Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Selasa, 8 Mac 2016

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

Assalamualaikum
Alhamdulillah.........Syukur diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan masih diberi kesempatan untuk bern3 di sini walaupun dah lama bersarang tanpa sebarang post. Setakat ini tak ada apa yang nak dikongsikan, terlalu banyak kerja yang perlu diuruskan. Balik2 rumah jer pun dah hampir ke senja, badan pun dah terkulai........penatttt.....memang dah tak larat nak mengadap pc. Cuma berkesempatan hari jumaat sahaja sebab tak ada orang yang nak dok kacaukan tapi waktu itu ler kita nak bersenang lenangkan......window shopping.......^__^

N3 kali ini saya nak kongsi resepi Chocolate Brownies 'Kedut'. Brownies nie dah lama diviralkan, dari tahun lepas lagi tapi baru2 nie jer saya berkesempatan nak menggodeh, nak merealisasikan kesedapan yang digembar gemburkan......tak apalah walaupun keciciran tapi yang penting puas hati, memang sodap.........nak membuatnya pun senang sangat. Bagi yang rasa2 macam was2 nak buat, don't be kuatir........sekali buat gerenti jadi......pasti........

Resepi ni saya ambil dari blog sis shuhairi, Juicy Cafe . Memang sedap resepi nie, masa makan pun rasa macam chewy sikit2 mungkin sebab kandungan gulanya banyak. Bagi yang tak suka manis tu boleh kurangkan gula tapi mungkin nanti tak jadi ler kedutnya hehehe..........

Ada juga yang bertanya saya, kenapa dia buat tak jadi kedut. Saya memang tak mahir jadi saya rujuk pada sis kita tu. Dia cakap, masa pukul telur dan gula cukup sekadar sebati sahaja jangan sampai gebusss........itu ler sebabnya, jelaskan.......Yang saya tahu memang kalau buat brownies cukup sekadar sebati sahaja bahan2nya. Kalau pukul sampai gebu, jadi kek lerkan jawabnya......itu yang saya difahamkan lah......:)
 Bagi penggemar brownies boleh cuba resepi nie........saat2 kecemasan pun sempat lagi nak buat hehehe.......

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'
Resepi : Cik Cek
Sumber : Juicy Cafe

Bahan2:
400 gm coklat kompound - potong kasar
150 gm mentega
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur
1 sk esen vanila
100 gm tepung naik sendiri*
30 gm serbuk koko* - *disatukan dan ayak

Cara-caranya:
1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga ke semua adunan rata dan sebati.
4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C, bakar selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

Nota :-
* Jika mahu buat separuh adunan, guna loyang bersaiz 8 x 8 inci.
* Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sk serbuk penaik
* Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
* Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.
 Bagi penggemar brownies, jangan tunggu2 lagi. Memang memuaskan hati......nak makan dengan coklat ganache ataupun aiskrim pun sodap......ini buatan saya kali ketiga dalam masa satu minggu, banyak permintaan hehehe......
 Jemput makan ye kawan2, anak2 semua........untuk adik2 ipar duai sila buat ye, resepi kat atas tu.......^__^








2 ulasan:

  1. Balasan
    1. memang sedap Ros, baik buat cepat2.....saya dah terlepas keinginan
      boleh ajak eina buat sama2...

      Padam