Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Isnin, 23 Mac 2015

BBQ DI BANGLO A FAMOSA, BIRTHDAY MAK....

Assalamualaikum

Ini kisah kedua Majlis Hari Lahir mak. Di waktu pagi, sebelum bersarapan yang berat2, kami buat aktiviti senamrobik buat anak dan juga ibu2 bapak2 yang teringin nak keluarkan peluh. Yang tak nak join tu, dok makan ler.......Seronok tengok anak2 kecik bergelek2, main hentam semuanya janji bergelek. Tak ada gambar pulak untuk senaman, kalau tidak boleh dijadikan kenangan. Selepas senamrobik, acara Treasure Hunt pulak antara anak2 boys dan girls. Semua main ngelat, nak menang ler katakan.........apa2 pun yang penting anak2 seronok termasuk mak2nya hehehe........


 Acara di pagi hari, senamrobik dan Treasure Hunt. Kelam kabut anak2 nak buat Treasure Hunt sampai nak pergi ke banglo sebelah nak cari barang, sabar je la.........semua nak menangkan. Last2 untuk Treasure Hunt, keputusan seri. Terpaksa ditentukan melalui acara rebut kerusi. Akhirnya, acara pagi dimenagi oleh team boys. Seronok tengok muka masing2. Banyak aktiviti yang nak dibuat tapi tak kesampaian sebab anak2 dah tak sabar nak mandi. Lepas dah selesai game baru anak2 bersarapan. Itupun makan sikit sebab dah tak sabar masing nak terjun. 


Acara mandi manda.........acara yang paling anak2 suka. Sukan air dibatalkan jadi dia orang buat acara sukan sendiri kat dalam air, main baling2 bola.......sabar je la, janji dia orang happy sebelum balik............

 

Semoga kita dapat berkumpul begini semuanya di masa2 akan datang










2 ulasan:

  1. bestnya sekali sekala dapat kumpul macam ni...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang best sangat asyifa mustaffa, kalau selalu tentu lg best

      Padam