Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 24 September 2012

KEMALANGAN MAUT MITC MELAKA......10 KENDERAAN!!!!!

Assalamualaikum.........


Selamat malam semua. Hari nie saya nak bercerita tentang kemalangan maut yang berlaku pada petang tadi di lampu isyarat di MITC Ayer Keroh iaitu dibelakang Mydin MITC Melaka. Kejadian mungkin berlaku ketika orang ramai baru pulang dari tempat kerja.

Pada mulanya saya terima berita kemalangan bila dengar berita ringkas dari radio Sinar, masa tu saya berada di Jasin. Tak lama lepas tu bertembung dengan ambulan JPA3. Bila dengar berita tu macam kemalangan biasa je, rupa2nya melibatkan banyak kenderaan. 


Bila sampai di lampu isyarat menuju ke Seri Negeri, traffic dah slow. Saya fikir tentu belum habis lagi peralihan kemalangan tu, tapi bila dah hampir 40 minit masih lagi bergerak perlahan walaupun jarak lebih kurang cuma 500 meter sahaja. Terfikir pulak dalam hati saya, teruk sangat ke kemalangan nie.


Bila tengok kereta parking kat tepi.....wah!!!! orang tengah jammed dia boleh pulak parking kat tepi. Masa nie memang bengang juga dengan orang2 yang berhenti nie. 


Tapi bila nampak kat sebelah kanan...ehhh!!! Makin ramai pulak yang berhenti nak tengok, baru saya tertanya2 mungkin kemalangan yang berlaku tu agak teruk. Kalau tidak kenapa ramai yang berhenti kat tepi .


Cuba tengok begitu banyak kereta yang berada di kawasan kemalangan. Dari 3 lorong terus menjadi 1 lorong. Patutlah jammed teruk kat sini. Sabar je la ye......


Nampak tak kren tu, perghhhh!!!!! saya bila nampak kren tu dah terkedu, alamak nie mesti kemalangan teruk nie, kalau tak kenapa sampai nak guna kren.


Ini gambaran dari tengah2 traffic light, memang penuh kereta macam ada VVIP yang datang, sama jammed masa jom heboh di MITC. Bila saya tengok orang punyalah ramai, saya pun nak juga tahu apa cerita nya yang sebenar. Jadi saya terus bawa kereta dan parking di kawasan Mydin. Ingatkan saya jer yang nak tengok, rupa2nya ramai juga yang pergi kat parking Mydin tu.....


Ini gambar dari jauh...takut nak ke depan sebab ramai sangat orang. Masa nie polis sedang angkat mayat pemandu lori. Masa tu barulah saya tahu rupa2nya kemalangan melibatkan 3 lori, 3 kereta, 4 motor dan 4 orang pejalan kaki. Ya Allah!!! banyak juga yang terlibat rupanya, patutlah ramai yang berhenti nak tengok.  


Inilah kren yang digunakan untuk bantuan mengalihkan kenderaan. Masa nie kereta dan motor yang terlibat telah dialihkan, cuma menunggu masa untuk mengalihkan 3 lori sajer lagi . Saya tidak pasti berapa yang meninggal kerana menurut cerita orang di situ 4 orang yang meninggal tapi tak tahu lah cerita yang sebenar, tunggu je la kat berita nanti .


Proses untuk mengalihkan lori ke tepi jalan. Tak berani nak ke depan lagi sebab takut nanti abang polis marah.........Pemandu lori merah meninggal dunia . Ada juga yang kritikal dan telah dihantar ke Hospital Besar Melaka. Macam mana lah agaknya nasib motor yang terperosok bawah lori tu. 





2 ulasan:

  1. Salam kenalan..
    masya Allah teruknya kemalangan tu.. huhuhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg teruk pun zura, takut dengar citer blm tgk lg....nasib masa dtg tu mayat dh dibawa ke hospital....

      Padam