Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 6 Mei 2014

HAWA RESORT JANDA BAIK

Assalamualaikum


Selamat bekerja dan salam sejahtera semua. Apa menu makan hari nie? Saya balik2 kerja tak masak sebab balik lambat, petang2 ada training, penat berjalan2 pun tak hilang lagi. Sengal2 badan......sakit2 kepala.......mengantuk sebab tak cukup tidur lagi. Ke mana ye berjalan2 pada hari cuti yang lalu? Saya ke Janda Baik......menginap di Hawa Resort Janda Baik hari khamis yang lalu sempena cuti Hari Pekerja. Baru hari nie dapat buat n3.......sebelum nie tengah sibuk budak KV exam, jadi ada lah masa relaxxxx sikit........kurang beban kerja di opis. Sekarang budak sem 2 dah habis exam, minggu depan baru budak sem 1 pulak exam, baru kesibukan bermula semula....!!!!!! 


Untuk jalan2 cari makan tahun ini suami ajak bersantai2 di sungai. Pilihan kali ini ke Janda Baik. Hari pertama sampai di Hawa Resort Janda Baik adalah mandi sungai. Suami saya memang suka mandi sungai, maklum ler orang kampung......konon2 lah!! Sampai2 jer dia dah tak tentu arah nak ajak mandi.......geli hati tengok muka dia bila saya buat tak tahu jer hehehehe, sabar je la kan.......pagi petang dia dok mandi sungai, berendam je kerjanya walaupun sejukkkkk!!!! Kalau boleh malam pun dia ajak berendam.......memang tak ler......takuttttt!!!!!! 


Air sungai kat Hawa Resort nie memang best. Masa saya datang pagi sabtu tu memang dah penuh orang. Penuh dengan keluarga yang bersantai dan bermandi manda serta ada juga buat family Day. Memang meriah masa datang tu. Harga bilik saya dalam RM160. Saya amik 2 malam sebab suami saya nak mandi puas2. Dalam bilik saya cuma ada katil dan bilik air sahaja. Yang lain2 kemudahan tak de ye......dah nama pun Hawa Resort & Training Centre. Untuk bilik lain saya tak pasti ada ke tak. Jadi kalau sape2 yang berminat nak datang sini, kena bawak semua keperluan macam kita nak pergi bercamping la ye.........


Dia dah cakap awal2 yang dia akan jadikan tempat penginapan di Janda Baik ni sebagai tempat dia makan angin setiap tahun. Susah le macam nie......tak de peluang ler nak pergi tempat lain........:(   
Saya lagi suka laut.......tengok laut pun hati dah tenang. Lepas nie kena buat perjanjian nampak gayanya, kena selang seli macam balik kampung bila nak beraya hihihihi.............Bagi yang nak datang dengan family memang sesuai sangat, air pun tak dalam sangat. Anak2 pun boleh mandi dengan selesa sebab air yang jernih dengan dipenuhi batu2 kecil, memang budak2 akan suka untuk berendam. Kalau tak percaya sungai nie best, kena datang sendiri tengok. Saya pun rasa macam nak gedik2 dengan adik2 saya kat sini ajak mak sekali hehehe.........


sungai nie betul2 depan bilik kami, cantikkan......


cantikkan sungai nie, jernih dan bersih tau.......adik aishah yang menunggu ayah dia amikkan selipar yang dah hanyut. Nasib dapat kalo tak kaki ayam le dia, nasib tak nangis.......


antara kemudahan riadah yang disediakan


Taman burung juga ada di sini




15 ulasan:

  1. Salam. Puan ada nmpk tak sebarang aktiviti memancing kt situ?atau lebih tepat,memancing kt kolam. Ada plan nk pg sana next week. Tq for info

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti......tapi ada kawan nak pergi bln 6 nie, dia cakap ada tempat memancing tapi tak tau area mana.....dia pn nk pergi tgk2 dulu bwk fmly

      Padam
  2. Salam. Puan ada nmpk tak sebarang aktiviti memancing kt situ?atau lebih tepat,memancing kt kolam. Ada plan nk pg sana next week. Tq for info

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. mmg syok ros......nti kalo ada peluang kita gie ramai2 buat fmly day......org perak vs org melaka, ada beraniiiii!! hiihihihi.......

      Padam
  4. Tempatnya best .ada sungai .sejuk air mcm kluar dr peti ais.pemandangan cantik.saya pergi minggu lps ada family day ngan kawan2..cuma sewa tu mcm tak berbaloi dengan kemudahan yg disediakan.

    BalasPadam
  5. kalo resort kt sungai biasanya mmg mahal sikit, sbb tempat terhadkn dan pengurusan pn kadang2 je datang dr kl bkn mmg dok situ, yg ada pun pekerja2 biasa je

    BalasPadam
  6. Jug utk masak air panas ada x..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada, tv je yg x de......bilik yg lain x pasti

      Padam
  7. nk tnya ada tak nombor telefon untuk dihubungi,, rasa cm best jeks,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak tak ada no phone resort, x simpan.....boleh google kot sbb akak main redah jer pergi hari tu

      Padam
  8. Wahh, best nya nampak suasana kat chalet ni.. Next time, boleh try chalet ni pulak..

    Last week kami sekeluarga ke sana jugak, tapi tak stay kat sini la.. Kami stay kat chalet lain, tapi best jugak.. Sejuk sangat dan nyaman je rasanya.. :)

    http://miaqaisarah.com/2015/10/29/percutian-best-di-tams-chalet-janda-baik/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tams Chalet ye, nanti boleh cuba kat situ pulak.....

      Padam
  9. Akak ada tempat untuk bbq tak kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. akak x pasti pulak sbb yg buat bbq hr tu diaorg bwk sendiri
      tp biasanya resort ada benda2 mcm tu, kita kena minta

      Padam