Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 13 Mei 2014

CHOCOLATE BOTTOM BANANA CAKE

Assalamualaikum

Selamat bercuti semua rakyat Malaysia sempena Wesak Day hari ini. Saya tak kemana2 hari nie sebab malam tadi sakit kepala, malas nak pikir nak jalan mana2. Suami ajak pergi Ledang makan makanan exotik kat Jementah pun saya malas nak keluar. Kepala nie baru jer nak baik, soooooo.......duduk rumah je la. Tapi kalau kepala dah baik karang, baru ler boleh gie jalan2 cuci mata. 

Walaupun sakit kepala malam tadi, ikut juga ler suami round2 kat area Bandar Hilir. Lepas tu kepala pun berputar ligat memang tak boleh tahan, sebab tekanan darah saya rendah balik. Minggu lepas muntah sampai lapan kali sebab makan mangga. Saya memang tak boleh makan benda2 masam, tapi tu lah!!!! kata orang rezeki jangan di tolak. Sebab tak tolak ler binasa badan huhuhuhu........taubat dah lepas nie, insaf sekejap!!!


Walau sakit kepala hari nie tapi sempat juga ler saya buat Chocolate Bottom Banana Cake. Pisang memang sentiasa ada kat rumah saya nie. Pisang memang kegemaran saya. Pisang dan susu, 2 benda yang wajib ada dalam rumah nie. Kalau tak ada saya tak boleh nak senang duduk, serba tak kena.....kata orang boleh tak lena tidur dibuatnya hihhihi.......Resepi nie saya jumpa di Yummy Bakes. Sedap sangat bila coklat berlawan dengan pisang. Memang layan!!!!!! Jom kita tengok resepinya........


CHOCOLATE BOTTOM BANANA CAKE
Resepi : Yummy

Bahan2 :
113gm butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur - pukul ringan
1 st esen vanila
1 1/2 cawan pisang yang telah dilecek
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 st baking powder*
1 st soda bikarbonat*
1/2 st garam* (*diayak bersama)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan coklat chip

Cara2:
1. Dalam mangkuk, pukul butter dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur, esen vanila dan pisang, pukul sebati.
3. Masukkan campuran tepung tadi dan gaul sebati. Kemudian bahagi kepada 2 bahagian (saya lebihkan bahagian koko).
4. Satu bahagian di campur dengan serbuk koko (saya campur sedikit dengan coklat chip). Masukkan ke dalam loyang 9 inci dan ratakan.
5. Kemudian masukkan pula bahagian yang satu lagi diatas bahagian koko, ratakan. Taburkan coklat chip diatasnya.
6. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak. 








2 ulasan:

  1. salam..sedap makan kek ni..gabungan rasa coklat dan pisang..dah lama x buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau x pe Bbwana adienia......memang terangkat!!!!

      Padam