Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 25 Januari 2015

APAM PISANG COKLAT URAI

Assalamualaikum

Salam di hujung minggu. Hari ini tak bekerja, cuti.......ada perkara emergency yang nak diuruskan, pasal kereta.......dua2 masuk bengkel.........Harap2 semua urusan hari ini berjalan dengan lancar. Hari ini tak masak tengahari sebab che abang tak nak makan katanya. Dia nak makan bihun yang dia masak pagi tadi. Bihun masak guna perencah adabi. Suka dia bila first time masak dan orang puji sedap. Ok lah tu walaupun guna perencah segera tapi keikhlasan tu yang penting. Hari nie mem goyang kaki ye.........


N3 saya pagi nie bukanlah bihun goreng air tangan suami tapi, Apam Pisang Coklat Urai. Apam lagi!!!!!!! Memang tak boleh nak tolak ler.......Apam nie saya buat sikit, pisang lebih saya buat hari jumaat hari tu. Masa buat hari jumaat lepas, sedap tak terhingga rasanya apam ni. Makan apam sajer dah sedap, bila makan dengan kelapa, lagilah bertambah sedap. Jadi saya bagi jiran saya rasa sikit, benda sedapkan kenalah kongsi2. Hari nie buat lagi........sedap tau, rugi tak cuba. Resepi nie saya copy dari dapur ita masam manis


APAM PISANG COKLAT URAI

Bahan2:
5 biji pisang emas - kalau pisang besar dalam 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 susu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovalete
3 sudu besar coklat urai


Panaskan kukusan.
Balut tutup kukus dengan kain.
Sediakan acuan kecil atau loyang dan oleskan dengan sedikit minyak.

Lenyek pisang hingga halus. Kemudian tambah esen pisang dan soda bikarbonat - ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, garam dan baking powder. Kemudian ayak - ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak sehingga pekat dan berkrim.
Kemudian masukkan adunan pisang yang dilenyek tadi. Kacau sebati.
Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata. 
Akhir sekali masukkan coklat urai dan gaul sempurna.

Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang.
Kukus adunan selama 20 - 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang.
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Boleh dimakan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Makan tanpa kelapa pun sedap.


sedap sampai makan tak nak berhenti......








2 ulasan:

  1. sedap tu mkn ngan kelapa.. biasa tun mkn gitu je..nx time nk ganding ngan kelapa jugak lah :) tun suka acuan cantik mcm ni, tp kan nk wat mcm mana ye supaya dpt basuh bersih? tun basuh mesti ada sikit2 melekat apam tu kat celah2 lekuk dia.. pastu lama2 berkulat :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang sedap Tun makan dengan kelapa, lagi terangkat........pasal nak cuci tu memang susah, akak sapu minyak lepas tu panaskan tapi tetap gak tak hilang sangat, jadi kena rajin sental pakai berus sental botol susu tu

      Padam