Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 23 Mac 2015

ULANGTAHUN KELAHIRAN MAK DI BANGLO A FAMOSA

Assalamualaikum

BBQ, di Banglo A FAMOSA sempena menyambut kelahiran mak yang ke 70 tahun. Semua adik beradik dapat berkumpul ramai2, memang seronok tak terkata. Kebetulan hari lahir mak jatuh pada minggu cuti sekolah, kami semua sambut julung2 kalinya di luar kawasan jauh sikit walaupun tak ada lah jauh mana. Semoga mak gembira dengan sambutan kali ini. Anak2 cucu2 semua turut tumpang gembira. Moga mak dilimpahi dengan kasih sayang, dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik. Kami Semua Sayang Mak/Nenek......

Selepas check in, semua anak2 terus berendam. Ibu2 bapak2 bersiap sedia untuk acara malamnya. Kami sembahyang maghrib dan isya' berjemaah. Selepas maghrib kami baca yassin dan buat tahlil sementara menunggu isya' . Selepas itu acara kemuncaknya, kami beramai2 mengucapkan tahniah dan tanda syukur buat mak sempena Hari Lahir mak yang ke 70 tahun. Antara aktiviti malam tu selain BBQ, kami juga adakan acara deklamasikan sajak dari cucu2 mak setiap wakil keluarga dan dari anak2 mak. Kemudian disusuli dengan pemberian hadiah. Seronok cucu2 semua bagi hadiah kat nenek. 


Dimulai majlis dengan sembahyang berjemaah, diikuti bacaan yassin dan tahlil. Seterusnya ucapan panjang umur dan potong kek. Suka mak dapat main suap2 sampai lunyai kek tu dikerjakan hehehe.......


Acara deklamasikan sajak oleh cucu2 dan anak2 mak, macam2 gaya, kelakar..........


Ucapan Selamat hari Lahir buat mak / nenek dan juga pemberian hadiah sebagai tanda ingatan dan kasih sayang tidak berbelah bahagi. Semoga mak dipanjang usia AMINNNNN


Kemuncaknya, makannnnnn......semua dah kelaparan, tak toleh dah, ngap ngap.........









2 ulasan:

  1. Bertuahnya bahagia hati Ibu ada anak-anak dan cucu-cucu menyambut berkumpul special untuknya.

    BalasPadam
  2. sekali sekala Tukang kebun sekadar berkongsi kegembiraan bersama keluarga....yg penting mak happy

    BalasPadam