Tetap Di Hati

Tetap Di Hati

Halaman

Ahad, 1 Februari 2015

HAPPY BIRTHDAY SONY.........SNOW CHEESE CAKE

Assalamualaikum

Selamat malam dan beristirehat kepada semua keluarga. Saya baru lepas makan malam......makan roti jer cicah dengan air milo panas. Dah malam sangat, malas nak makan yang berat2, roti je cukup dah. Balik dari kerja tadi letih, terlelap sekejap. Bila dah mengantuk terus hilang selera nak makan. Suami je makan, nasi + sup tulang.......dia sendiri bikin. Nasib dia tak berkira nak makan apa. Itu pun lebih dia makan tengahari tadi. 


Ini kek ditempah oleh kawan ILP Salimiah untuk harijadi suami Mohd Sony. Selamat Ulangtahun yang ke 37 Sony. Semoga dipanjangkan usia dan dimurah rezeki serta dilimpahi dengan kesihatan yang baik. Kek ada 3 bunga jer? Hehehe.......buka lupa tau tapi nak letak buah kat situ konon2 nak ada bentuk macam berekor la.......tapi buahnya asyik tergolek2 jer. Ini pun snap pagi tadi selepas keluar dari fridge. Tak sempat nak susun betul2, nak cepat gerak ke opis. Lagipun nanti letak dalam kereta, sure tergolek2 juga nanti........jadi pic nie nampak ler macam cacat sikit. Tapi bila sampai kat tuannya saya dah susun elok2. Jangan sampai kat rumah dia buah tu dah tergolek2.......


jangan kutuk ye, saya budak baru belajau..........




Tiada ulasan:

Catat Ulasan