Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Rabu, 6 November 2013

10 MAKANAN PERLU DIELAKKAN KETIKA DIET

Assalamualaikum

10 makanan yang perlu anda elakkan ketika anda ingin ber'diet'. Ade berannnn!!!!!!! Sanggup ke nak melupakan 10 makanan? apatah lagi jika ia sudah menjadi kebiasaan anda hari2. Kata orang benda yang dah sebati dalam diri memang susuah. Payah tu memang lah payah tapi untuk kebaikan apa salahnya kan. Yang penting kita sihat dan hidup dengan ceria disamping keluarga tercinta. 

Kalau nak berdiet nie bagi saya tak lah susah mana pun cuma kena kuatkan hati dan semangat je. Kita kena fikirkan perkara2 yang positif untuk diri kita sendiri terutamanya. Saya nie pun bukanlah kategori orang yang kuat makan terutama dalam pengambilan makanan ruji seharian kita. Saya jarang makan nasi tetapi mesti tetap makan gak, tekak orang Malaysia katakan. Saya lagi suka makan makanan yang simple dan yang pasti mesti mengenyangkan dan sedap. Kalau nak masak tu renyah sikit jadi saya kureng bab2 tu. Kalau masak pun untuk suami sahaja, dia pun suka yang masak simple2.


Saya baru buat pemeriksaan darah dan keputusannya, Alhamdulillah semuanya amat memuaskan cuma urid acid agak tinggi sedikit tapi masih dalam tahap yang memuaskan cuma kena jaga2 jangan bagi dia up lagi hihihihi........usia dah semakin meningkat nie nak kena jaga gak walaupun sihat tapi dalaman kita tak tahu. Kalau ikut selera memang semua benda kita nak bedal, macam saya nie kalau nasi memang saya berkira sikit nak makan tapi kalau letak kek depan mata hari2 pun saya sanggup bedal........rasa macam kedekut jer nak bagi kat orang hahaha.........


Masa doktor bagi result tu memang saya tak rasa apa2 semua macam ok jer, sebab kalau keputusan tak bagus mesti doktor dah call awal2 bagitahu kan. Kena fikir positif sikit huhuhu........walaupun keputusan baik, doktor tetap bagi amalan diet yang patut saya amalkan untuk mengelakkan kolesterol katanya, antaranya :


1. Perlu mengambil makanan mengikut jadual yang tetap iaitu 5 kali sehari iaitu sarapan, pukul 10am, tengahari, minum petang dan malam. Kuantiti tu kena agak2 ye.......
2. Bagi mengelak kolesterol pulak : untuk elak gout bagi lelaki pun ok 
- ambil daging seminggu sekali sebesar kotak mancis sahaja.
- ambil ayam bahagian peha tanpa kulit sekali seminggu.
- ambil udang pengantin 1 ekor, sotong 1 ekor sebesar ibu jari, kerang 5 ketul, 1 ekor ketam.
- ikan yang berisi putih ye macam ikan siakap, jenahak, bawal putih, tenggiri.........dan elakkan ikan cencaru .........ikan mahal2 semua tu hihihihi
- kurangkan makan sayur kobis, asparagus, brokoli dan carrot

Kalau mengikut diet yang disarankan oleh Kevin pulak amat mudah tapi memang agak berat sebab benda2 tu memang makanan harian kita kan tapi macam yang saya cakap tadi demi untuk kebaikan kita, kena kuatkan hati memang boleh. Kita cuba amalkannya ikut peringkat2 mesti boleh. Kalau buat sekaligus, itu yang buat kita tertekan dan akan menjadi malas dan memberontak. Nafsu nie kita sendiri yang kawal, fikirkan selalu benda2 yang mendatangkan kebaikan memang boleh, InsyaAllah........cayok2!!!!!!!! mari kita sama2 amalkannya :


1. Minuman Bergas - mengandungi kafein yang sangat tinggi. Antara minuman yang sangat tinggi kandungan gulanya, jadi yang dah ada kencing manis tu elak2 la ye, yang tak de pun kena kurang2kan.
2. Minuman Kedai Kopi -  Minum kopi memang minuman kegemaran Nabi tapi maksud Kelvin nie minuman yang disediakan di kedai kopi hihihihi.........jangan salah faham ye......maksudnya samada kopi o @ kopi susu rendah kalori, kebanyakan kedai kopi mengandungi creamer, gula dan penambah perisa yang lain. kalau nak, order yang kosong @ tambah sedikit susu, gula atau creamer mengikut keperluan sendiri.


3. Produk Kaya Tepung - elakkan roti putih @ roti yang telah diperkaya yang menunjukkan tepung tersebut telah di'bleached' dan kehilangan khasiat. Sebaiknya makan roti penuh gandum dan pasta.
4. Roti, Kek DLL - Roti keju yang besar dan muffin bersaiz penumbuk bukan diet pilihan yang baik. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula, lemak tepu yang tinggi. 


5. Makanan/Minuman Pek Segera (instant) - Makanan segera ini kebanyakannya mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi. Ini menyukarkan untuk kita mengawal kandungan gula, garam dan creamer ke dalam badan. Pengambilannya boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangkamasa yang panjang. 
6. Makanan Dalam Tin - Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin sangat berguna ketika kecemasan @ darurat tetapi jangan jadikan sebagai makanan harian anda.
7. Makanan Bergoreng -  mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoren menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu. Oleh itu kurangkan pengambilan makanan bergoreng. 


8. Makanan Segera - Burger @ french fries, memang sedap tapi anda perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan makanan segera di goreng di dalam minyak dan jarang2 mempunyai vitamin & mineral yang diperlukan. Boleh ambil, hadkan kepada 1-2 kali dalam sebulan.
9. Snek Buah - Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan, snek seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses seperti ini.



6 ulasan:

  1. Adoii...semnggu skali msti nak mkn kek kak...nak mkn yg mnis2...bila mkn...x ingt dunia pla tu...huhuhu...mmg kena kuatkan azam nih...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau x pe asyifa mustaffa, akak pn tahan nafsu je nie.......tapi kalo semggu sekali tu akak rasa ok lagi kot hihihi

      Padam
  2. mmg kne kuat azam nih.... dmi kshtn...tq kak atas prkongsian...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg kena kuat semangat gak, kena sabar dengan rezeki yg dtg depan mata hehehehe.....

      Padam
  3. Berat sya 60 ,tinggi sy plak 168. sy msih tak tahu adkah sy ni dlm kategori gemok. tp sy nk jgk diet. mcm2 dh sy buat.mgkin dgn cra elakkn mknan ni brguna kot.hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalo tgk dr cerita, badan dh ok tu x gemok rasanya cuma kita ni kena jaga kolesterol, badan kita kurus tetap gak nk kena jaga......:)

      Padam