Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 29 April 2012

MACARON......KENAPA TAK MENJADI!!!!!!!

Assalamualaikum........

Bersua lagi kita di sini. N3 kali ini ialah macarons. Macaron nie saya buat petang tadi sebelum balik rumah mak. Ini adalah kali kedua saya buat macaron, ikut resepi dari ita masam manis cuma kali ini saya kurangkan gula. Rasanya dah ok tak manis sangat tapi yang tak bestnya......tak menjadi pulak macaron nie.....kakinya tak ada. Dah kurangkan suhu pun atasnya tetap pecah juga.


Walaupun tak menjadi tapi rasanya ok tak manis sangat. Bagi saya ok dah tapi che abang cakap manis gak, mungkin dari rasa coklat tu kot. Masa mula2 buat dulu dia punya manis sampai naik ke kepala rasanya...Ya Allah!!!!!ampunnnnn. Memang rasa tak nak dah buat lagi tapi adik nak rasa sangat tu yang buat, tapi tak menjadi pulak. Nasib la ye...harap2 dia suka rasanya walaupun tak ada rupa.


MACAROON
Resepi : Rima
Rujukan : masam manis

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor 
80g serbuk almond
140g gula icing - saya letak 100gm sahaja
pewarna 


Dalam resepi Rima ada letak lemon jus, tapi ita tak letak, saya pun tak letak. Ok untuk pewarna pulak, kali ni ita guna yang serbuk lebih mudah! kang takut kalau guna yang jenis cecair tu kang ada pulak yg tercurah lebih dah cair pulak adunan tu... untuk selamat kita guna yg serbuk. Saya guna yang jenis cecair.


Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan .




Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dengan menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yang dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dengan cara kaup balik menggunakan spatula sahaja. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit demi sedikit dan gaulkan dengan kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna. Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannya sedikit.




Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg. Alas dulang pembakar dengan baking paper. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu  sebanyak 3 cm. Terbalikkan kertas dan letak atas tray atau dulang pembakar. Ketepikan.




Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar. Rehatkan macarons lebih kurang 30 - 45 minit. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan. Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak. Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit. Setelah masak, letakkan macarons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk. Senangkan! Bila dah sejuk boleh lah kita letak ganache apa2 yang kita suka. Ita suka letak Nutella sedap!



tengok lah macarons saya tu pecah2, yang elok tak banyak, separuh je yang elok.....mmmmm, rasa menyampah pulak nak buat lagi............


Bahan2 Coklat :
200 gm coklat masakan - racik halus
150 ml whipping cream
1 sudu teh mentega

- Panaskan whipping cream, jangan sampai mendidih, cukup sekadar panaskan sahaja. Dah panas, tutupkan api dan masukkan coklat, kacau hingga coklat mencair. Masukkan mentega dan kacau lagi hingga rata. Setelah sejuk barulah disapukan di atas macaron .







IKAN MERAH MASAK KARI

Assalamualaikum.......

Selamat malam semua. Dah makan malam ke? Saya baru sahaja selesai menjamu selera. Makan lewat sikit malam nie, baru balik dari rumah mak tadi. Sibuk sangat buat kek lumut sampai malas nak makan sebab tak sabar nak makan kek tu.

Adik saya cakap sedap kek tu.....tu yang dia tak sabar2 nak buat dengan saya. Resepi kawan dia bagi, banyak juga ler sampai 2 kali kukus untuk loyang 6". Katanya kukus 2 hingga 3 jam tapi baru 1 jam setengah dah angkat, punya ler tak sabar....tapi dah masak angkat je la kan. Sebenarnya nak balik cepat, nak makan ikan merah masak kari saya buat tengahari tadi.

Lauk kari nie mak mertua saya selalu masak, kira resepi mak mertua la nie. Saya selalu tolong2 sahaja sebab cara masak lain2 kan, takut saya masak nanti bukan selera dia, nanti tak laku pulak lauk saya. Yang penting kena masak ikut resepi mak mertua untuk selera suami la kan. 


IKAN MERAH MASAK KARI

Bahan2:
2 kelar ikan merah
3 biji bawang putih*
5 biji bawang merah* (*tumbuk halus)
1 inci halia - titik
1 batang serai - titik
1 tangkai daun kari
1 sudu teh rempah tumis
2 sudu rempah kari 
Air asam jawa
2 biji tomato
2 biji terung
Garam

Cara2:
1. Tumis bahan tumbuk, halia, rempah tumis dan serai sehingga naik bau wangi .
2. Setelah itu masukkan rempah kari dan daun kari, tumis seketika baru masukkan ikan dan air asam jawa. Kalau terasa masam sikit lagi sedap.
3. Setelah kuah mendidih masukkan terung. Sebelum ditutup api, masukkan tomato dan kacau seketika, baru diangkat.





Sabtu, 28 April 2012

PUFF SARDIN

Assalamualaikum.......

Selamat pagi semua. Apa sarapan pagi nie? Saya sarapan yang paling2 ringkas atas permintaan che abang. Sebenarnya che abang nak sardin roll tapi roti dah habis pulak. Memandangkan roti paratha ada, saya guna jer roti paratha untuk buat puff sardin.

Senang dan cepat.....ringkas2 jer, nak keluar dah nie nak pergi pasar kejap. Lepas tu nanti nak pergi shopping pulak....pastu nak pergi servis kereta.....pastu nak kuar dengan adik pulak, tak pasti lagi jadi ke idok.....depa dok senyapppp jer. Banyak perancangan yang nak dibuat weekend nie...harap2 semuanya berjalan lancar.

Memandangkan hari selasa cuti sempena Hari Pekerja, jadi saya cuti hari isnin. Bila dah bercuti panjang nie, banyak ler perancangan yang bersarang dalam kepala nie......kita tunggu je la masa dan ketikanya.....(^__*)


PUFF SARDIN

Bahan2:
3 keping paratha jenama kawan
2 tin sardin tin kecil 
2 biji labu bawang besar - hiris dadu halus2
2 biji cili merah - hiris dadu halus2
Garam
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 biji kuning telur

Cara2:
Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan kecuali paratha. Hancurkan ikan dan gaul sebati kesemuanya . 
Letakkan inti ke atas paratha dan buat ikut kreativiti masing2. 
Kemudian sapu atasnya dengan kuning telur.
Bakar pada suhu 175C selama 20 minit @ hingga puff menjadi perang. 




yang ini che abang punya, dia nak yang gelap sikit tapi tergelap pulak....



Jumaat, 27 April 2012

SAMBAL SARDIN

Assalamualaikum..........

Selamat malam semua. Selamat bersantai2 bersama keluarga. Sekarang nie tengah kemaruk tengok Astro. Memandangkan pihak astro bagi siaran secara percuma untuk semua channel selama seminggu...jadi, apa lagi semua cerita nak tengok ler.....

Jom kita tengok ramai2 semua siaran secara percuma. Gunakan peluang ada sebaiknya....hehehe. Tapi sebelum tu kena lah masak untuk makan malam dulu, nanti lapo pulak...takkan tengok astro boleh kenyang dok...Menu saya malam nie cuma sambal sardin. Dah lama tak makan sambal sardin...tau2 dah dua pinggan licin.......mmmmmm!!!!

Saya masak sejenis jer, penat lah tak larat sebab hari nie kat pejabat sibuk sangat dengan aktiviti 5S. Makan pun terpaksa makan sebab tengahari tadi tak makan. Saya kalau tak makan takut esok bangun pagi2 sakit perut...takut nanti sakit lain pulak.....

Resepi saya nie yang paling mudah sekali, tak perlu banyak bahan....jom tengok...
 

SAMBAL SARDIN

Bahan2:
1 tin sardin - lebih kurang 3 ekor ikan (sed besar), ambil kuahnya sedikit
1 biji bawang besar
3 sudu besar cili kisar
Air asam jawa
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara2:
1. Hiris bawang besar bulat2 dan tumis hingga sedikit layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga cili terbit minyak.
2. Setelah itu masukkan ikan dan masak dengan cili agar sebati ( boleh menghilangkan hanyir juga) . Setelah sebati baru masukkan sedikit kuah sardin dan kacau rata.
3. Masukkan air asam. Apabila kuah mendidih dan sedikit pekat, tutup api.


Rabu, 25 April 2012

CROCHET 5.........RAMA-RAMA

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua sahabat2ku.....Perut kekenyangan nie...baru lepas makan malam. Lewat sikit makan malam nie, selalu saya makan sebelum maghrib. Masak nasi goreng cili api sahaja. Mata pun dah berat nie, tak larat nak angkat mata. Ingat nak tidur awal malam nie, tapi sebelum tidur saya nak hadap blog nie dan blog kawan2 dulu, baru ler boleh tidoqq dengan lenaaaa....

N3 saya kali ini ialah Crochet rama-rama yang baru siap. Lama pulak nak siapkan, tergendala sekejap sebab sibuk dengan aktiviti sukan sebulan dua nie. Semalam baru saya dapat siapkan. Corak rama-rama nie tak besar sangat cuma boleh letak atas meja kusyen sahaja, nak tutup penuh tak boleh. 

Saja2 jer buat corak nie sebab nampak macam cantik. Lepas nie saya nak buat alas meja kusyen yang lain pulak. Nak buat besar sikit biar boleh tutup penuh meja tu nanti. Banyak projek crochet yang terbengkalai nie, bukan apa....sebab benangnye dah tak ada di pasaran. Nak kena rayau merata baru boleh jumpa kot.


Gambar tak berapa elok 



 
 






Isnin, 23 April 2012

i-city..........

Assalamualaikum.........

Salam Sejahtera. Apa aktiviti dihujung minggu. Kali ini perjalanan saya jauh sikit...ke Shah Alam. Saja jalan2 jauh sikit, asyik jalan kat area Melaka jeee kan....walaupun banyak lagi yang tak dilawati....malas!!!! Memang dah lama teringin nak pergi melawat i-city. Semua orang dah merayau ke sana, entah2 dah berkali2 pergi kot....rasa rugi pulak kita nie tak jejak2 lagi ke sana.


Kalau waktu siang memang nampak tak de apa2 sangat, tapi bila malam menjelma...wahhhhh!!!!! baru ler nampak keindahan i-city yang sebenarnya. Nak berjalan2 memang lah tak larat kaki nie...maklum ler kaki berattzzz tapi ku gagahkan juga melangkah.

Bila tersangat lah ramai orang yang berkeliaran, jadi tak ler terasa bosan. Kaki penat pun tak terasa bila tengok keindahan tempat2 kat situ. Meriah sungguhhh!!!! Next time nak datang lagi. Memang kena datang lagi sebab saya tak sempat nak main salji, maklum ler...tak perasan jam dah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Kalau masuk dalam tu kang takut keluar dah jadi orang salji pulak...bekuuu!!!.......nghengeh!!!


Mungkin disebabkan penggunaan cahaya yang meluas, agak panas sedikit tempat tu. Berasap juga ler....Tapi semua tu dapat ditangkis dengan baik, sebab perasaan teruja mengatasi segalanya. Lain kali nak ajak adik2 pergi lah....mesti lagi besttttt!!!. Ntah bila lagi dapat ke sana, asyik kerja jee....


Gumuxxxx tak saya, tapi tak pe yang penting badan rasa semakin sihat....luar dan dalam....haahaha!! Apa2 pun cantik tak lampu2 kat belakang tu... cantikkan. gambar ambil guna h/pon cokia jerrr...


Lampu yang ni macam mane pulak...meriah tak. Kalau tengok orang kat belakang tu tak ramai sangat sebab masa nie baru pukul 8 malam. Masa datang petang tu boleh kira berapa biji kereta tapi lepas maghrib je dah penuh parking, berduyun2 orang datang.....



tengok tu ramai dah orang kan....che abang dah gatei perut...panasssss


 Akhirnya...dia tewas juga ...kepenatan...hehehe, setelah hampir 10 jam merayau2 mau nye tak penat...rasa macam nak tercabut kepala lutut nie....


Jangan kacau2...tengah bawa kereta ni..kang...kang...aahhhh!!!!


Saja2 nak tunjuk tangan ku yang mulat...dulu tulang je tapi semenjak berblog nie mendadak pulak naik badan. nak buat macam mane tak boleh nak kawal....tiap2 minggu makan kek saje....ehhehh...salah kan blog pulak yeeee...lalalala!!!!

Ahad, 22 April 2012

DONUT KENTANG BALL

Assalamualaikum......

Sarapan apa pagi nie. Saya buat mee goreng basah dan donut ball ubi kentang. Tak dan nak snap mee goreng, keluar dari kuali terus ngap...lapooooo!!!! Donut Ball adalah olahan dari donut yang saya buat sebelum nie kat sini. Saya masih kekalkan resepinya .Malas nak terap...buat bulat2 senang citer....


salut dengan gula icing....bukan main tebal lagi

DONUT BALL UBI KENTANG
sumber: Nurul Hafez@MyR

Bahan2: 
2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu teh yis segera
sedikit garam
1 cawan air
2 sudu besar planta
1/2 cawan gula pasir

Cara2:
1. Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
2. Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
3. Gaulkan tepung gandum, planta, gula, garam, susu tepung, susu pekat manis dan yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi.
4. Uli sehingga tepung menjadi doh.
5. Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik.
6. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus. Setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi.....
7. Goreng sampai nampak kekuning-kuningan......taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus), hiaskan diatas pinggan....... selamat mencuba



PELUPA..........

Assalamualaikum.....

Selamat pagi wahai teman2ku. Apa perancangan untuk hari ini? Memandangkan che abang tak pergi hotel hari nie , katanya kerja dah siap tak payah pergi, jadi hari ini nak pergi soping2, tak pun ronda2 tengok pemandangan Melaka minggu ini. Banyak lagi tempat2 yang belum dilawati.

(gambar dari Gelanggang Foto)

Gambar di atas nie rumah Tok Penghulu Abdul Ghani, yang terletak di Merlimau Melaka. Ia antara khazanah yang berharga di Merlimau. Saya belum sampai lagi kat sini sebab tak jumpa jalan masuk walaupun lalu kat situ banyak kali.....belum ketemuan lagi dong....Hari ini seharian nak jalan2...balas dendam konon2nya...itupun kalau ada orang nak layan hukhuk.....

Saya nie kalau tak keluar rumah dalam seminggu tu memang rasa macam blurrrr kecuali pergi kerja la...tu lain la kan .....Sebenarnya jalan2 itu perlu walaupun orang selalu cakap hanya buang masa sahaja, duduk rumah lagi best tak penat, tapi itu cara masing2, tapi bagi saya sebenarnya, kalau keluar rumah bukan sahaja boleh cuci mata tapi boleh cuci minda dan jiwa......

Kalau lah asyik duduk dalam rumah lagi ler bosan sebab hanya buat dan tengok benda yang sama.....sesuai dengan perumpamaan...katak bawah tempurung...bosan kannnnn.....Nanti kecergasan otak akan berkurangan sebab otak kurang bekerja......itu akan boleh mendatangkan tanda2 pelupa @ nyanyuk. Tak nak macam tu...kena elakkan segera...ini pun rasa macam dah nak jadi pelupa...waduh2....


ehsan dari pakcik google

Kalau sebelum nie, saya memang ambil mudah bila lupa...tapi bila kerap lupa saya jadi susah hati. Ye la....umur belum masuk 40an lagi tapi dah pelupa....takut dibiarkan nanti boleh jadi nyanyuk pulak.....nyanyuk sebelum waktunya.....oh!!!!! tidakkkkkk!!!!!!!. Harap2 tidak sampai ke tahap itu.

Apakah punca kita jadi pelupa? Betul ke pelupa antara tanda untuk mendapat penyakit Alzheimer. Takut juga...Ya Allah...mohon dijauhkan....Aminnnn!!!!. Antara amalan yang boleh diamalkan ialah berpuasa. Dalam ilmu biologi, ketika usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja2 penghadaman makanan, oleh sebab itu apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. labih lanjut boleh tengok di sini .


Ini mungkin salah satu puncanya yang dapat saya kesan.....peningkatan berat badan. nampaknya memang kena berdiet juga nie. kena kuatkan semangat supaya semangat untuk berdiet tidak hanya menjadi angat2 taik ayam.....cayok...cayok.....Jadi lepas ini senaman akan dilakukan secara konsisten. Kalau sebelum ini 3 kali dalam satu minggu tapi kali ini nak buat hari2 ler jawabnya. Mulakan pada petang ini dengan aktiviti senamrobik...hehehe......





Sabtu, 21 April 2012

KEK MENTEGA

Assalamualaikum......

Dah mengantuk tapi nak n3 juga......ni yang terakhir untuk hari ini. N3 Kek Mentega dari dapur Cida. Nak tengok kat sini pun boleh dan kalau nak kan kelainan tetapi rasa tetap sama pun boleh tengok kat sini juga. Sama jer semua tu cuma di olah sikit si Cida tapi saya lagi suka yang ini sebab ada badam.....saya suka badammmm....

Kek nie panas lagi tau, panas2 saya dah potong...tak sabar betul...issshhhh!!! Ikut perangai sape ntah....hehehe. Untuk adunan Cida saya buat separuh jer.....Lembut betul kek nie susah betul nak potong dan lembab2 gitu. Lagi susah nak potong bila ada badam kat atas...terpeleot pisau tu....terus tersenget potong. Haru betul!!!!

Dah ngantuk sangat nie, malas nak bebel....dah tak mampu nak tahan...layan je la......... 


KEK MENTEGA

Bahan2 :
250 gram butter- cida guna pure butter jenama 5 star
200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir)
250 gram tepung gandum
6 biji telur - untuk 1/2 adunan saya letak 2 biji sahaja
4 sudu besar susu cair (dalam tin)
2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
1 sudu teh esen vanila
kepingan badam / choc chip jika suka


Cara2 :
1. Panaskan oven pada suhu 160C (ikut oven masing2- aku cuma guna api bawah sahaja). Saya set pada 175 api atas bawah.
2. Pukul mentega dan gula sampai kembang (boleh nampak sedikit pucat dari sebelumnya). Masukkan esen vanila.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sebelum masukkan telur ke 2 dan seterusnya) .
4. Ayak tepung dan baking powder, masukkan sedikit2 ke dalam adunan (bahagi agak2 untuk 4 kali) -  secara berselang seli dengan susu (1 bahagian tepung, diikuti 1 sudu susu air)a- buat sampai habis.
5. Matikan mixer - kacau adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalau2 ada adunan yg tidak sebati,  sambung mixer sekejap sahaja untuk sebatikan adunan...
6. Masukkan coklat chip (boleh juga guna coklat rice) - agak2 dalam 4 sudu, sebatikan guna sudip sahaja.
7. Griskan loyang dengan sedikit mentega atau boleh guna kertas minyak pada montot loyang...tak perlu sampai bungkus keliling loyang .
8. Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak - sila uji guna lidi .
9. Jangan buka oven sebelum 30 minit pertama, untuk 15 minit terakhir, tukar kepada api atas dan bawah untuk garingkan permukaan kek...
10. Sejukkan sebentar dalam 10 minit sebelum alihkan kek dari loyang...


 coklat chip ada sikit jer...tu yang tak berapa nak nampak coklatnya.....


sedap sangat.......terima kasih cida....muahhhhsss

 Good night......ngantussssss...ZZZZZZZZZZZZZZZZ


PENGAT KELEDEK

Assalamualaikum.....

Bersua lagi.......Kali ini n3 pulak Pengat Keledek yang saya buat petang tadi. Baru sekejap tadi buat Kek Mentega......kek lagi. Tak pe, che abang tak ada kat rumah, boleh ler buat kalau tak nanti dia bising...kata nak diet tapi makan kek tak tau nak berhenti, hahaha........nak buat lagu mana, selera tak boleh nak tahan...(^__*)

So, sementara menunggu kek masak kita layan n3 ler dulu. Bila guna keledek oren nie macam kureng ler rasanya, macam kureng rasa lemak keledek tu. Tak sesuai kot buat pengat...ke tekak nie dah rasa tak sedap...ontah la.... Nak cakap apa pun tak guna...dah habis pun...hehehe....


PENGAT KELEDEK

Bahan2:
400 gm keledek
5 sudu besar skoteng
4 sudu besar sagu ikan
4 sudu besar gula melaka
200 ml santan - kalau suka cair boleh + air
Air
Garam
1 helai daun pandan

Cara2:
1. Rebus skoteng hingga kembang dan lembut. Masukkan sedikit garam. Setelah empuk angkat dan ketepikan.
2. Sementara itu bersihkan keledek. Buang kulitnya dan potong dadu dalam 1/2 inci. Rebus hingga empuk, guna air rebusan tadi dan tambah sedikit garam dan masukkan daun pandan.
3. Apabila telah empuk, masukkan skoteng, gula melaka dan santan. Sentiasa kacau supaya tidak naik minyak. Setelah mendidih, masukkan pula sagu mata ikan dan masak hingga sagu kembang. Angkat dan hidang.
 

AYAM GORENG BEREMPAH



AYAM GORENG BEREMPAH
Resepi : Chef Hanieliza
Sumber : Buku 1 Hari 1 Resepi

Bahan2:
1/4 kg ayam - potong kecil dan cuci bersih
1 sudu besar rempah kari
1 sudu besar lada sulah - saya tak letak
1 sudu makan serbuk cili
Sedikit daun kari
Garam
Minyak masak
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai* (*dikisar)

Cara2:
1. Gaulkan semua bahan dengan ayam kecuali minyak.
2. Perapkan selama 30 minit.
3. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan ayam.
4. Apabila ayam sudah masak keperangan, angkat dan tuskan minyak.


SUP EKOR

Assalamualaikum.....

Selamat malam. Tengah buat apa tu.......saya tengah bersantai2 tengok tv dengan pc jer malam nie . Untuk makan malam saya dah santap petang tadi dengan che abang. Dia balik sekejap lepas maghrib pergi balik ke Hotel. Tinggal ler sorang2 lagi malam nie......nasib dia tinggalkan laptop...kalau tak bosannyeeee....

N3 malam nie hanya lah n3 yang tertangguh, menu makan tengahari tadi. Kali nie saya nak n3 Sup Ekor pulak. Sup ekor nie saya buat dalam 2 rasa. Mula2 tu buat rasa sup yang biasa sahaja untuk che abang makan tapi untuk saya rasa, saya tambah limau nipis dengan sedikit cili api....untuk rasa sup thai ler konon2......lalalala.....baru ler boleh berselera makan......nyum..nyum....


tak letak pun kentang, lobak, tomato....lambat dah lapo...che abang tak suka benda2 tu....

SUP EKOR

Bahan2:
6 ketul ekor (saiz besar)
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 1/2 sudu besar lada hitam*
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah* (*tumbuk halus)
1 inci halia - titik
5 biji cili api - titik
2 biji limau nipis - ambil airnya
Minyak
Garam
Sedikit daun sup
1 liter air - tambah air jika ekor tak empuk lagi

Cara2:
1. Tumis bahan tumbuk bersama buah pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan halia. Tumis hingga naik bau wangi .
2. Masukkan ekor dan tumis biar sebati dengan rencah. Setelah itu masukkan air, cili api dan garam. 
3. Jika ekor masih tidak empuk, boleh tambah air. Setelah ekor empuk, letak air limau dan rasa , jika suka masam boleh tambah lagi air limau. Jika suka sayur boleh juga letak kentang, lobak merah dan juga tomato.
4. Taburkan daun sup ketika hendak dihidangkan .



AYAM MASAK CILI API

Assalamualaikum.....

Selamat petang teman2ku semua... Dah makan tengahari ke? Hari ini saya masak yang mudah2 sahaja. Makan sorang2 je hari nie, koz che abang masih dalam 'keadaan bekerja' , menggubal soalan tapi bukan kursus tau tapi 'bekerja'...hukhuk. Sedih betul dah berapa hari ayik jumpa waktu pagi jer, bila dia balik malam saya dah tidoqq...:(  , sedihkan.....

Untuk aktiviti minggu ini hanya duduk di rumah sahaja melayan kerenah diri sendiri. Hari ini sebab che abang kerja tapi bukan kat pejabat dia tapi kerja kat Hotel, kemas rumah adalah aktiviti saya yang utama. Selalu kalau kemas rumah bahagian2 tertentu sahaja tapi hari ini kemas satu rumah sampai cadar2 semua ditukar baru...sebenarnya cadar baru beli belum guna lagi......hehehe..

Kemas rumah ye jangan tak kemas....Bila dah kemas satu rumah, maknanya....satu badan juga ler sakit2.....bang tolong bang!!!!!balik cepat...tolong picit2 sakit badan nie....sms dah dihantar, memang dia balik tapi dia balik tidoqqq....huhuhu!!!! sabar je laaa...

Berbalik pada menu hari ini, saya masak ayam masak cili api, ulam pegaga dengan pecal, ayam goreng rempah dan sup ekor. Itu saja ler menu saya....Jom layannnnnn........


AYAM MASAK CILI API

Bahan2 :
1/4 kg ayam - potong dan cuci bersih
10 biji cili api *
2 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 inci kunyit hidup * (* dikisar)
2 inci halia - dititik
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit
3 biji kentang - potong 4
Santan dari 1/2 biji kelapa - asingkan pati santan
Garam

Cara2:
1. Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk. Masak sehingga kuah mendidih. Setelah kentang empuk, masukkan pati santan. 
2. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya tidak bertaik minyak. Masak hingga mendidih. Tutupkan api dan boleh dihidangkan.

Gambar2 menu yang dimakan hari ini......banyak le pulak tapi sikit2 je jumlahnya.....(^__*) 





Jumaat, 20 April 2012

STRAWBERRY CUPCAKE

Assalamualaikum.........

Selamat beristirehat ye!!!!N3 saya kali ini saya buat malam tadi. Bila dok rumah sorang2...so, hadap tv dengan pc sekali arung. Jadi mem besau malam....che abang tak ada pergi menggubal soalan. Sekali sekala tak ada orang nak kacau...best juga kan....enjoyyy!!!!

Makan malam saya tak masak sebab che abang kata dia ada jamuan, so balik lambat kot. Jadi makan malam saya yang ringkas jer...goreng pisang tanduk....hehehe!!!. Sedap tau malam2 makan goreng pisang. Sambil goreng pisang sambil tu saya sempat juga buat strawberry cupcake . Resepi nie saya ambil kat dapur DTS. Resepi asal guna blueberry tapi saya ada strawberry jer.

Sedap cupcake nie tau...lembut dan gebu jer....tentu gebu macam CMG...ngehngeh!!!!Jommm......


STRAWBERRY CUPCAKE (asal Blueberry cupcake)
Olahan resepi : CMG

BAHAN UNTUK KEK :-)
175 g mentega
115 g gula kastor
1 camca teh ovallate
2 biji telur gred A
135 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
30 g susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla


BAHAN UNTUK BUTTERCREAM :-) - saya tak buat
125 g mentega
125 g creamwell
100 g susu pekat manis
40 g gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla




CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan mentega dan ovallate, pukul rata, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Tuang susu pekat manis dan kacau rata.
Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Sudukan 1/2 penuh dalam setiap muffin cup. Buat hingga siap. Dapat lebih kurang 12 biji, bergantung pada saiz muffin cup masing2.
Isikan 1/2 camca teh blueberry filling pada setiap adunan. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan.

UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan untuk buttercream sehingga kembang dan putih, gunakan kelajuan sederhana untuk mendapat hasil yang halus dan cantik. Kemudian boleh lah hias atas cupcake yang telah sejuk tadi mengikut kreativiti masing2...