Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 5 September 2016

PERSEDIAAN KE SEOUL KOREA PADA MUSIM LURUH

Assalamualaikum

Bersarang sudah blog nie, lama bebenor teman tak update. Sibuk mengalahkan menteri hehehe........Banyak sangat aktiviti yang dilakukan oleh institut, kawad kaki kebangsaan dan juga peringkat isntitut sempena bulan kemerdekaan dan macam-macam aktiviti lagi dah tak ingat nak sebut. Hari sabtu pulak selama sebulan nie terpaksa ada kelas ganti, pengajar pun dah rupa macam robot tengoknya hahaha........Aktiviti yang menanti pulak pada 2 bulan mendatang nie, Bengkel Smart Solat di Kem Asahan, Team Building di Pulau Redang, Lawatan EKSA di Kelantan, Bengkel untuk pelajar di Asahan dan aktiviti yang paling saya teruja ehem.....ehem........jalan-jalan ke Seoul Korea. Yang ini sendiri punya aktiviti kasi relaxxxx..........

Perjalanan ke Seoul Korea tak lama dah lagi, minggu depan jer selama 6H4M melalui Agensi As Syukran. Ramai kawan2 yang nak pergi tapi secara backpackers, murahkan tapi saya memang tak ler kan sebab masing-masing belum pernah sampai ke Korea lagi. Macam saya memang haru ler silap2 makan tahun ler nak menunggu tak merasa pulak nanti nak ke Korea. Ada rezeki lagi nanti boleh secara backpackers.

Oklah, terus ke n3 kita ye. Memandangkan saya pergi pada masa baru musim luruh, jadi cuaca tak berapa sejuk sangat. Lebih kurang dalam 20-29, boleh tengok kat sini.  Jadi baju sejuk saya bawa yang biasa2 sahaja. Kalau sejuk baru shopping kat sana murah sikit katanya, rembat winter coat barang satu dua nanti.  Saya bawa cuma sarung tangan stokin dan juga stokin untuk tidur malam.
Saya pun beli Heat Pack untuk body dan juga tangan. Untuk tangan tu boleh guna masa jalan2 nanti kalau sejuk, yang body tu boleh lekat kat baju dan guna masa zzzzzzzz.........Kalau nak beli, beli kat Daiso murah sikit.
Yang ini untuk keperluan di dalam bilik air. Tisu belakang tu tisu basah yang baby guna tu, sajer jer bawa sebagai persediaan takut2 tak cukup air pulak nanti nak cuci hehehe.....boleh catu2 kan, nanti nak solat tak adalah was-was dah suci ke belum.

Ini sedikit makanan yang saya bawa sekadar mengalas perut kalau2 tak selera nak makan nanti, walaupun tekak saya nie spesis tolak batu denga kayu jer........kalau batu dengan kayu boleh makan pun dah lama saya bedal hihihi........Vitamin jangan lupa bawa. Saya bawa cuma antioksidan dengan vitamin C jer, yang lain2 tinggal nanti berat.

Untuk pelembab kulit dan bibir, saya bawa 3 benda nie jer. Yang baby oil dengan vaselin tu free, buy 1 free 1 .......jimat sikit. Yang lip bam nie tak pernah guna, harap2 sesuai dengan lip sebab bibir saya sensitif sikit nanti takut pecah2, tu yang bawa sampai 3 cuma lip bam tu je bawa bila jalan2 nanti ringan.
Ini pulak ubat-ubatan yang saya bawa. Ada lagi yang saya tak post kat sini, krim mustajab untuk buang angin. Al maklum ler saya nie badan penuh angin, berjaga2 je.......satu lagi panadol, belum beli lagi sebab saya nie jarang nak telan panadol kalau sakit cuma stand by je kot2 perubahan cuaca nanti badan tak boleh nak terima.
Plug penting jangan lupa. Plug saya nie dah lama beli dulu2, nak beli baru sayang pulak. Guna jer yang sedia ada cuma extension wayar jer baru beli. Cantik tak warna jingga, menawan......

Keperluan2 yang lain tu macam tukaran wang, passport , kasut sarung,  towel, beg galas, kamera, baju, legging, keperluan peribadi muka dan segala tok nenek jangan lupa bawa. Baju saya tak bawa banyak sebab nanti nak beli kat sana. Sepentot pun beli yang pakai buang senang........Ok dah ini sahaja kot yang perlu di bawa. kalau ada yang tak cukup beli jer kat sana, ramai yang cakap barang2 kat sana boleh dapat harga yang lagi murah. Tengok jer la macam mana, yang penting.......

enjoyyyy........adiosssss

"Annyeonghi kaseyo"
Selamat Jalan

 





Selasa, 31 Mei 2016

KEK KEJU LAPISAN COKLAT

Assalamualaikum
Selamat malam semua
Dah agak lama saya tak buat kek. Memang saya stop sekejap untuk baking membaking nie. Kali ini saya buat Kek Keju Lapisan Coklat. Saya buat kek nie sempena Ulangtahun Perkahwinan saya yang ke 12. Ulangtahun hari ahad hari tu tapi baru semalam membuatnya sebab secara kebetulan hari nie kat pejabat ada buat bacaan yassin sempena menyambut Ramadhan yang akan datang. Memang rezeki kawan2 kat opis. Yang tak dapat nak rasa tu minta maaf banyak2 sebab kek pun tak buat banyak.......seketul je kan. Kalau ada rezeki dan kelapangan, nanti saya buat lagi. 

Resepi kek nie dalam buku Variasi Hidangan Keju oleh Chef Noraini Zakaria. Saya selalu buat kek ikut resepi dalam blog kawan2 tapi baru nie first time saya buat ikut buku. Buku pun dah lama beli masa jualan lelong murah2 kat MITC. Tengok kek pun macam sedap jer, tu yang terus nak cuba. Senang pun senang, nak membuatnya........mana kawan2 yang dapat rasa, semua cakap sedap, ok la tu.......yang penting dia orang suka. Deko tu abaikan sahaja, bukan saya pandai pun nak buat. Untuk syok sendiri boleh ler hehehe.......

KEK KEJU LAPISAN COKLAT
Rujukan: Buku Variasi Hidangan Keju

Bahan:
1 biji kek span coklat 9 inci - saya guna kek span vanila

Bahan inti keju:
250 gm cream cheese
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - dicairkan secara double boiler
250 gm krim putar
50 ml air
15 gm gelatin halal - dicairkan secara double boiler

Cara2:
1. Inti Keju : Krim putar di pukul hingga kembang dan gebu. Simpan dalam peti sejuk.
2. Coklat masakan dicairkan dan biarkan ia menjadi suam. 
3. Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim.
4. Masukkan krim putar dan coklat masakan. Pukul sebati adunan tersebut. (Saya letak sedikit coklat yang diparut kasar)
5. Setelah gelatin cair menjadi sejuk, tuangkan ke dalam adunan keju tadi. Pukul kelajuan perlahan hingga sebati.
6. Potong kek kepada 2 bahagian.
7. Letakkan satu lapisan kek coklat pada dasar tin springform bulat berukuran 8 inci. 
8. Tuangkan adunan keju dan tutup dengan lapisan kek kedua.Kek saya, saya salut dengan krim putar

Tip buku*
Masukkan dalam peti sejuk 3 jam hingga keras. Hiaskan mengikut cita rasa anda.


Abaikan deko saya tu, saya budak baru belajar jadi jangan kutuk saya hihihi.......memang gubra nak pegang nozzle, tangan tak pernahnya nak statik melainkan kena elektrikstatik sentiasa. Untuk diri sendiri lepas ler......itu pun suami saya dah cukup bangga hahaha........jaga hati sesangat......thank you sayang, Selamat Ulangtahun buat kita berdua.......





Sabtu, 28 Mei 2016

DAGING RUSA MASAK KICAP

Assalamualaikum

Selamat malam. Makan malam kali nie daging rusa lagi........betullah orang cakap, kalau dah sekali kena mesti nak kena lagi. Sebelum berpuasa nie, makan puas2 apa yang teringin di makan. Bulan puasa nanti dah tentu tak masak punya sebab masa bulan puasa saya memang tak berapa nak makan. Jadi apa yang ada dalam peti ais kena clearkan segera. Tinggalkan apa2 yang patut jer. Masa bulan puasa tak boleh ada stok ikan atau daging dalam peti, silap2 nanti sampai raya pun tak masak2 lagi.
Daging rusa nie saya masak kicap jer. Masak simple2 nie memang laju jer habisnya. Silap2 boleh makan macam tu jer tapi daging rusa nie tak boleh nak gatah jer macam daging biasa sebab dia ada bau sikit. Macam makan daging kambing juga lah, ada masanya ada bau sikit2. 

Daging rusa nie suami beli kat kawan sepejabat dia. Harga dalam rm35, lebih kurang dalam 700gm. Kalau nak beli kat Melaka, kami tak tahu nak beli kat mana. Kalau kami teringin nak makan, kami makan jer dekat Serama Park Durian Tunggal.  

DAGING RUSA MASAK KICAP

daging rusa - hiris nipis
halia
sos tiram

Perap daging rusa bersama halia, serbuk lada hitam dan sos tiram. Perap dalam 1 jam.
Tambah sedikit air dan masak sebentar daging hingga air kering atau sehingga daging empuk.

bawang putih*
halia*
bawang merah* - * tumbuk halus
bawang besar - hiris
cili api

sos cili
kicap pekat
kicap manis
air asam

Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. 
Masuk daging , cili api dan bawang hiris, kacau sebati.
Masuk sos cili dan kedua2 kicap. Kacau rata
Masuk air asam dan angkat.