Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 8 Mac 2015

MELAWAT MAKAM ALMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD

Assalamualaikum

Al Fatihah, disedekahkan kepada saudara2 kita yang telah kembali ke rahmatullah. Selepas balik dari Gold Coast Morib tadi, suami ajak ke Morib untuk tengok Muzium Lama Almarhum Sultan Abdul Samad. Tapi sebelum tu, kami singgah di Makam Almarhum dahulu.


Sewaktu sampai, besar juga kawasan kuburan nie. Ada yang menjaganya di luar dan juga di dalam. Ia terletak di atas bukit di Jugra. Sewaktu sampai, suami bertanya pasal muzium di mana tapi malangnya dia orang tak tahu. Tak apalah, dapat tengok makam pun sudah memadai. Yang kelakar tu, masa nak jalan balik tu sempat lagi abang tu tanya dari mana. Bila suami cakap dari Melaka, dia terus cakap......" Melaka Sultan dah tak ada".......sabar je la, lama tahu dah bang......


Dalam kawasan nie terdapat banyak kuburan. Kuburan kerabat dan juga mungkin orang2 kuat istana dahulu. 


Ok, alang2 dah sampai ke Jugra ni, kami nak pergi tengok Paragliding di Bukit Jugra........sampai jumpa nanti






Tiada ulasan:

Catat Ulasan