epal hijau. Misi diet akak baru bermula. Harap2 berjaya dengan sokongan diri sendiri hehe.............Bila akak dah berjaya nanti akak share ye amalam diet akak. Ada sape2 yang nak resepi, boleh tengok resepi kat bawah nie, akak salin semula untuk rujukan.......

AGAR-AGAR SANTAN
(Resepi asal AGAR-AGAR SANTAN GULA MERAH)

Bahan-bahan:
10gm serbuk agar2
1/2 cawan gula merah- akak guna gula perang
1/4 cawan gula pasir
1150 ml air
120 ml air + 100ml santan kara
1 biji telur - di pukul dengan santan
Garam
1 helai daun pandan

Cara-cara:
1. Masak air dengan gula dan daun pandan. Setelah gula larut, tapis.
2. Bila gula sudah larut, masukkan agar-agar dan kacau sehingga semuanya larut. Kecilkan api
3. Kemudian tuang campuran santan dan telur, garam dan kacau sehingga mendidih.
4. Tuang ke dalam acuan.
5. Sejukkan baru didinginkan di dalam peti sejuk.