Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 25 April 2014

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE

Assalamualaikum

Salam Jumaat semua.......
Dah lama tak online. Banyak juga n3 yang tertangguh. Terlalu banyak kekangan waktu, terkejar2 setiap hari......wah!!!!!!! bunyi macam bagus jer kan hihihi, tapi tu lah memang sekarang nie dah busy sangat. Semenjak berpindah kerja ke unit lain jadi kelapangan masa yang ada terlalu terhad. Kalau sebelum nie boleh juga nak merayap2 ke blog kawan2 bila free, nak tengok fb nak komen pun ada masa tapi sekarang dok jeling2 jer sampai member sebelah pun dok juling tengok kita hahaha

Lebih2 lagi sekarang budak2 nak final exam.....dengan budak Kolej Vokasional sem 2 nak periksa, sem 1 lagi......lepas tu nak siapkan pulak budak2 ILP final exam amali hujung bulan 5 nie sampai hujung bulan 6 untuk teori. Banyak persediaan nak kena uruskan. Petang2 pulak nak training bola jaring, bola tampar, badminton  dengan ping pong nya bagai. Macam2 sampai rasa macam tak cukup oksigen jer........Nasib ada kawan2 dan bos yang begitu prihatin, ringan sikit beban kepala nie. Nak study untuk ambil perika sendiri pun tak buat lagi (untuk naik pangkat ler hehehe)......Nampak gayanya macam tunda jer ler peksa saya tu jawapnya. Nasib2..........


Ok lah, berbalik pada n3 saya. Hari nie n3 saya Cotton Soft Japanese Cheesecake. Dah lama saya simpan resepi nie, baru kali ini dapat buat, maklum ler hari nie cuti bekerja negeri Johor. Resepi nie saya selongkar di dapur Anna Qawina. Bila tengok kek Anna gebu jer geram nengoknya. Untuk kek nie disertakan dengan Topping Blueberry.....memang terangkat. Bila makan kek sahaja rasa muak tapi bila letak topping perghhhhhh!!!!! makan tak ingat.......lari diet gue..........

Kalau nakkan resepinya boleh tengok di bawah ye......Selamat Mencuba!


COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE
Sumber : Anna Qawina

Bahan2

Bahan A
250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
6 biji kuning telur
1sb jus lemon - saya guna esen vanila
1/4 sk garam
60 gm tepung kek
20 gm tepung jagung

Bahan B
140 gm gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sk jus lemon - ganti dengan 1st cream of tartar

Cara2:
Step 1 (Untuk adunan A)
1. Cairkan creamcheese, butter dan susu dengan cara teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan.
2. Kemudian campurkan tepung kek, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan creamcheese dan gaul hingga sebati (guna senduk sahaja).

Step 2 (Untuk adunan B)
1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon sampai berbuih2. 
2. Selepas itu, tambahkan gula dan pukul lagi hingga bertanduk (soft peak)

Step3
1. Campurkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B yang dah gebu tu dan kacau sebati.
2. Sediakan loyang berukuran 8 inci, yang telah digris dan disalut dengan kertas baking.
3. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar kira2 1 jam dengan cara bain marie pada suhu 160C.

note**
Dah masak, biarkan kek dalam loyang dalam oven dan bukakan sedikit pintu oven lebih kurang 1 jam


TOPPING BLUBERRY

1 st serbuk agar2/ gelatin
30 ml air
150 gm Blueberry pie filling (yang ada buah ketul2 tu)

Cara2 :
Campurkan gelatin dengan air.
Panaskan sebentar dan campurkan blueberry.
Sapukan ke atas cheesecake dan sejukkan sebentar.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan