Salam tengahari. Selamat bercuti buat semua warga Malaysia. Salam Hari Malaysia.
Apa aktiviti hari nie? Dah 2 hari bercuti dan dah puas merayau2 so hari nie nak balik rumah mak nak luruskan badan sambil sembang2 dengan mak. Semenjak balik dari Perak hari tu belum balik lagi rumah mak mesti dia nak tahu pasal Arwah Abang Di . Almaklumlah di saat akhir Syawal nie banyak pulak terima jemputan Rumah Terbuka jauh nunnnn di Shah Alam.
Sebagai buah tangan untuk mak, saya buat kek mentega....siap dengan deco sekali. Deco yang pertama saya buat dengan merujuk Buku Panduan Asas Menghias Kek oleh Zati D'Hati. Bila kawan2 kat Blog/FB bagi cadangan supaya beli buku nie, saya apalagi pergi cari la. Bila tengok buku tu memang best, banyak yang boleh dipelajari bagi orang macam saya yang memang tak pandai dan tiada asas mendeco.
KEK MENTEGA
Sumber: Buku Panduan Asas Menghias Kek
Bahan2 :
250 gm mentega
200 gm gula kastor
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
4 biji telur
4 sudu besar susu cair
1 1/2 sudu tek esen vanila
Cara2:
1. Pukul mentega dan gula hingga benar2 ringan.
2. Masuk telur sebiji demi sebiji.
3. Kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu cair, dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung. Guna senduk kayu atau scrapper adalah lebih baik untuk mengacau adunan ini.
5. Tuang ke dalam loyang yang telah dilenser dan dialas kertas. Goyangkan.
6. Letak loyang adunan di atas rak tengah ketuhar dan bakar pada suhu 160C selama 45 minit atau sehingga masak.
400 gm krimwell
100 gm mentega
200 gm gula icing - boleh tambah lagi jika suka manis
1 sudu teh esen vanila
- Pukul krimwell, mentega hingga sebati. Masukkan gula icing dan pukul lagi hingga krim betul2 licin (bila sentuh tidak terasa kesat gula). Masukkan esen vanila dan pukul sebati. Sudah boleh digunakan.
tepi kek masih tidak kemas lagi, krim mentega nie macam lembik sikit mungkin sebab butter tu dah lembik kot atau terlebih butter......terlentok je semua daun2 tu
bunga pun tak berapa menjadi dan tak tersusun elok sebab tak tau nak dimulakan dari mana, tepi dulu ke tengah dulu....tu yang ada lompong sikit......
jemput tengok ye kawan2 yang sudi tengok tu....
Ada siapa2 yang teringin ke? kalo nak sila buat sendiri ye, yang ini untuk mak saya sahaja....lalalala
Tiada ulasan:
Catat Ulasan