Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Sabtu, 23 Mei 2015

DRAGON FRUIT SODA

Assalamualaikum



Dragon Fruit Soda, giler sedappppp!!!! segarrr!!!!!. Minum memang tak hingat, sampai 2 gelas saya minum. Memang sedap, sampai terus tak ada selera nak makan sebab dah kenyang minum air. Kena pulak tengah musim panas sekarang nie, cukup lega....arghhhhhh!!!! dah tak tau nak cakap apa. Nak tau, kena cuba buat sendiri..........


Jumaat, 22 Mei 2015

KASWI GULA MERAH

Assalamualaikum


Salam Jumaat buat semua. Dah makan tengahari hari nie? Saya tak masak makan tengahari, cuma buat kuih kaswi jer........Kaswi Gula Merah resepi dari Sabrina Khan. Resepi nie saya buat separuh jer......untuk saya. Sedap sangat resepi ni sebab guna gula merah, tu yang ummphh......sebenarnya sebab ada kelapa tu yang saya suka hihiihi........ Apa2 resepi pun pada saya sama sahaja cuma kita kena mencuba apa juga resepi yang diolah oleh kawan2 kita. 

Bagi saya, rasanya tetap sama cuma kekenyalannya sahaja yang mungkin berbeza ataupun penggunaan gula merah buatkan rasanya lebih lemak manis gitu...... Ikut citarasa masing2. Kalau saya tolak batu dengan kayu jer tapi kalau batu dengan kayu boleh makan memang saya dah bedal dah hahaha.........


KASWI GULA MERAH

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
450 ml air
2 cawan gula merah
2 cawan gula putih
2 sudu besar air kapur

Larutkan gula bersama 50 ml air
Tapis dan campur dengan bahan2 lain
Tapis adunan dan kukus 45 minit. Pastikan air kukusan panas
Makan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.


SELAMAT MENCUBA




Jumaat, 15 Mei 2015

PULUT MANGGA

Assalamualaikum

Pulut Mangga!!!!! huhuhu.......baru hari nie dapat makan. Dari sebelum pergi Kota Bahru lagi hari tu nak makan tak dapat2. Bila tanya jer dah habis, yang ada cuma pulut durian. Pulut Durian dah jemu, nak mangga jugak. Kadang2 terasa orang kedai nie semua tipu. Letak menu ada pulut mangga tapi sebenarnya tak ada menu tu hehehe........bersangka baik ye.......
 

Disebabkan dah berbulan2 nak rasa, tak boleh tahan saya buat juga hari nie. Memang tak boleh nak makan sangat pulut2 nie, nanti angin kus2 sampai......:(

Bila dah makan, memang tak ingat boleh menambah lagi tu sebab mangga tengah banyakkan. Harap2 tidak mereng kepala nanti. Setakat nie masih ok lagi, harap2 tak terjadi apa2. Saya memang tak boleh makan benda berangin2 nie nanti kepala pinin, tak pun perut memulas. Kalau dah banyak sangat angin nanti, satu badan sakit......dia cucuk tang sana dia cucuk tang sini, memang tak boleh tahan. Moga2 Allah permudahkan.....Aminnnnnn


Ini pulak air mut2 yang pernah saya nyatakan dulu. Sesedap rasa air Zappel......kalau letak ais mesti sedap tapi saya minum macam tu jer. Letakkan pudina sedikit bagi aroma. 









Selasa, 12 Mei 2015

SARDIN ROLL CHEESE

Assalamualaikum


Selamat berbuka puasa kepada yang berpuasa sunat hari ini di bulan Rejab. Apa menu berbuka malam nie? Saya berbuka main order je yer hihihi..........dah tak larat nak masak, kepenatan jaga budak2 exam. Nak angkat kepala pun dah berat. Cuma lepas berbuka tu, tiba2 teringin pulak nak makan Sardin Roll. Saje jer nak perhabiskan roti yang ada. Suami pun suka makan roti sardin. Selalu saya buat salut dengan tepung, kali nie salut dengan telur jer, malasssss......


Sardin Roll saya kali nie ada penambahan sikit. Penambahan perasa sebab saya letak cheese nak habiskan mozarella yang ada. Memang laju kami makan, padahal baru berbuka tadi hehehe.......makan panas2 memang berselera lah kan..............cheese pun tak banyak sangat sebab tinggal sikit. Kalau letak banyak gerenti kebabommmm.........badan pun bambam.......^_^ hehehe.......




Isnin, 11 Mei 2015

KELAS MEMBUAT ROTI, KOLEJ KOMUNITI LEDANG

Assalamualaikum


Rotiiiiii!!!!!!!Rotiiii!!!!! Serius.....memang sedap roti nie. Terima kasih pihak Kolej Komuniti Ledang kerana sudi terima ibu2 bapak2 dari ILP Ledang untuk belajar membuat Roti Fancy dan Mini Pizza. Rata2 yang datang belajar, semuanya berpuashati. 

Kelas nie saya sertai sebelum saya bergerak ke Kota Bahru hari tu. Dapat juga buat bekalan sepanjang perjalanan. Memang sedap sangat roti nie. Saya sekali hadap je pizza tu sampai 3 ketul. Roti yang lembut gebussss dan menyelerakan, makan memang tak hingat. Keluar je dari oven, kami tak tunggu terus potong2 ngappp..........Saya sepanjang perjalanan balik ke rumah pun tak berhenti2 mengunyah.


Ini antara hasil kerja keras tangan kami. Macam2 rupa bentuk ada. Ikut kreativiti masing2 ler.......main belasah je janji menjadi......

Ini saya punya hasil ye, walaupun tak cantik menarik tapi tetap membanggakan hehehe........yang penting sedapppp!!!!!!






Jumaat, 8 Mei 2015

JALAN-JALAN KOTA BAHRU

Assalamualaikum

As Salam Jumaat kepada semua Muslimin dan Muslimat. Cuti2 Malaysia!!! dah seminggu pun berlalu tapi saya baru hari ini berkesempatan untuk membuat n3 di sini. Sempena Cuti hujung minggu beserta cuti umum yang lalu sebab Wesak Day dan Hari Pekerja, jadi kami berjalan2 sambil berehat dan cuci mata. Destinasi kami kali ini di Kota Bahru. Disebabkan ini percutian yang tak dirancang dan perancangan secara spontan, semua hotel yang kawan rekomenkan semua dah penuh. Kami cuma dapat menginap di PCB sahaja. Dekat sangat dengan Pantai Cahaya Bulan. Ok la tu janji destinasi kami kali ini tercapai . PCB pun tak kurang hebatnya, memang salah satu tempat pelancongan di Kelantan khusunya di Kota Bahru.


Ini tempat penginapan kami ye, not bad.......bagi yang last2 minit hihihi.......Home Village Beach Resort. Suami saya pilih tempat nie sebab katanya boleh memancing pada waktu malam. Konon2 ler nak memancing tapi tak boleh juga sebab bila malam, memang gelap gelita sebab pihak resort tak buka lampu walaupun jalan sepanjang sungai ada diseiakan lampu jalan. Mungkin untuk mengelakkan pembaziran kot. Resort nie pun ada juga menjalankan kem bina semangat bagi budak2 sekolah. Memang awal2 pagi meriah dengan hiruk pikuk anak2 sekolah, dengan aktiviti2 yang dijalankan. 

Kami menginap di chalet ini untuk 3 hari 2 malam. Booking di agoda dapatlah diskaun. Kami berjalan pagi2 lagi. Lepas dah penat balik sekejap untuk berehat, lepas tu sambung balik berjalan sampai malam. Begitulah kami sepanjang di Kota Bahru. Banyak lagi tempat yang nak dituju tapi tak berkesempatan sebab kami drive dari Melaka. Kerana perjalanan yang jauh, so kenalah balik awal.......itupun singgah jugalah sesetengah tempat sepanjang on the way nak balik tu.


Ini tempat penginapan, simple tapi menarik. Kalau tengok kolam memang teruja sebab banyak ikan yang blurp!! blurp!! tapi sayang tak dapat nak ngap..........kesian tengok muka suami, awal2 lagi dah siapkan peralatan memancing tetapi hampa. Ingatkan malam2 boleh ler dia nak belasah ikan2 tu tapi, gelap gelita......takut pulak nak turun ke tepi sungai. Mungkin pihak resort tak bagi kot hehehe......siannnnn!!!!!


Ini ketika kami minum2 di PCB. Siang malam kami di sini. Memang ramai manusia kat sini tak kira waktu. Kalau dulu kami datang masih ada lagi pantainya tapi sekarang dah ditambak dengan batu, jadi tak dapatlah nak bersantai2 sangat. Makan pun boleh tahan juga. Kalau ada yang berminat nak datang ke sini, saya rekomen datang ke kedai yang paling hujung, betul2 di tepi pantai. Makanan di sini memang puashati. Kalau kat kedai lain, dah ler tak umphhhh tapi rmnye berbintang2.........ishhhh!!!!!!! tak mo dah.....


Antara tempat makan sarapan yang saya suka. Saya memang susah nak terima makanan Kelantan. Saya pening nak makan, tak yang mana kena dengan selera saya. Tapi Restoran Ikhwan memang banyak pilihan dan rasanya memang kena dengan tekak saya. 

Begitu juga dengan Kopitiam KitaPunyalah ramai manusia, nak parking banyak tapi penuh. Dah dapat parking, menunggu punyalah lama sampai suami saya kat sebelah pot pet pot pet. Lama2 kami blah..........takut nanti suami keluar tanduk hehehe.......Saya datang kali ke 3 baru dapat makan itupun on the way nak balik. Sebab dah kenyang jadi kami makan Roti Titap jer........Bila dah dapat makan, dia senyum perli kat saya. Dia cakap " 3 kali baru berjaya dapat makan, semata2 kerana roti yang boleh buat sendiri"......adoiiiiiii, rasa macam nak cubit je dia..........


Ini Pasar Siti Khadijah, dapat juga rembat beberapa helai kain pasang. Kalau tak fikirkan kepanansan, rasanya dah habis saya borong. Nasib ler panas!!!!! kalo tak dah terbang melayang rm tu hihihi.........yang dapat ni pun jadilah, buat puaskan hati.


Yang ini pulak Wakaf Che Yeh....yehhhhhh!!!! panas!!!!!!. Memang tak boleh nak bernafas rasanya. Jalan pun main langgar je manusia kiri kanan. Punyalah ramai orang, nama pun tempat pelancongan kan......walaupun sekadar pasar malam. Masa kat sini, tak dapat nak shopping sangat, sebab dah tak larat. Mata pun dah tak terangkat rasanya. Terlampau banyak sangat pusingan yang kami buat. Kadang2 tu rasa macam dah lalu tadi tapi kami lalu lagi......sesatt!!!!!Memang penat tapi berbaloiiiii.........