Assalamualaikum
Seronok tengok kawan2 dapat belajar bagaimana untuk membuat kek dan basic mendeko kek di Kolej Komuniti Ledang. Kalau tengok dari gambar yang diposkan, saya pulak yang tak sabar2 nak join sekali tapi group saya pada bulan April nanti. Kiranya ini group yang pertama. Walaupun saya dah tau nak buat kek tapi bila bersama rakan2 sekerja, rasa teruja pulak. Kata orang sajer jer nak memeriahkan majlis hehehe.......
Plan kawan2 nak belajar buat kek nie dah lama sebenarnya. Baru sekarang terlaksana dan dapat kebenaran dari pengarah. Sebelum nie institut nak sponsor tapi sebab tiada peruntukan, tu yang tertangguh. Bila ada rakan2 yang minta saya ajar basic buat cheese cake, saya terfikir pulak nak bertanya dengan Kolej Komuniti untuk dijadikan satu kursus. Penyertaan dari staff yang berminat memang amat menggalakkan. Kursus yang dijalankan nie memang khas untuk ILP Ledang sahaja, tiada dari pihak luar .
Bayaran yang dikenakan pun cuma rm50 seorang untuk 2 kek iaitu cheese cake dan kek coklat. Deko yang diajar pun cuma yang mudah2 sebab semua yang datang memang 'zero' bab2 deko. Untuk deko pun saya minta cikgu ajarkan penghasilan dari nozzle yang digunakan. Harap2 lepas nie, semua kawan2 dah boleh bikin sendiri untuk family makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan