Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 11 Julai 2017

KACANG PUTIH

Assalamualaikum
Selamat pagi. Sibuk sikit akak minggu nie sebab pelajar baru berdaftar. Akak ajk Induk Minggu Suaikenal pelajar baru kali ini, dari minggu lepas dah sibuk sikit. Minggu nie cuma buat pemantauan jer untuk pastikan aktiviti semua berjalan lancar. Hari nie aktiviti pendakian Gunung Ledang. Akak tak dapat nak pergi sebab nak rehat sikit, macam lah penat sangatkan hehe.......cuma malas jer nak terkejar2 gerak dari melaka. Takut macam tak sempat nak sampai awal, tu yang tak nak join dan menyusahkan orang lain nanti kena tunggu........Semoga semua berjalan lancar di sana.......



Sebab tak ada apa nak buat, sementara tunggu dia orang balik ke ILP, akak nak update blog akak sekejap. Kali ini akak nak post resepi Kacang Putih. Akak buat kacang nie masa bulan puasa, tak sampai raya dah licin. Sampai dua kali akak buat untuk stok raya. Kali pertama buat, akak letak cili terbanyak pulak tapi buat untuk kali ke dua suami akak tak bagi letak cili. Pelik katanya, tak pedas pun......ikut je la kan, untuk dia pun......



Akak buat tak banyak sebab dapat beli 1 kilo je. Katanya ramai sangat yang beli, stok pun dah tak ada. Mungkin ramai yang buat kacang putih kot hihi....... sekilo pun rm12.......Resepinya pun mudah, perap......goreng.......siap.....^____^.....akak buat 1/2 kilo je yang nie sebab tahu mesti tak sempat raya punya.......dah faham dah, kudapan kacang kegemaran suami nie


KACANG PUTIH

1/2 kilo kacang putih
10 biji bawang putih - tumbuk halus
garam
daun kari

Kacang putih cuci bersih dan rendam dalam air panas. 
Selepas itu toskan kacang putih. Isi dalam mangkuk dan gaul dengan bawang putih , garam dan daun kari.
Perap seketika bagi sebati kacang tu dengan garam dan bawang putih.
Selepas itu goreng macam biasa. Dah garing angkat dan toskan minyaknya. Simpan dalam bekas kedap udara. 
Suami akak tolong goreng tapi tangan sebelah tolong makan sama......mmmmmm.......rasa macam nak gigit jer tangan tu.......






Isnin, 3 Julai 2017

BANANA BLUEBERRY SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi semua. Alhamdulillah.......nampaknya pagi nie mendung sedikit sebab malam tadi hujan lebat di bumi Melaka. Hari nie ramai yang dah mula bekerja, budak2 pun dah mula bersekolah tapi masih lagi dalam suasana raya. Memandangkan tiada yang buat open house setakat ini di tempat kerja, jadi akak mengambil kesempatan berpuasa lah. Puasa gantilah dulukan lepas tu baru nak berpuasa 6 syawal. Kita buat yang wajib dulu, kalau ada rezeki baru yang sunat2. Nak disekalikan pun boleh, tak salah cuma akak ambil yang afdal.......^___^

Pagi nie, akak bersahur dengan smoothie jer. Akak buat Banana Blueberry Smoothie. Perut akak pun tak berapa nak ok lagi sebab kena ceri beri makan sambal udang petai mak mertua buat jumaat lepas. Nampak petai makan tak ingat dunia, memulas2 perut menggelodak tak terkata. Angin berputar satu badan, nasib tak berputar dekat kepala. Kalau tidak, tak bangun ler terbaring sakan........taubat sekejap hehehe.......


Memandangkan akak masih lagi dalam proses berdiet, jadi ini sahajalah menu sahur akak. Setakat ini, sahur dengan smoothie akak mampu bertahan sampai ke waktu berbuka. Kalau anak2 mungkin tak mampu bertahankan. Kita yang dah tua nie takkanlah tak bolehkan......kalau yang tak boleh tu kena psiko diri tu, psiko diri sendiri hihi..........


Nak buat pun senang jer, main campur2 apa yang teringin tapi biar kena dengan selera lah.......nie bahan2 yang akak letak......

BANANA BLUEBERRY SMOOTHIE

Bahan2
2 biji pisang emas 
3 biji kurma - akak rendam dengan air panas semalaman
1/2 cawan blueberry segar
1 cawan susu

Blend semua bahan, boleh minum terus.....kalau nak rasa sedap boleh tambah madu atau gula tapi kurma tu pun dah ok manisnya



yang ini tinggalkan sedikit untuk en suami yang tak bekerja. Kalau dia tak minum, tunggu akak balik ler rembat masa berbuka nanti







Ahad, 2 Julai 2017

CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES



Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat, kepada teman-teman sekelian walau di mana pun berada. Hari ni akak dah mula bekerja. Bagi yang masih lagi beraya sakan, selamat menjamu selera.......^___^......raya baru seminggukan mestilah masih hangat lagi suasana raya tu.......


 

Hari nie akak dah start kerja tapi ramai lagi member2 opis yang masih bercuti raya. Kerja pun dah siap sebelum raya, jadi hari nie akak datang kerja tolong kerja orang je la. Dalam erti kata lain ganggu orang buat kerja hihihi.......N3 akak hari sebenarnya nak post resepi Chocolate Chips And Almond Cookies. Resepi nie akak ambil dari blog Dayang. Untuk raya tahun nie, akak tak banyak buat biskut raya. Ini salah satu biskut yang akak buat. Biskut nie sedap tapi ada rasa manis sikit, mungkin lain kali akak kena kurangkan gula sedikit.......sikit jer kurangkan........Ni kira n3  tertunggak lah nie, nak post bulan puasa hari tu macam biasalah akak, kekangan waktu dan keletihan yang datang melanda....... 
 
  
Bagi penggemar biskut chipsmore, biskut nie memang sedap untuk di buat kudapan. Anak-anak pun pasti suka teramat sangat. Sebab utama yang buat dia rasa sedap, adanya badam dan coklat chips. Kalau makan memang tak ingat nak berhenti. Akak buat sedikit jer, bila dah diagih-agihkan........untuk tuan rumah dapatlah secoet jer. Bagi yang anak-anaknya penggemar biskut chipsmore, boleh buat banyak2. Baru boleh makan puas2............untuk resepi yang sedap nie, akak kongsikan di sini......
  


CHOCOLATE CHIPS AND ALMOND COOKIES


Bahan-bahan :

1 buku mentega (250 g) - dilembutkan

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula icing (next time boleh kurangkan sedikit gula)

2 cawan tepung naik sendiri 

1/3 cawan serbuk koko

1 cawan nestum (dikisar)

1/4 cawan serbuk badam

2 biji telur

1/2 sk emplex - optional

50 g almond nib - akak letak 100g

100g chocolate chips

2 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara : 

1. Satukan tepung, koko, emplex dan soda bikarbonat. Ayakkan bersama. Kemudian, gaul-gaulkan bersama nestum dan serbuk badam. Ketepikan.

2. Putar mentega bersama gula perang dan gula icing hingga berkrim. Kemudian masukkan telur satu persatu. Putar lagi hingga sebati. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

3. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 160-170C. Sediakan dulang yang beralaskan baking paper.

4. Masukkan campuran tepung ke dalam mentega tadi diikuti dengan badam dan cip coklat. Gaul-gaulkan hingga sebati.

5. Bentuk-bentukkan adunan tadi mengikut citarasa sendiri. 
6. Kemudian, susunkan di atas dulang pembakar. Bakarlah selama 20 minit atau sehingga masak.

7. Setelah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dlm bekas kedap udara.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






Ahad, 21 Mei 2017

OREN APPLE SMOOTHIE

Assalamualaikum
Selamat pagi!!!!! Mulakan pagi ini dengan senyuman dan juga ketenangan hati. Biasalah kan, nak mulakan kerja pada hari pertama bekerja memang lemaulah..........pagi-pagi kena ceria, baru mudah nak masuk rezeki orang kata. Buat macam akak nie, pagi-pagi pekena smoothie bulat mata yang memang dah bulat nie.....

Hari ini genap sudah 4 minggu akak berdiet. Timbang pagi tadi, masih lagi kekal penurunan berat akak 3kg jer. Harap-harap ini bukan penyudahnya tapi permulaannya yang baik. Nak buat betul-betul nie akak tunggu bulan puasa nanti la.........sekarang nie jamuan kat opis tiap-tiap minggu ada. Sempena nak menyambut bulan Ramadhan kan, jadi ramai yang nak buat doa selamat. Pagi nie pun ada juga........sekejap lagi baru nak mula. Nanti kalau tak makan tuan opis kecil hati pulakkan. Sementara tunggu dia orang siapkan juadah, akak nak update blog sekejap. Tugas akak dah selesai tadi, sebagai pemerhati hehehe..........
Diet akak baru nak bermulakan jadi oklah tu turun 3kg walaupun sedikit. Semoga semangat akak akan terus jitu. Godaan pada peringkat awal biasalah tu........godaan manja-manja kawan akak cakap hehehe........nasib rakan-rakan memahami dan menyokong. 

Pagi ini akak mulakan dengan smoothie. Akak pun tak tahu nak panggil smoothie ke jus. Akak memang tak tahu nak bezakan, sama kot entahlah.......smoothie kali ini akak letak sayur sikit. Akak tambah saderi dan timun. Saderi tu katanya bagus untuk orang yang banyak asid dalam badan. Akak ler tu.........Setiap tahun cek darah dengan doktor, setiap kali itulah urid asid akak naik tapi masih ok..........semua masih dalam keadaan baik Alhamdulillah cuma berat badan jer yang makin bertambah-tambah macam belon. Belon pun makin kecut tapi akak macam dipam-pam. Tahu-tahu je nanti naik........sabar je la. Tak pe, kata orang semangat jangan luntur...........cayok!!!!cayok!!!!

OREN APPLE SMOOTHIE

1/2 biji epal hijau
1 biji oren
5 inci batang saderi
2 sudu besar yogurt
1/2 timun jepun
Sedikit air

Blend ke semuanya sekata. Dah siap terus minum. Tak perlu tambah madu atau gula