Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 23 Ogos 2013

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum.......



Cornflakes Madu!!!!!! Best ke?.......memang best sangat2, tiap2 tahun tak jemu2 membuatnya. Walaupun nak buat tu senang banget tapi nak menyusun dalam cup tu........ya Allah!!!!!! perlukan kesabaran yang tinggi. Sakit pinggang woooooooo!!!!!!............Kalau ikutkan hati memang malas nak buat tapi mengenangkan permintaan anak buah, buatkan jugak ler dengan muncung yang panjang hahahaha.........

Kalau buat biasanya mesti dalam 1 kg cornflakes tapi masih gak tak cukup untuk diagih2kan. Last2 tuan rumah cuma dapat makan 10 cup je.........tu pun sebab takut nanti kempunan tak merasa huhuhu..........Masa akan datang dia orang kalau nak, ingat nak bagi resepi jer bio depa semua buat sendiri hehehe........masing2 dah besau kan jadi mak sedaranye dah tak payah susah2 dah. Dah boleh order dengan dia orang pulak . 

Ok lah! lepas nie nak pergi rumah terbuka kat tempat kerja, siapa nak buat boleh tengok resepi nie.......senang jer!!!!!


CORNFLAKES MADU
oleh : Yatie

Bahan A 
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B 
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang panggang/gajus
1 cawan coklat chip

Hiasan 
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara-Cara 
Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau. Nak letak bahan2 yang diminati pun boleh.....
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170'C selama 8-10 minit.

Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


4 ulasan:

  1. mmg sedap..anak2 sy suka mkn nie...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu Asyifa, mmg sedap sgt.....budak2 mkn mcm makan nasi hehehe.....

      Padam
  2. Ank sedara kt kuala pun nk oder ni. Bila boley dpt?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bkn anak sedara yg dok kt kuala tu pandai buat biskut ke hahaha......boleh jer oder terus kat dia.......

      Padam