Selamat bercuti buat kengkawan. Saya sekeluarga semalam berendam seharian di Wet World Pedas. Ramai juga yang datang seawal dibuka, ramai juga yang dah siap berendam. Hampir Asar baru kami bergerak balik. Memang semua anak2 puas hati nampaknya. Masuk jer dalam kereta, semua pakat2 pengsan. Sebelum bergerak ke Melaka, kami pergi ke Senawang untuk makan Satay Tulang.
Percutian kali ini baru berpeluang bermandi manda beramai2 adik beradik. 6 buah kereta sekali jalan. Itu masih ada juga family yang tak dapat nak join. Ada yang kerja, ada juga yang ke Langkawi. Maklum ler, planning last minit. Memandangkan kakak ipar dah bertanya tempat untuk bawa anak2 mandi kolam sempena cuti chinese new year nie, saya dalam fikiran Wet World Pedas lah..........sebab memang dah lama nak ke situ ramai2. Alang2 dah ada yang bersuara, barulah berkesempatan kami nak pergi. Lepas ni kalau semua balik, nak buat BBQ . Bila dan dimana, masih dalam perancangan.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan