Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Jumaat, 16 Oktober 2015

NASI AYAM HAINAN

Assalamualaikum
Salam Jumaat, selamat menjamu selera. Hari nie tiba2 teringin nak makan nasi ayam. Hari selasa lepas, member ajak makan nasi ayam dekat Sagil. Saya mula2nya tak nak makan tapi bila terbau aroma nasi ayam tu, teringin pula. Bila dah makan memang tak rugi, sedap rupa2nya rasanya. Tak tahu pulak selama nie ada nasi ayam kat situ. Dah kerja kat Ledang lebih 6 tahun tapi baru nie makan nasi ayam sedap kat Ledang nie. Bila dah terbayang2 nasi ayam tu, nie yang terbuat nie hehehe........

Resepi Nasi Ayam Hainan nie saya dapat kat blog Ros, Bukan Sekadar Masakan. Saya memang suka makan nasi ayam daripada nasi2 yang lain. Resepi nasi ayam nie sama je mana2 resepi mahu pun caranya. Kali ini saya nak mencuba resepi ros nie pulak. Memang tak rugi sedap nasi ayam nie.......cuma ayam tu saya bakar sekejap sebab tengok ayam ros tu pucat je kan, takut nanti tak laku pulak sebab suami saya mesti nak yang ada gelap2 sikit rupanya. 
Saya memang tak pandai masak tapi maaf sikit ye ros sebab akak olah sikit2 resepinya. Tak de ler sampai merubah resepinya. Bagi saya, ubah sikit2 tak memberi kesan pun pada kejadian asalnya. Ikut kemahuan masing2 la..........kalau yang nak ikut resepi ros sepenuhnya, boleh klik pada link kat bawah ye......resepi ayam dan nasi yang saya letak nie saya belasah ikut saya cuma untuk sambal saya ikut ros, sedap.......maaf ye ros derhaka sikit......
NASI AYAM HAINAN
Resepi : Ros jintanmanis

Bahan2 A
1 ekor ayam - saya buat separuh je
3 biji bawang putih 
1/2 buku halia saiz sederhana 
serai sebatang (titik)- saya tambah
2 sudu besar rempah Tok Mak - saya tambah
4 sekawan - saya tambah
1 kiub pati ayam maggi - saya letak separuh jer
sedikit garam

- Tumis semua bahan kecuali ayam dengan majerin. 
- Selepas itu masukkan ayam kiub, garam dan air. Air biarkan hingga menutupi ayam. Rebus ayam selama 1/2 jam. Angkat ayam dan ketepikan.
- Air rebusan bagi 2, untuk sup dan nasi ayam nanti.
- Ayam saya bakar di dalam oven sekejap hingga keperangan.
Bahan2 B (untuk sambal lada)
1 biji capcicum merah - saya letak 5 biji cili merah + 3 biji cili padi
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang merah
3/4 buku halia saiz sederhana (agak2 je)
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili @ sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
- Blend semua bahan. Masak dengan api perlahan hingga kuah sedikit pekat. Saya buat cair sikit.

Bahan2 C
4 cawan beras biasa @ jasmine - saya guna basmathi
2 sudu besar minyak - saya tambah majerin sedikit
2 biji bawang putih
2 inci halia
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan

- Cuci beras dan biar seketika.
- Untuk sup dan nasi pula, panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia. Setelah agak garing, separuh bahan tumis curah ke dalam beras yang telah di cuci dan separuh diguna untuk sup.
- Masukkan air rebusan ke dalam beras, daun pandan dan sedikit majerin.
- Masak nasi seperti biasa dan masukkan minyak bijan.
Bahan D
1/2 bahagian air rebusan ayam
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup
kentang - tambah

- Campurkan semua, masak hingga mendidih. Akhir sekali masuk daun sup dan tutup api. 
- Siap, hidang bersama salad, timun dan tomato. 







Selasa, 13 Oktober 2015

DOA DAN AMALAN PADA BULAN MUHARRAM

Assalamualaikum
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali selepas waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib, iaitu sebelum masuk Awal Muharram. Dengan doa ini kita memohon agar perjalanan penghijrahan kita setahun yang lalu mendapat keampunan dari Allah SWT diatas segala perbuatan kita yang dilarang olehNya dan juga agar amalan2 kita yang diredhaiNya mendapat keberkatan dan diterima amalan tersebut oleh Allah SWT.
Doa Awal Tahun ini di baca selepas sembahyang Maghrib pada malam 1 Muharram dan dibaca sebanyak 3 kali. Doa ini kita memohon kepada Allah SWT agar pada tahun hijriah tersebut kita dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan kepadaNya.
Seterusnya, kita disarankan agar berpuasa sunat pada hari Asyura iaitu pada 10 Muharram.  Lebih bagus jika puasa sebelum dan selepasnya juga. 

Kita juga disunatkan Qiamullail iaitu melakukan sembahyang sunat antaranya solat tahajjud, solat hajat, solat sunat taubat. Kemudian membaca Al-Quran dan seterusnya berzikir serta membaca ayat kursi.



Sumber di sini  dan juga buku Indahnya Amalan Doa oleh Dato' Ismail Kamus


Isnin, 12 Oktober 2015

MALANG TIDAK BERBAU.......

Assalamualaikum

Malang Tidak Berbau!!!!!
Kita selalu diberi peringatan agar berhati2 terhadap apa juga yang kita kakukan. Tapi andai telah ditakdirkan ia akan berlaku, ia tetap akan berlaku. Kita pada saat ia berlaku, kita hanya mampu redha dan bersabar.

Di waktu kita tidak sedar atau kurang peka, bila dah berlaku baru kita akan tersedar. Itulah antara yang sering berlaku di sekeliling kita. Minggu lepas berlaku satu kemalangan di ILP. Memang sungguh menyedihkan dan menyayat hati bila melihatnya. Pelajar semester 3 dari kursus Fabrikasi telah ditimpa kecelakaan dimana jarinya telah terhimpit oleh mesin ketika melakukan kerja2 amali,  tak pasti saya........
Tak dapat nak digambarkan bagaimana kesedihan yang perlu dihadapi oleh pelajar berkenaan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Semoga pelajar tersebut dan keluarganya dapat banyak2 bersabar.