Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Khamis, 5 Februari 2015

NAN PURI, BUKIT KANGKAR........

Assalamualaikum

Roti Nan Puri, sedappppp.........minum petang bersama kawan2. Dah lama kawan saya cadangkan makan di sini, baru petang nie berkesempatan. Memang sedap roti nan yang digoreng ni. Cicah pulak dengan kari daging @ ayam @ kambing, memang terangkat. Dengan sedap rotinya ditambah dengan kesedapan dan kepedasan kari, tu yang terangkat tu hihihi....... Saya makan sekeping jer.......tu pun rasa macam tak cukup. Kalau makan 2 nanti tak habis pulak sebab roti nan kan besar. Next time boleh datang lagi........nanti boleh makan puas2, hari nie ambil rasa jer ye......


Bagi yang teringin, boleh datang makan. Kedai nie hari2 dia buka bermula jam 3.30 petang. Tutup sampai bila tak tau. Kalau nak datang malam tu kenalah call dulu kan takut nanti dah tutup pulak. Pic tu ada disertakan nombornya, call jer.........






Rabu, 4 Februari 2015

JUMBA2, 2ND ROUND.........

Assalamualaikum



Ini semalam punya cerita, ada sambungannya hehehe. Ini gojes2 bergeder2 di ICE ROOM di Masjid Tanah juga. Ketika ini, tambah lagi seorang kawan sekolah. Lupa pulak nak kenalkan kawan2 yang berenam nie. Dari kiri ye, Hanim, saya, Jamaliah, Zuraidah, Noor Azira dan yang tiada dalam pic Sumi. 2nd round bergosip2 sambil berkenal2an bagi saya yang tak berapa nak kenal. Dah lama tak bersua, lebih 20 tahun. Itu yang tak berapa nak ingat. Bila diimbas2 balik, baru saya boleh ingat semula tapi ada juga yang saya tak ingat.


Sambil bergosip sambil minum ais krim. Sambil pot pet pot pet, lepas tu nyum nyum.........Bila dah duduk bersembang, memang seronok. Banyak yang nak diceritakan, lebih2 lagi cerita pasal anak2 yang semakin remaja. Dah bersembang2 ibu2 gorjes nie, memang tak ingat dunia. Lupa segala2nya.........


Semoga hubungan ini akan kekal terjalin. Semoga saya akan diberi peluang lagi untuk bergeder2 dengan kawan2ku semua. Doa saya sentiasa mengiringi kalian semua, Aminnnnnnnnn.........




Selasa, 3 Februari 2015

BERJUMBA DENGAN GENG2 SEKOLAH 89

Assalamualaikum

Geng2 jumba.........dapat jumpa sekejap memang seronok. Jumpa kawan2 sekolah 89 di Sekolah Ghaffar Baba, Masjid Tanah. Dia orang selalu berjumpa, cuma saya jer baru nie nak join. Sempena Johor cuti hari nie, dapatlah saya ajak dia orang. Mula2 ingat nak jumpa berdua jer..............tup2 ramai pulak yang nak join, maklum ler ramai yang tak kenal sangat dengan saya. 

Memang seronok jumpa kawan2 lama. Banyak yang nak disembangkan. Macam2 ragam, seronok sangat. Nanti nak jumpa lagi tapi tak tau bila. Lepas nie nak berjumba di Bowling Centre pulak tapi tak tau bila. Sembang2, dari kenyang dah boleh lapar balik. Memang tak ingat dunia mak2 orang nie. Ini baru secoet jer yang datang, kalau gamai2 agaknya tak tau ler sampai bila nak sudahnya. Masing2 menunggu masa untuk ambil anak balik dari sekolah.


Ini antara kawan2 yang sempat datang, dalam 5 orang jer.  Janji last minit malam tadi. Kalau janji betul2 mesti dapat kumpul ramai2. Tak per, masih banyak waktu lagi Insya Allah jika diizinkanNya.


Tengah bersembang2, terjumpa cikgu sekolah tapi saya tak kenal sebab cikgu nie tak ajar saya masa tu. Cikgu, Mohamad B Mohd Idris, cikgu BM. Cikgu BM kelas saya, Hamzah Dol, cikgu kesayangan hamba. Rindu dengan cikgu Hamzah.........Tapi yang tak seronoknya cikgu nie macam kenal saya pulak, malu rasanya tapi yang pastinya cikgu dah tersalah orang.........hihihi

Dah lama sangat rasanya duduk kat kedai tu, kami sambung pulak ke kedai lain, ke Homi Cafe Ice Room. Menarik cafe nie........nanti kita sambung sembang lagi, adiosssss.........







Ahad, 1 Februari 2015

HAPPY BIRTHDAY SONY.........SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum

Selamat malam dan beristirehat kepada semua keluarga. Saya baru lepas makan malam......makan roti jer cicah dengan air milo panas. Dah malam sangat, malas nak makan yang berat2, roti je cukup dah. Balik dari kerja tadi letih, terlelap sekejap. Bila dah mengantuk terus hilang selera nak makan. Suami je makan, nasi + sup tulang.......dia sendiri bikin. Nasib dia tak berkira nak makan apa. Itu pun lebih dia makan tengahari tadi. 


Ini kek ditempah oleh kawan ILP Salimiah untuk harijadi suami Mohd Sony. Selamat Ulangtahun yang ke 37 Sony. Semoga dipanjangkan usia dan dimurah rezeki serta dilimpahi dengan kesihatan yang baik. Kek ada 3 bunga jer? Hehehe.......buka lupa tau tapi nak letak buah kat situ konon2 nak ada bentuk macam berekor la.......tapi buahnya asyik tergolek2 jer. Ini pun snap pagi tadi selepas keluar dari fridge. Tak sempat nak susun betul2, nak cepat gerak ke opis. Lagipun nanti letak dalam kereta, sure tergolek2 juga nanti........jadi pic nie nampak ler macam cacat sikit. Tapi bila sampai kat tuannya saya dah susun elok2. Jangan sampai kat rumah dia buah tu dah tergolek2.......


jangan kutuk ye, saya budak baru belajau..........