Paragliding, meluncur ke udara........beralun2 seperti buaian di udara. Dengan sayap yang panjang, beralun mengikut gerakan angin dengan dikawal oleh mereka yang profesional. Memang kerja gilerrrrrr!!!!! takut!!!!!!seram!!!! apa lagi nak cakap. Memang tak dapat nak digambarkan keterujaan adik2 yang mencuba Paragliding nie. Saya yang tengok nie pun teruja juga tapi bukan teruja nak mencuba tapi teruja ketakutan hahaha........memang kecut perut tengok, tergeli2 menahan perut yang keseraman hehehe......
Memang respect la, memang amat2 kagum, kata orang extremely impressed kehkeh......Adik2 tu relax je, cool jer.......tengok macam terlebih excited lagi adalah. Saya kalau dibayar pun tak teringin, penakut yang amat. Mahunya, kalau baru sebut nama dah melolong dulu kot.......memang tak la, terima kasih jer la.......cuma mampu tepuk tangan je tengok budak2 tu berjaya terbang sebagai tanda sokongan. Kadang2 terfikir juga,
Paragliding, di buat di atas Bukit Jugra, Daerah Hulu Langat Selangor. Lagi tinggi bukit lagi challenging kot. Ramai juga yang datang mencuba. Pelancong2 luar pun ada juga yang datang. Rata2 budak2 muda yang datang, mungkin dari pelajar2 kolej atau U yang mahukan cabaran.
Nak terbang pun, bergantung juga pada angin dan juga pada kepatuhan mendengar arahan2 yang diberi oleh para pilot profesional yang membantu. Ada juga adik yang tidak berjaya terbang sebab tidak mendengar arahan pilot, menyebabkan pilot terpaksa membatalkan penerbangan dia dan minta dia ke tepi mungkin memberi ruang pada dia cari semangat kot.....
Sayup je tengok dari atas bukit. Bila tengok dia orang terbang, saya senyum sampai ke telinga hehehe.........teruja lakan tengok orang terbang pakai sayap jer tanpa ada enjin. Tengok bawah je pun dah gayat, memang tak boleh bla........
Inilah adik yang saya cerita tadi, yangberkali2 cuba terbang tapi tak berjaya. Diberi rehat sekejap......selepas ramai yang dah berjaya terbang, baru abang pilot tu panggil dia. Dengan dibantu oleh lagi seorang pilot, mungkin memberi kata2 semangat dan juga perangsang, akhirnya adik tu berjaya terbang ke udara. Mungkin dia takut yang amat tapi nak juga mencuba, tu yang tergendala sekejap.......cuba mencari semangat dirinya yang dah terbang dulu kot hihihihi.......
Bila dah berjaya terbang, siap pilot suruh dia orang jerit bagi melepaskan tekanan yang datang. Abang pilot siap boleh bercakap2 lagi dengan orang2 kat bawah, dengan suara yang ceria gitu....... Mungkin itu cara dia nak bagi rangsangan pada orang lain yang akan mencuba. Bagi mereka2 yang sukakan cabaran, ini salah satu yang boleh dicuba sebagai satu kepuasan diri. Saya tak perlu buat, tengok jer pun saya dah cukup puas hati, kata2 orang yang penakut tahap gaban hahahaha.........adiossssss
Tiada ulasan:
Catat Ulasan